March 10, 2017

Resepi Udang Goreng Kunyit

Salam Jumaat ^_^

Nak share sikit resepi udang goreng kunyit yang sangat simple.

Semalam pegi kedai hardware nak beli anti-chlorine, tetiba beli udang sebab anti-chlorine tak jumpa.haha

Udang 16 ekor + 2 lada besar yg hijau + 1.5 inci kunyit = RM16.10.

Bawang merah + daun sup sikit + kacang panjang 5 batang = 90 sen.

Udang tu sekilo RM37. saya amik 16 ekor berapa entah harga dia..haha..

Bahan-bahan:

1.5 inci kunyit + 2 bawang putih + garam 1.5 sudu kecik (untuk perap udang)

Bawang merah 1 biji
3 bawang putih

Udang

Kacang panjang
Lada besar (sy nak yg merah sebenarnya, tapi takde sebab dah petang)

Daun sup

Garam secukup rasa
Gula sikit

actually nak bawang besar jgk, tp lupa beli T.T 

Cara-cara: 

1. Perap kejap udang dengan kunyit+bawang putih+garam, then letak tepi.
2. Tumis bawang putih sampai naik bau then masukkan bwg merah, tumis sikit sampai nampak cam layu sikit.
3. Masukkan kacang panjang dgn lada hijau, goreng dalam 1 minat, agak2 je sebab saya suka dia separuh masak je. Saya masukkan kacang dulu sebab tak nak bagi udang overcook.
4.   Masukkan udang, gaul sebati, nampak dah tertukar warna tu sikit tu, test rasa cemana, kalo x cukup rasa, tambah garam gula. Saya tambah garam 1 sudu kecik (yg mmg kecik tu, bkn sudu teh),
5. Letak daun sup, saya gaul je sekali, tak tabur2 sebab saya suka camni. Lepastu, gula letak setengah sudu teh je, sebab saya tak suka manis, cukup sekadar buat rasa dia balance.
5. Gaul kejap, then dah siap. Boleh makan.

Kejap je sebab kacang ngan udang memang saya akan masak kejap. Nak jaga dia punya freshness. hahhaa..
Minyak time menumis saya letak tak banyak, sebabnya, untuk tujuan kesihatan...hahaha
This is how I cook, based on my preference only. Alhamdulillah, dapat positive feedback drp housemates.hahaha
Budak baru belajar ni mmg macamni, bila masak je, mesti nak suruh orang try.haha..




9 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

bab memasak ne fae masih fail ahah

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Menu yang simple ... sedap

Eka Tikah said...

makan dgn nasi panas2 sedapnyeeee. hehe

Noor Azlan said...

Kalau udang tu besar-besar memang sedap sangat.... aish meleleh air liur ni tengok pic...

hainom OKje said...

Wah....anak dara dah pandai masak nampaknya. Dah boleh kawen hihi...
Kalau hakak tambah lagi rempah kari dengan sos tiram Tirah...

hainom OKje said...

Tersama komen dengan yg lama pulak...dah boleh kawen, dah boleh kawen haha....

SITI AWADAH said...

Makan panas2 best ni.. TQ atas resepi :D

Intan Saffyna said...

hi, saya datang follow awak :)
salam kenal :)

Shikin Razali said...

Walaupun simple tapi mesti sedap.. =)