May 24, 2017

Skytrex Shah Alam

Assalamualaikum...

Kali ni, nak share pasal Skytrex kat Shah Alam.
Awal bulan Mei haritu me and Eleena did "enjoy" our weekend kat Skytrex ni.
Skytrex Shah Alam terletak di Taman Botani Shah Alam, kalau tak tau jalan, pakai waze je ea..hehe







Owh, maaf, takde pulak gambar time betul-betul buat aktiviti. Nak buat cemana, takut.hahaha
Nak panjat lagi, nak amik gambar lagi, memang idok ler... Plus, kitorang pakai phone, susah la nak pegang, simpan je dalam beg. Malas nak bukak. 

Kitorang ambik extreme challenge, agak extreme la, especially yg monkey bar, alahai, penat giler rasa. >.< 

Kitorang scheduled 2.30pm, tapi disebabkan hujan, pukul 4.45pm macam tu baru start buat. 
Time buat activities tu, hujan lagi, lebat pulak tu. Dah la tengah demam, hentam je la, malas dah nak schedule masa lain. 

Time panjat tangga paip tu memang licin giler, dah hujan kan. Rasa adventure dia lebih sikit sebab hujan agak lebat. 

Price dia, RM75. 
Extreme Challenge + glove + bottle holder + mineral water. 

Nak tau activities apa yang ada dalam ni, boleh klik sini;


Apapon, best jugak la.

Memories are meant to be created together.

Thanks Eleena ^_^

p/s:
next? 




March 18, 2017

Port Dickson, Malaysia

Assalamualaikum, Happy Weekend everyone ^_^

Last week, As, Eleena and Athirah Zain (me), just did a very random trip, a non-planned holiday, 2D1N, that was very interesting, exciting, and full of sweet memories. Thank you Allah for sending me these friends, they are awesome! ^_^

Mula-mula nak gi Mid Valley hari Sabtu tu, saya yang cadangkan sebab nak gi beli anti chlorine untuk my baby, Mimi the fish.hahaa.. Lagipon, kitorang janji nak jumpa je, tak tau nak jumpa katne. Thank you Eleena sebab punggah saya ngn Asdiah..haha

Then, tetiba, kitorang pegi Port Dickson. Nak tengok sunset kononnya. lols!
Random betul..

Maka, sampailah kami ke Port Dickson.
First, gi cari masjid, jumpa kat kem askar tu.
Lepas asar gerak g pantai cermin, tengok kejap, pergi Pantai Saujana pulak.


Okay, here is the view. 
Pantai Saujana, Port Dickson. 


My girlfriends. 

Sebab kitorang sampai awal, dalam pukul 5 something macamtu, then kitorang pon jalan-jalan dekat pasar malam yang kat seberang jalan tu. 
Meriah jugak, banyak makanan. Kereta pon banyak, hati-hati cross jalan,,haha


Mastura makan murtabak daging, the taste was so-so, but still okay sebab lapar. 
hahahaa sorry


Siti makan bihun sup. The taste was okay, but need to add on a little bit of salt. 
kihkihkih 


This one is mine, sotong ala-ala uncle bob, tapi nama lain, extra spicy. 
This one was superb! The best in town, memang sedap, Cukup rasa semua, tak kedekut garam.




It's almost dawn. 


Tapi, the sky just stayed like that. 
Estimated time for sunset was 7.34pm but unfortunately we could not watch it, donno why, need some sort of scientific explanation..haha.. just kidding. 

Tapi memang kitorang tak sempat tengok sunset sebab bila dah 7.40pm tak nampak lagi sunset, kitorang balik sebab ada bigger and crazier plan waiting ahead. 

Plan apa?
Nantikan sambungannya...hehehehee


Till we meet again, bye bye...

xoxo
Athirah Zain. 



March 10, 2017

Resepi Udang Goreng Kunyit

Salam Jumaat ^_^

Nak share sikit resepi udang goreng kunyit yang sangat simple.

Semalam pegi kedai hardware nak beli anti-chlorine, tetiba beli udang sebab anti-chlorine tak jumpa.haha

Udang 16 ekor + 2 lada besar yg hijau + 1.5 inci kunyit = RM16.10.

Bawang merah + daun sup sikit + kacang panjang 5 batang = 90 sen.

Udang tu sekilo RM37. saya amik 16 ekor berapa entah harga dia..haha..

Bahan-bahan:

1.5 inci kunyit + 2 bawang putih + garam 1.5 sudu kecik (untuk perap udang)

Bawang merah 1 biji
3 bawang putih

Udang

Kacang panjang
Lada besar (sy nak yg merah sebenarnya, tapi takde sebab dah petang)

Daun sup

Garam secukup rasa
Gula sikit

actually nak bawang besar jgk, tp lupa beli T.T 

Cara-cara: 

1. Perap kejap udang dengan kunyit+bawang putih+garam, then letak tepi.
2. Tumis bawang putih sampai naik bau then masukkan bwg merah, tumis sikit sampai nampak cam layu sikit.
3. Masukkan kacang panjang dgn lada hijau, goreng dalam 1 minat, agak2 je sebab saya suka dia separuh masak je. Saya masukkan kacang dulu sebab tak nak bagi udang overcook.
4.   Masukkan udang, gaul sebati, nampak dah tertukar warna tu sikit tu, test rasa cemana, kalo x cukup rasa, tambah garam gula. Saya tambah garam 1 sudu kecik (yg mmg kecik tu, bkn sudu teh),
5. Letak daun sup, saya gaul je sekali, tak tabur2 sebab saya suka camni. Lepastu, gula letak setengah sudu teh je, sebab saya tak suka manis, cukup sekadar buat rasa dia balance.
5. Gaul kejap, then dah siap. Boleh makan.

Kejap je sebab kacang ngan udang memang saya akan masak kejap. Nak jaga dia punya freshness. hahhaa..
Minyak time menumis saya letak tak banyak, sebabnya, untuk tujuan kesihatan...hahaha
This is how I cook, based on my preference only. Alhamdulillah, dapat positive feedback drp housemates.hahaha
Budak baru belajar ni mmg macamni, bila masak je, mesti nak suruh orang try.haha..




February 3, 2017

It's Friday

Assalamualaikum, salam Jumaat.

Alhamdulillah, it's Friday ^_^
Another Friday comes by, and here I am, living in my own space, my own world, moving forward, creating a better version of myself...
tapi....hahahhaa
Sebab esok weekend, so, harini rasa malas nak buat semua benda. Tapi kena gagahkan jugak buat kerja, nanti tak siap, kita jugak yang merana di kemudian hari,,hahaha

Apapun, stay positive, and be grateful!



January 24, 2017

Resepi Ayam Paprik

Assalamualaikum.

Saja nak share resepi, saya budak baru belajar, time belajar kena la mencatat dan menulis.hahaha
So, here's the resipi untuk ayam paprik, specially for anak-anak muda yang baru nak bertatih macam saya, tak tau nak kredit dekat sape, sebab tak tau ssape tuan dia, anyway, kalau akak ada terbaca, thank you,,heheee

Ayam Paprik

Bahan-bahan:

3 4 ketul Ayam (potong kecik2)
4 ulas bawang merah (hiris halus)
4 ulas bawwak putih (hiris halus)
1 batang serai (dititik@ketuk sikit, campak je..haha)
Carrot (ikut suka nk byk mana)
1 senduk cili kering yg dah dikisar dgn bawang
kacang panjang (ikut suka nk byk mana)
tomato (saya letak satu je sbb saya tak suka tomato..haha)
bunga kobis (ikut suka jgk)
Cili padi (ikut suka nk pedas ke tak, 6@7 ok la kot, tak pedas tak plain, kot..haha)
5 helai daun limau purut
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 labu bawang besar (kdg2 saya pakai ssetengah je, jimat sikit utk orang bujang baru keje mcm saya,hahhaa)
1 batang cili besar (potong senget2 atau bulat2)
Air.

Cara masak:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, putih and serai.
2. Biar sampai bawang warna kuning-kuning sikit.
3. Masuskkan cili kisar, and cili api, kacau sampai masak.
4. Masukkan ayam, then kacau sampai dia agak masak.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, gula and garam. Sesedap rasa, try2 la ye. Letak air ikut suka, depends la nak kuah banyak ke sikit.
6. Masukkan sayur-sayur tu.Carrot, kubis, then kacang panjang. kacang tu masukkan lambat sikit daripada sayur lain pun elok jugak.
7. Kacau sampai masak, kemudian masukkan daun limau, bawang besar and cili besar.
8. Agak-agak dah masak, semua dah okay, tutup api, siap...hahahaa




Salah silap harap maaf, saya kan budak baru belajar, serius...hahaha
^_^