January 28, 2016

Sebab Followers Blog Berkurang

Hi, Assalamualaikum dunia ^____^

Sejak dua menjak ni, saya tengok followers blog saya berkurang, sehari dua tu saya expect maybe my "ex-followers" dah tak berminat untuk follow saya. Saya akui, saya jarang post bulan ni.heheehhee

Tapi bila lama-lama jumlah followers saya berkurangan dalam jumlah yang besar, rasa pelik la kan. Depa ni boikot saya secara berjemaah ke?hahaha

Selepas saya meng-google, baru tau, Google ada buat pembaharuan. Baca ni.


credit to:
http://babab.net/artikel/kenapa-followers-blog-berkurangan.html

Ow....
Okayh, bagi mereka yang suka membaca blog, dan suka up-to-date dengan blog-blog yang diminati, tetapi takde akauan google, saya nasihatkan korang buat la akauan google ea. Senang je..hehe

babai (^______^)



Review Bajrangi Bhaijaan

Hi all ^___^

Dua minggu lepas, saya tengok Bajrangi Bhaijaan. Sincerely I give 8.9/10 stars to this movie, congratulations Salman Khan.

Apa yang paling menarik dalam cerita ni ialah jalan cerita dia. Salman Khan yang memegang watak sebagai Bajrangi, iaitu seorang yang sangat baik, nak tolong sorang budak ni, dari Pakistan, yang tersesat kat India. Cemana dia boleh tersesat? Jeng jeng jeng.. Takleh cerita lebih-lebih, nanti tak syok. Tengok sendiri ye.hahaha

Salman Khan panggil budak ni Munni. Nama sebenar dia dalam cerita ni ialah Shahida, tapi sebab dia tak boleh bercakap, takde sape tau nama dia. Comel je budak ni.

Sangat menarik perjalanan yang Salman Khan lalui dalam misi nak hantar budak ni balik Pakistan. Ditambah lagi dengan perangai Salman Khan yang lurus bendul, baik hati dan takut untuk menipu. Memang ada part sedih dan kelakar, saya rasa elemen-elemen ni balance. Sebab tu movie ni menarik. Serius... ^_^

Banyak pengajaran yang boleh kita kutip daripada movie ni, terutamanya dari segi perkauman dan agama.

Tengoklah ye korang. Saya pun rasa nak tengok dua tiga kali kalau ada masa...hahaa


See, cantik kan budak ni. Rambut dia tu, pergh, lawa giler, tak berkelip saya tengok..hahaa

Okay gais, happy watching!!!

(^____^)

January 16, 2016

Larian Spektra UM by KKTB


Hi warga Malaysia dan rakan-rakan bloggers sekalian (^___^)
Buat mereka yang berminat untuk menyertai larian, jom join Larian Spektra ni. 
Sambil lari, sambil makan donut, best kan?
Jangan tercekik sudah..haha

5km sahaja!!!!

Jom sama-sama sertai larian ni. 
Tempatnya adalah di dalam Universiti Malaya. Track dia "biasa-biasa" jer bagi budak UM, kita akan lalu Bukit Cinta, sebuah bukit yang tak berapa nak bukit. Kenapa namanya Bukit Cinta? Ana pun tak tahu,,haha

Yang bukan student UM, boleh mendaftar di sini. 

Any inquiries, boleh mengemukakan soalan di nombor yang telah diberikan, ataupun korang boleh pergi ke Fb Larian Spektra UM

Jom la join ye, seronok!!!!hahaha