November 30, 2015

Interview Tips

Hi (^____^)

Untuk beberapa hari ni, saya tengah belajar cara-cara nak hadiri temuduga, cara-cara bagaimana nak berjaya di dalam sesebuah temuduga.
Kononnya tengah sibuk mengkaji la ni kan.haha
Banyak juga yang saya jumpa, dan saya masih dalam proses belajar. Nanti bila saya dah buat kesimpulan, saya update kat blog ye ^_^

Okay, sepatah dua kata untuk tips temuduga, benda yang paling penting bagi saya ialah Yakin!
Any tips from anyone?
Hehee....

Okay, good luck!!!!




Aktiviti di Pagi Hari



Nah, sape nak cekodok meh sini...hahahaa

November 28, 2015

Taggie Tag- Tag by Sheera

Salam semua 
^___^

Tengah duk pikir nak tengok movie apa, tetiba ternampak komen kat cbox drp Sheera, beliau tag saya. Ingatkan tag pasal GA, rupa-rupanya ada tag yang lagi menarik, jeng jeng jeng....hehe
Tapi saya tak dapat nak meneruskan rangkaian taggie taggie (cutenya nama) ni, sebab saya tak tau nak tag sape, takut mengganggu,,haha... (kalo nak saya tag, sila cakap,,haha)

Thank you so much Sheera ^__^
Kalau nak tau pasal adik manis ni, boleh la klik nama beliau ea..hehe

Beliau tag pasal taggie taggie yang bloggers tag sesama bloggers then sape yang kena tag tu kena jawab soalan yang telah disenaraikan buat beliau. Hmmm... Macam berbelit pulak ayat saya..haha..
Tapi, secara ringkasnya begitulah. Maafkan ayat pening lalat saya..hahahaha

Okay, let's answer the questions!!!

1. If get a chance to be a heroin, what will you be and why?

>> Heroin ye, emmm... saya nak jadi... Nak jadi apa ya? Hahahaa.. susah sangat soalan ni, sebab saya dah sangat selesa jadi diri sendiri. haha.. Hmm... Okay, saya nak jadi macam Lucy. Tapi very yang terkawal, versi Islam dan versi yang segalanya positiflah...haha

2. Best gift in your life?

>> My parents! No doubt! hehe... and sooner or later, I'm gonna have my own family, and they will be my next best gift after my parents ^___^

3. Benda yang awak paling minat atau suka?

>> Lepak-lepak sorang-sorang, tengok movie, goyang kaki, gelak-gelak... Sangat tak bermotivasi minat saya  ni kan,,hahahaa..

4. Coklat atau Vanila?

>> Actually saya tak makan sangat benda manis. Tapi kalau orang bagi saya dua ni, saya akan pilih vanila, because I'm a sweet girl. Ceh,,,hahaha..

5. Cafe atau restaurant? Kenapa?

>> Restaurant sebab saya lagi suka makanan dekat restaurant..hehe... Cafe ni kekadang bajet2 hipster je, perut tak kenyang pon kekadang t. Eh, terkutuk pulak,,haha

6. Tips awak jaga kesihatan badan awak.

>> Tips saya, kawal pengambilan air manis dan minum air kosong, lebihkan air kosong ye. Sangat jarang minum sejuk, minum kalau terpaksa je. Lagi, pengambilan garam pon saya amik kira, no MSG okey. Bersenam yakni jogging or running. Makan sayur, saya tak makan daging sangat sebab saya akan sesak nafas kalo makan daging banyak. Hmm.. yang penting, elakkan benda yang boleh buat kita rasa tak sihat. Contohnya, pengurangan daging dalam menu saya. Maybe saya makan 3 bulan sekali kot, takpun 5 bulan,,,haha... 

7. Bila keluar rumah, style apa yang awak suka?

>> Style yang saya suka ialah simple. Kalau nak melaram tu, saya melaram time dinner kolej haritu je (tapi macam mak cik je guhper saya.haha). Sekali seumur hidup (23 tahun). Makin banyak imigrants yakni golongan bangla dan seumpanya dekat tempat yg saya nak tuju, makin hodoh penampilan saya. Tak caya, meh sini,,haha

8. Jenis sukan yang anda minat?

>> Actually saya suka hockey, tapi memandangkan hoki bukanlah sukan yang saya boleh buat seorang diri, maka saya memilih untuk berlari. Kalau nak main hoki sorang2 boleh, tapi pukul2 je la kan,,haha...

9. Blog sebagai ____ dalam hidup anda.

>> Blog sebaga diari kesayangan, tempat saya kenal ramai orang dan tempat saya memotivasikan diri sendiri dalam hidup saya. 

10. Kalau ada 1 Million dalam tangan, apa anda akan buat?

>> Bayar benda yang wajib, kemudian bagi mak ayah, lepastu tanya adik beradik sape nak kongsi then tengok kot-kot ada sape-sape yang memerlukan, then dah takde orang nak guna, baru la saya pegi enjoy saki-baki yang ada.haha

11. Negara yang paling teringin anda nak travel? 

>> Saya nak pergi......................
(Maafkan saya, saya belum pikir lagi nak pegi mana, melainkan jawapan cliche yang ramai orang guna iaitu Mekah)hehehhee... Serius saya belum pikir, kalau nak travel, nak pegi semua tempat, tapi problemnya, semua tempat tu saya tak tau tempat mana,,ahahhaaha

p/s:
Saya dah start usha keje apa yang saya nak join lepas grad nanti, doakan kejayaan saya ye,,hehe
Thank you so much!
Much love from me, Athirah Zain :*

Responsibility

Happy Weekend everybadeyhhh!

Hujung minggu ni buat apa? Memancing? Berenang? Goyang kaki? Kerja?
Buatlah apapun, yang penting, enjoy every single things yang kita buat ye ^____^


Orite, today's topic, "Responsibility"



Makin banyak tanggungjawab yang kita pegang, makin banyak benda yang kita belajar. Kita akan jadi lebih matang, lebih positif, lebih cool dan lebih segalanya. As long as kita tak main-main bila laksanakan tanggungjawab.

Kalau dalam Islam, bila kita ada tanggungjawab, yakni boleh dikategorikan sebagai amanah, kita wajib laksanakan dengan baik.

Okay guys, chill and learn something from your responsibility!

(^_____^)

November 27, 2015

It's Friday!

It's Friday already!
Time flies so fast right?
Say Hello to December!
(^___^)



November 25, 2015

Destinasi Pilihan...

Hi (^___^)

December ni, kitorang ada la cuti sekejap, kitorang berlima ni plan nak jalan, tapi tak tau nak gi mana.haha

Banyak dah kitorang punya cadangan, tapi semua terbengkalai.haha

1. Gambang Waterpark: Cuti sekolah, ramai, dengar cerita pon dorang kata tak best sangat.
2. Tambun Waterpark: Cuti sekolah jugak, ramai...haha..
3. Sunway Lagoon: Pon masalah keramaian orang plus macam mahal je tiket.haha
4. Bermacam jenis sungai: December ni musim hujan, bahaya plus maybe air tak jernih.


Kitorang pon dah pening dah, still mencari. Tapi kalau memang takde tempat sangat, kitorang pergi hair saloon je la. Lepastu balik, masing-masing duk depan laptop..haha

Tapi dengar citer time cuti sekolah ramai yang balik kampung, so Sunway Lagoon tu tak ramai orang sangat. Entah la nakkkk....haha


Ahli kelab ukur jalan.
Sekarang kelab ni tersangatlah slow dah. Busy la katakan, semua nak jadi wanita bekerjaya.haha


November 24, 2015

Take Time

Hi, selamat ber November!

Dah hujung tahun dah kan? Bulan 6 nanti dah puasa pulak.
Just wanna share this quote, a reminder for us ^__^


Never give up!
Great things take time.

Got it?
hehe....

So, sabarlah duhai hamba Allah, teruskan usaha. Great thing will come sooner or later. 

Jia You!!!!

p/s:
hidup tak selalunya indah, indahkanlah dengan senyuman manismu,,eh eh,,haha

November 23, 2015

Mini Giveaway by Myra & Ina

Hi..
(^___^)
 Dah lama tak join GA, check it out okayh?


Klik banner utk join ye...

Syarat mereka:
1. Malaysian
2. Follow blog Ina.
3. Follow instagram beliau: https://instagram.com/flowery.dot/
5. Backlink kan banner ni. (dah buat kat atas tu,,hehe)
6. Publish entry. 
7. Letakkan URL entry kita kat ruangan comment post beliau.

Taraaa!
hehehee

Saya join ye dik (^____^)
Happy holiday! hehe



November 21, 2015

Face Cleanser #lol


Ever experienced this kind of problem?
Anyone?haha...
I used to... 


p/s:
orang lain kalau weekend, boleh bersantai, saya pulak, busy giler,,haha
sabar je la, demi sesuap nasi,,haha

November 19, 2015

Escape


Hijrah.
Berpindah.
Mengembara.
Travel. 

?
?
?


Deep.....


The Power of Make Up

Hi (^___^)

Tadi saya ada terbaca kawan saya retweet yang zaman sekarang ni susah nak jumpa perempuan yang kening ori. Semua nak lukih. Ye ke? Hello, cakap baik-baik ye, jangankan disebabkan geng2 hijabister mahupun hipster tu lukih kening, korang nak tunding jari kat semua perempuan yang ada. Judgemental namanya tau dak?

Eh, emo pulak saya. I'm sorry. Gurau je..haha

Hmm... bila saya pikir balik, make up ni memang power. Someone boleh 100% transform jadi Miss Universe tau, tapi tang muka je la. >.<

Haritu saya ada try fully make up, letak foundation, letak apa lagi entah. Lupa..haha
Ni jadinya.


Gambar ni xleh buat saiz XS.
Maafla ye kalo boring tgk muka saya,,haha


Yang sebenarnya muka cenggini je.


btw, ni time majlis perpisahan PERKATEK..sobsss T.T

Beza tak? Lighting memang 100% berbeza. 
Yang atas dibawah sinaran lampu, yang bawah dibawah sinaran lampu jugak, tapi lampu jalan je la..haha


Tapi saya suka yang ni. Drawing sape entah, main curik je kan,,haha

yang ni lagi elok, hitam putih. 
Tak payah susah-susah make up kan?


Apapun, ingatan tulis ikhlas untuk semua perempuan dan wanita-wanita diluar sana, make up, make up jugak, kebersihan wajib diutamakan. akhlas jangan dilupakan, budaya timur usah dicampak, yang penting, agama jangan dibelakangi. rasa nak membebel tetiba  hahaahaa

Betul la kan? Cengkerang cantik, tapi isi buruk. Nak ke cenggitu?

Okay girls and guys, see you (^____^)

p/s:
Who run the world???
Girls!!!!

November 18, 2015

Rahsia Tarikh Lahir?

Hi (^___^)

Salah seorang geng PERKATEK ada send gambar ni kat group whassap;


Rahsia tarikh lahirkah ini? hahahhaa
Jangan percaya, setakat nak bergelak ketawa boleh la kan. Pada pandangan saya, dorang boleh keluarkan statement macamni sebab dorang buat kajian, bukan ramalan okey. Ramalan tu khurafata, bak kata salah seorang ahli geng "Kekanda Adinda" yang kami tubuhkan masa zaman matrikulasi.haha
Banyak pulak geng kau kan,,haha

Saya bulan 7. Ramai yang lahir pada bulan 7 ni setia. Saya? Insha Allah setia...hahhaha

Okey, check yours too (^_____^)

p/s:
ingat dah tak nak minum coffee, akhirnya.....emmmm....

November 17, 2015

Be Positive!

Dear my readers, 

No words to say but.....

credit to: This link


Why?
The reasons are quite simple....

credit to: http://www.findmemes.com/cute-positive-quotes-about-life
Be positive!!!


So, smile brightly dear sunshine!!!!!

(^______^)





November 16, 2015

Microsoft Lumia 950 XL Dual Sim #Malaysia

Hi, selamat ber isnin semua ^___^

Microsoft Lumia 950 XL Dual Sim.
Kononnya ni phone impian saya. Konon je la, berangan tu penting,,ahahaa
Dengar cerita dia akan di "launch" kan December 2015. Harga? Tak sure, tapi RM2k++.
Sekarang ni saya kerja part time, so, berangan la nak beli something untuk kenangan dari duit hasil titik peluh memerah keringat. Haha.. Ayat macam kerja bawah terik mentari pulak.

By the way, pada pandangan sayala, telefon ni best. Tang camera tu penting, 20MP, lepastu camera untuk selfie 5MP. Pergh, memang nampak la anak jerawat. Lagipun saya dah jatuh cinta dengan Windows Phone. Phone ni processor dia 3GB RAM. Bayangkan la..haha

Sekarang saya pakai windows phone jugak, interface dia menenangkan hati saya. Saya tak pakai androids sebab saya rasa dia tak kemas. Maafkan saya wahai pengguna-pengguna androids yang tertanya sangatlah ramai.
Lain orang lain preferences nya kan?hehehe...
Apa lagi nak puji pasal windows phone ni? Emmm.....hahaa

Laju memang laju, lagging time dia maybe dalam millisecond. Maybe la,,,haha... Lepastu, senang nak edit microsoft office apa semua. Saya dah guna phone saya 3 tahun kalo tak silap, ok je, no problem. Haritu ada la jatuh sekali, pegi repair skrin. Mahal nak mampuih,,haha. Tapi sayang punya pasal, sanggup. lol!

Pasal game pulak, saya tak main game kat phone, laptop or etc. Pernah la main game, tapi kejap je addictednya, lepastu, life is boring with games!!!!hahaa
Windows phone ni ada game XBox. Bagi orang yang suka games, maybe tak suka WP sebab limited games kan? I heard lot of people complaining about games and blah blah. Ow man, you know what? Life is about music, no need to trouble your fingers tapping on the screen just to kill some crazy yet stupid zombies. Apehal saya emo ni?hahaha

Yang Lumia 950 XL Dual Sim ni agak mahal, tapi pada fikiran saya, berbaloi la.
 Iphone? I'm not into iPhone, sebab saya tak suka interface dia. Samsung lagi la. Sony pulak, saya takut dia cepat rosak. Problem yang saya fikir sekarang, pasal kejatuhan harga dia dalam dua tiga tahun mendatang. Kalo dia jatuh bertimpa-timpa, macam sedih pulak saya nanti. hahaha... Phone yg saya pakai sekarang ni pun harga dia dah jadi macam pisang goreng dah. Sedih tau tak, punyala dulu mahai, sekarang , omaigod!!!!

Okay, keep thinking, but i think i'll stick to this one...hehehe


Photo credit to: GSMarena.com

Nak tau lebih lanjut pasal phone ni, klik je adress di atas je. 
Kot-kot la ada orang wonder why la Athirah Zain ni suka pakai windows phone. 
Btw, HTC pun ada pakai windows phone. Saja je nak cakap...haha

Okay lah, doakan saya berjaya kumpul duit ye.hahahaha

p/s:
pernah bergurau dgn kawan, saya cakap, kalau ada sesape bagi saya phone ni, automatically saya akan terima dia...hahahaaa.... *mata keluar $$$$$$*

November 13, 2015

Bukit Tinggi Pahang

Hi, I'm back! (^____^)

Saya baru balik dari Kelantan sempena mid-sem break..hehe...
Sekarang ni mood masih happy ^_^
That feeling bila balik rumah, phewwww....hahahaa

Ok, haritu saya, Eleena and Asdiah jalan-jalan dekat Bukit Tinggi. Saya nak tangkap gambar dan luangkan masa bersama. Kitorang satu geng masa saya masih lagi penghuni kolej lapan, sekarang dah pindah. Masih satu geng, tapi jarang bertemu. So, kita luangkan masa bersama-sama la bagi mengekalkan silaturrahim,,haha..


Ni entrance dia kot, tak sure,,haha..
Masuk bayar RM13 sahaja. 
errr.. sahaja? hahaha

Kitorang masuk kat Colmar Tropicale je. 
Tempat lain tak masuk sebab hari tu panas, berpeluh dah. 
Lagipun saya nak balik kampung, so kitorang pergi melepak IOI City Mall je lepastu sambil mengusha abang Chatime! 
eh eh...hahaha
ok, gurau je (>.<)


Gambar saya sorang-sorang mestila wajib kan,,haha


Berdrama kejap.
Actually ni time nak balik dah.
Tapi, cantik kan dia punya background? 


Ni time first kitorang nak masuk tempat ni. 
Kat belakang tu kuda. Dia letak kuda kiri kanan tempat nak masuk. 
Walaupun konsep dia kebaratan, tapi corak di badan kuda tu sangat la Malaysia...
(^___^)


Ni view dari atas, kitorang naik menara jam yang kat hujung jalan. 
Cantik! 


Dua hari before pergi ni, jerawat saya tumbuh, kembar pulak tu. Saja nak menyibuk dalam gambar, geram betol..haha... Time-time saya relax kat rumah tak nak naik pulak. Bila dah naik, tak nak turun pulak tu. Tension!haha

Next time kita pergi tempat lain pulak ye. Ingat nak try flying fox, tapi tak tau kat mana tempatnya...haha


Bye bye...
(^____^)




November 7, 2015

Cara Mendemamkan Diri

Hai bloggers (^___^)

Tadi saya check keywords yang pelawat blog saya guna, ni salah satu yang saya jumpa;

"Cara mendemamkan diri"



Haaaa????
Dah kenapa awak oi?
Ni sebab nak ponteng sekolah ke nak ponteng kerja?
hahahahaaa

Ada ke sebelum ni saya bagi tips cara nak mendemamkan diri?
Takde kot....

Apapun, buat pembaca, mungkin awak ada reasons kenapa nak mintak demam. Walaupun perbuatan tu pelik, tapi who knows kan?hahaha...

Sihat adalah salah satu nikmat. Bila sakit, barulah kita menghargai waktu sihat kan?
Macam lagu nasyid tu, "ingat lima perkara, sebelum lima perkara...sihat...sebelum sakit..."

Jagalah kesihatan okay, especially yang ada parents and orang-orang sekeliling yang ambil berat. Jangan susahkan hati dorang okay.

Okeyh,
babai :p



November 5, 2015

Ma Dream....

Hype olls ^___^

Ma dream? Kenapa guna Ma? Sebab semalam scroll instagram Kim Jong Kook, tengok dia duk guna Ma...Saya selaku peminat beliau, saya copy paste la..hehe

Eh, melalut dah,,haha

Okay, ma dream is, saya nanti sangat la berharap semoga dapat kerja kat Kelantan. Why?
Because selama ni, asal ada cuti je, asal ada kawan ajak bercuti je, saya dengan cekap dan pantasnya menolak sebab saya nak balik kampung. Bagi saya, cuti adalah untuk balik kampung. Bukan tak teringin pergi bercuti dua tiga hari melawat dunia, tapi saya rasa saya wajib balik kampung,hahhaa

So, penyelesaian adalah, saya kerja kat Kelantan, duduk kat rumah, time cuti, pergi bercuti. Ayah dah pencen, mak ada la 4 5 tahun lagi berbaki, then beliau pun pencen.Kemudian, boleh kami bercuti dengan gumbiranya...haha

Bukan apa, sementara mereka masih ada, berdampinglah dengan mereka kan... Saya takut nanti menyesal tak sudah... sobsss....


Omma and appa.

Doakan saya dapat kerja kat Kelate ye nanti..hehehhe

See you, 
xoxo
xxxxxxxxx :p

p/s:
tak sabar nak balik cuti mid sem..hehe

November 2, 2015

November Blues

Hype (^___^)

November datang lagi. Maksudnya, dah nak sampai ke penghujung tahun 2015. November, then December. Mid-sem test pun dah lepas. Cepatnya masa berlalu....
Termenung kejap mengenang nasib diri yang makin tua....hahhaha


Ini saya semasa kakak saya graduate tahun 2011. 

Dan gambar kedua ni pulak...



Tahun 2015, juga masa kakak saya graduate. 
Beza 4 tahun, besar jurangnya.

Muka takde la berubah sangat. Mungkin pengalaman makin bertambah.
Kematangan saya berfikir pun mungkin sedah bertambah baik. 
Kalau zaman remaja dulu, saya merupakan manusia yang cepat marah, sekarang saya lebih banyak diam kalau marah. 
Tanda-tanda umur sudah meningkat.hahaha

Yang pasti, mereka yang disekeliling saya pun bertambah umur.
Mak, ayah, adik-adik, and kakak-kakak.

Yang paling saya rasa, bila tengok mak dan ayah, bila compare 4 tahun lepas dengan sekarang. 
Owh, menitis air mata tau dak bila pikir berapa lama lagi saya boleh berpaut dan berteduh di bawah mereka. 
Semoga Allah memberi kesihatan dan umur yang panjang buat Mak dan Ayah.
It's really hard to describe how much I love them.

I wish an infinity of happiness untuk semua!!!!
Hidup tak selalunya indah.
Ingat tu ^_^

Jadi, jangan cepat down bila ada masalah.
Insha Allah, Dia pasti tolong. 

See you!!!