October 30, 2015

#outdoor2 Bercuti di Penang dan Kedah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Before I start, I you wanna see the pics clearly, feel free to click them. Kalau nak tengok la...haha
Tak pun,click on my album here >>>  Kembara Biomed

okay, on your mark, get set, goooo!!!

Pagi ni saya nak throwback sikit, sebenarnya dah lama nak tulis entry pasal jalan-jalancari makan kitorang kat Kedah dan Penang haritu, tapi lupa. Aigooo...hahaha

Haritu, kitorang ke Penang, actually sebab kakak salah seorang ahli PERKATEK kahwin, so kitorang pergi la rumah beliau untuk meraikan. Comel kakak beliau ni, rasa macam tengok a perfefct couple. Nak jugakkk!!! 


Gadis-gadis Biomed bersama pengantin...

Owh, sebelum terlupa, sebelum sampai Kedah tu, kitorang pergi makan Mee Udang dekat Restoran Aur Gading. Boleh la, saya tak dapat nak describe sangat sebab saya ko sikit bab-bab mee ni,,,haha



Lepas majlis kakak Mira tu, malamnya kitorang pergi jalan-jalan sekitar bandar Alor Star. Then kitorang pergi rumah Aqilah. Qilah and mak dia masak, Omg, sedap giler, dan banyak giler..haha
Especially cheesekut dia, pergh!Saya makan banyak giler sebab time pergi tu, saya kurus sikit, so no worries la...hahaha


Esoknya kitorang jalan-jalan kat Penang, berikut adalah gambar-gambar di sekitar Penang... (ayat skema..haha)

Sewa basikal di Penang Street Art.
Kena hon dengan kereta banyak kali.haha


Aiskrim apa entah nama dia, tapi not bad la di kala terik mentari mencengkam ubun-ubun.
>.<


Fefeeling tourist..haha





Cantik kan? 
perasan


Penang 3D Trick Art Museum. 
Bayaran masuk RM15 kalau tak silap, kitorang tunjuk kad pelajar.





Banyak pulak gambar kan?haha

Then, petang tu kitorang pergi Pantai Batu Feringgi. 
Seronok main air...haha

Esoknya, kitorang balik dengan penuh rasa gembira..haha

Okay, sekian... 
(^____^)


See you!








October 28, 2015

Doktor Cinta

Hi olls (^____^)

Doktor Cinta?
Athirah Zain jadi doktor cinta ke?
Hahahaha... just kidding, takde la.
Nak cakap pasal lirik lagu Locked Away sebenarnya.

Btw, saya minat separuh gila kat Adam Levine tu..hahaa
Biasalah, zaman remaja ni kan. Artis dan remaja berpisah tiada.
Eh? Remaja lagi ke?
hahahhaha...



Okay, here's the quoted lyrics;

"If I got locked away, 
and we lost it all today, 
tell me honestly, 
would you still love me the same....?"

"If I showed you my flaws, 
if I couldn't be strong, 
tell me honestly, 
would you still love me the same...?"

Hmmm...
What do you think about the lyrics?
Deep right?
What ever it is, if you really love someone, something or some-whatever, you won't change even the flaws are the things that you hate the most. Get it?
Ikhlas tu penting....


#stillsearching #eh

October 26, 2015

Destinasi Percutian di Malaysia

Hi, wassup?

Entry kali ni saya nak berbicara soal destinasi percutian dekat Malaysia.
Kenapa tiba-tiba?

Actually, minggu kedua November ni, kitorang cuti pertengahan semester.
Saya tak balik rumah sebab kerja part time.
So, hari Isnin dan Selasa tu, nak pergi bercuti la dengan dua sahabat baik saya ni.
Tapi masalahnya, tak tau nak kemana.hahhahaha

Cadangan saya adalah pergi Cameron Highland. Tapi macam tak tau nak buat apa kat sana. Saya ni jenis yang cepat boring. Tapi kalau fikirkan kesejukan dan kedamaian di sana, macam best jugak. Almaklumlah, sekarang ni kan jerebu teruk, especially di kawasan-kawasan bandar macam Kuala Lumpur ni.

Lavender Farm, Genting Highland.
Kat Cameron pun ada, lebih kurang je. 
Photo credit to http://goodyfoodies.blogspot.my/

Then, Eleena suggest nak pergi Tioman Island.
Saya setuju, sebab saya ni tak pernah snorkeling, sebab saya rasa air tak pernah suka saya, tiap kali belajar berenang, selalu fail. Saya tak la takut air, tapi saya just tak ada kebolehan untuk berenang. hahaha
Why not saya cabar diri sendiri kan? Tak boleh berenang pon boleh snorkeling kan?
Tapi the problem is.... saya cuti kejap je, tak best la kan. huhu

Then, Asdiah punya cadangan ialah pergi ke Pulau Carey.
Actually ni first time saya dengar pasal Pulau Carey.
Nak tau pasal pulau ni, google la ea. hahhaa

Saya ada terfikir jugak Bukit Tinggi.
Macam cantik je nak ambik gambar.
Hmmm... entahla nak gi mana.

Yang penting, dekat dengan KL dan bersesuaian dengan cuti saya yang singkat ni. Isnin dan Selasa je saya cuti. Pening kepala ceq... Any suggestion?  X_X



October 22, 2015

Pintu Rezeki

Hi, Assalamualaikum ^_^

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Maal HIjrah kan?

" Hijrah Nabi, hijrah pertama, 
Berkelana ke Madinah, 
Tinggal Mekah, 
Tinggal segalanya, 
Demi Agama tercinta..."

Masih terngiang-ngiang nasyid yang kitorang nyanyi masa sekolah rendah dulu. 
Kertas lirik pun saya masih simpan. Betapa sayangnya saya dengan memori lalu ^_^
Walaupun dah 11 tahun meninggalkan sekolah rendah, kenangan masih tersimpan tau,,haha


Okay, let's talk about my topic, "Pintu Rezeki"...

Rezeki, datang dalam pelbagai bentuk, wang ringgit, anak-anak, tubuh badan yang sihat, peluang keemasan mahupun kebesian, dan macam-macam lagi. Diberi kesenangan masa pun adalah salah satu rezeki. Rezeki tu skop dia luas.

Apa tips untuk buka pintu rezeki seluas-luasnya?

Any idea?

Berdasarkan bacaan dan apa yang saya belajar, pintu rezeki ni ada 10. 

Salah satunya adalah BANYAK BERSEDEKAH. 


Bersedekahlah walaupun dengan sebutir kurma. Kita selalu dengar kan? 
Sikit ke, banyak ke, ganjaran pahala dia besar, asalkan kita bagi dengan hati, bukan dengan muka.
Maksudnya, jangan riak dan simpan niat untuk menunjuk-nunjuk. 
Insha Allah, satu yang kita bagi, sepuluh yang akan datang balik. 


Sembilan lagi tu, carilah sendiri ye. hehe

Jom kita berhijrah!!!


October 15, 2015

Shawl Murah dan Bergaya untuk Wanita Berhijab.

Hi ladies!
(^_____^)

Sebagai sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang ramai, bukanlah satu kejanggalan jika terlihat ramai wanita yang memakai tudung. Tidak kira sama ada di kawasan bandar dan urban seperti Kuala Lumpur mahupun kawasan luar bandar, kita boleh lihat pelbagai wanita dan remaja daripada pringkat umur berbeza mengenakan tudung di mana-mana sahaja.

Tudung atau scarf dipakai oleh wanita Muslim untuk menutup aurat mereka terutamanya di bahagian kepala, rambut, leher, dan telinga. Menutup aurat adalah wajib bagi kaum wanita dalam mengikuti ajaran agama itu sendiri. Bagi masyarakat Malaysia yang telah hidup harmoni sejak merdeka dan hidup bersama tidak kira perbezaan warna kulit, agama dan kaum, penerimaan dalam menghormati pegangan hidup orang lain adalah sesuatu yang sudah menjadi lumrah. Betapa uniknya Malaysia kerana kita boleh menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan sentiasa utuh dengan persahabatan yang terjalin.


Cantik kan?
Antara koleksi tudung terkini yang boleh didapati di pasaran buat masa ini ialah selendang ataupun shawl. Banyak butik Muslimah online di Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi shawl murah online dengan pilihan yang cukup meluas. 

Tudung selendang moden juga sangat versatile kerana ia boleh dipadankan dengan hampir apa sahaja jenis pakaian tradisional seperti baju kurung, jubah moden dan juga blouse Muslimah. Diperbuat daripada bahan fabrik yang bermutu dan lembut ianya memberi keselesaan kepada anda untuk dipakai sepanjang hari! Oleh itu kalau anda mahu dapatkan hijab yang baru, apa kata dapatkan tudung shawl moden!



Semakin banyak pilihan rekaan untuk koleksi tudung wanita sekarang ini. Malah variasi dan corak juga boleh didapati hampir di mana sahaja!


Ramai juga wanita yang mencari tutorial menggayakan tudung wanita online di internet dan melalui video tutorial hijab di Youtube. Jika anda sedang mencari idea untuk menggayakan tudung bagi daily basis ke tempat kerja, majlis istimewa mahupun makan malam bersama si dia!

Jadi, apa kata anda?

Okey, jumpa lagi ^___^

October 13, 2015

Better Late than Never

Assalamualaikum.

Salam di penghujung tahun.
Awal Muharam menjelang tiba....
^___^

Better late than never. 
A nice words for those who are about to giving up. Don't stop, its ok for you to walk slowly than just stop without gaining anything and just wasting all your hard works to reach the point you are currently standing at. Just don't stop ok ^___^

Seperti biasa, nasihat ini lebih kepada diri sendiri. Sama-sama kita berusaha meneruskan impian dan cita-cita! hehe


Bring it All Back. 



October 11, 2015

Best Photo!

Hai... ^_^

I just found the best photo of me. In conjunction of Hari Sukan Negara, we run for 10 days and 10 nights continuously without taking a break. But, one by one la, take turn,,,hahaha...

And here is my best photo ever, at least for me la... cantik di mataku,,haha



Thanks for the "cameragirl". I like this one the most..hehehee

Nah, akak belanja lagi satu gambar, yang berbaju putih ni time saya lari pkol 1.30am. Lebih kurang la, malam tu saya lari 5 laps keliling tasik. Sejukkk... Awal pagi kan,,hahaa


Thanks buat AJK, chillax ea, biasalatu kena ganti orang lari, runners mmg macamtu perangai dia, rasa nak lari, dia lari. Adat la tu jadi AJK. Just, dont push them ok. xoxo...

See you..hehe
 (^_____^)

October 7, 2015

Bloglist Athirah Zain

Salam....
hehee

Sudah sekian lama saya tak update bloglist saya. Tengok ramai bloggers yang update setiap bulan. Nice! Rajin, keep it up! hehe


Gambar tak ada kaitan dengan entry,,haha


Sebab saya tak tukar bloglist ialah satunya malas, kemudian sebab utama dia ialah bloglist saya adalah terdiri daripada blog-blog yang saya follow.

Buat sesiapa yang follow blog saya, nanti bagitau la ye dekat shoutbox tu. Insha Allah saya pegi jenguk and follow. Nanti automatik masuk bloglist. Senang sikit nak blogwalking,,hehee

Satu lagi, ni nak share pasal WANITA CANTIK PON PANDAI MASAK.
Check it out from the link below;


October 5, 2015

Wanita dan Skincare (Highlight: Bio-essence)

Assalamualaikum
^___^

Selamat bekerja buat yang bekerja, selamat bercuti buat yang bercuti. Jerebu kan? So ramai yang dapat cuti,,hehe

Okey, kali ni saya nak cakap pasal skincare aka penjagaan kulit. 

Wanita dan skincare berpisah tiada.haha
Yang penting, rajin dan malas. Kalau dah penat, ramai yang balik rumah je, terus tidur tanpa cuci muka dulu. No no no! Bad habit tau. Bermaharajalela pulak jerawat nanti.haha

Saya tak pro pon, masih mencuba. Ceritanya, saya baru tukar produk skincare, sekarang saya pakai product Bio Essence, 2 bulan, ke 3 bulan lepas. Tak sure. Tapi saya tukar slow2, first saya tukar cleanser, then toner, then baru cream. 

Takut jugak kalo rosak muka. hahahaha


Ni yang saya pakai, plus cleanser yang bird's nest punya jugak. Crem tu saya pakai yang snail sebab baru tukar product kan, so saya nak clearkan jerawat, blackhead, whitehead and so on dulu. Tapi yang cream snail ni bau dia not nice la. hahaha.. 

Hopefully menjadi, so far so good. My friends said, they can't say any differences before and after I use this product since my skin is already nice. eh eh.... hahaha... Thanks uolls tapi biasalah kan, perempuan mana nak puas dengan muka sendiri. Ada saja cacat cela yang kita nampak. 

Lepastu, benda-benda lain, takde pulak saya pakai. 



Ni muka di awal penggunaan. Nanti dua tiga bulan lagi boleh compare. Puas hati ke tak guna bio essence..haha
Tapi setakat ni puas ok la.
Nak make up tak reti, so, jaga muka helok-heok je la saya mampu...hahahaa

Btw, ni foundation yang saya baru guna. Before this saya pakai BB Cream yang Garnier punya. Tapi sebab bila dah penat-penat kerja, muka nampak tak ok especially area mata. 



Diamond Foundation. Boleh buat muka glowing, serius ni tau. Saiz dia kecik saja, tengoklah tu, touchpad laptop saya lagi besar. hahaa.... Harga dia RM39. 
Orang kata, alah membeli, menang memakai. hahaha... 
Kadang-kadang je tau guna prinsip tu, tak elok untuk kewangan.haha


Ha, nak senang flawless, guna je camera yang auto beautify. hahaha... 

Okeyh, ladies, don't forget to clean your face before sleeping okey. 

Bye...hehe....







October 1, 2015

Haemoglobin Rendah

Assalamualaikum kawan-kawan,,,

^____^

Dua hari lepas, kakak saya masuk wad sebab haemoglobin beliau rendah, 4.4 g/dl je. Sekarang pon still dalam wad. Tolong doakan kakak saya ye ^^



Saya pon selalu ada problem dengan haemoglobin ni, tiap kali nak derma darah, Doktor cakap tak boleh sebab haemoglobin rendah, sila datang lain kali. Setakat ni baru dua kali saya berjaya derma darah. 

Penting okey haemoglobin tu. Kalo tak tak cukup oxygen, selalu rasa nak pitam, muka pucat, lemah dan tak bermaya. Most of the time, cenggitula saya rasa. 

Doktor nasihatkan suruh makan daging banyak-banyak, makan makanan laut, contohnya kerang. The problem is, saya sangat lah tak suka kerang. Tapi saya rasa kakak saya suka je kerang. Jagalah kesihatan, boleh kena ANEMIA tau kalau tak cukup haemoglobin ni. Lepatu macam-macam masalah lagi boleh datang. 

Saya duk cakap ni pon, still struggle untuk maintainkan haemoglobin level. 

Cara-cara nak naikkan haemoglobin;

1. Makan makanan yang kaya dengan zat besi.
2. Makan makanan yang kaya dengan vitamin C. 
3. Ambik makanan yang kaya dengan folic acid, contohnya hati, sayur hijau dan kekacang.
4. Makan epal. 

Cubalah ye. Terutamanya perempuan-perempuan dan wanita-wanita. 
Take care of your health, 1 out of 10 girls out there (including me) is suffered from low level of haemoglobin. 
Serius ni tau. 

Okey, babai...hehe