October 15, 2015

Shawl Murah dan Bergaya untuk Wanita Berhijab.

Hi ladies!
(^_____^)

Sebagai sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk beragama Islam yang ramai, bukanlah satu kejanggalan jika terlihat ramai wanita yang memakai tudung. Tidak kira sama ada di kawasan bandar dan urban seperti Kuala Lumpur mahupun kawasan luar bandar, kita boleh lihat pelbagai wanita dan remaja daripada pringkat umur berbeza mengenakan tudung di mana-mana sahaja.

Tudung atau scarf dipakai oleh wanita Muslim untuk menutup aurat mereka terutamanya di bahagian kepala, rambut, leher, dan telinga. Menutup aurat adalah wajib bagi kaum wanita dalam mengikuti ajaran agama itu sendiri. Bagi masyarakat Malaysia yang telah hidup harmoni sejak merdeka dan hidup bersama tidak kira perbezaan warna kulit, agama dan kaum, penerimaan dalam menghormati pegangan hidup orang lain adalah sesuatu yang sudah menjadi lumrah. Betapa uniknya Malaysia kerana kita boleh menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan sentiasa utuh dengan persahabatan yang terjalin.


Cantik kan?
Antara koleksi tudung terkini yang boleh didapati di pasaran buat masa ini ialah selendang ataupun shawl. Banyak butik Muslimah online di Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi shawl murah online dengan pilihan yang cukup meluas. 

Tudung selendang moden juga sangat versatile kerana ia boleh dipadankan dengan hampir apa sahaja jenis pakaian tradisional seperti baju kurung, jubah moden dan juga blouse Muslimah. Diperbuat daripada bahan fabrik yang bermutu dan lembut ianya memberi keselesaan kepada anda untuk dipakai sepanjang hari! Oleh itu kalau anda mahu dapatkan hijab yang baru, apa kata dapatkan tudung shawl moden!



Semakin banyak pilihan rekaan untuk koleksi tudung wanita sekarang ini. Malah variasi dan corak juga boleh didapati hampir di mana sahaja!


Ramai juga wanita yang mencari tutorial menggayakan tudung wanita online di internet dan melalui video tutorial hijab di Youtube. Jika anda sedang mencari idea untuk menggayakan tudung bagi daily basis ke tempat kerja, majlis istimewa mahupun makan malam bersama si dia!

Jadi, apa kata anda?

Okey, jumpa lagi ^___^

4 comments:

QasehnyaRania said...

alahai manisnya model model tudung ni..

Nurul Shahira said...

Pakailah shawal ke, tudung bawal ke, tudung instant ke, yang penting menutup aurat. Cantik bonus :)

Nurul Shahira said...
This comment has been removed by the author.
hainom OKje said...

Suka tengok anak anak dara mcm Tirah pakai shawl....nampak comey!