October 26, 2015

Destinasi Percutian di Malaysia

Hi, wassup?

Entry kali ni saya nak berbicara soal destinasi percutian dekat Malaysia.
Kenapa tiba-tiba?

Actually, minggu kedua November ni, kitorang cuti pertengahan semester.
Saya tak balik rumah sebab kerja part time.
So, hari Isnin dan Selasa tu, nak pergi bercuti la dengan dua sahabat baik saya ni.
Tapi masalahnya, tak tau nak kemana.hahhahaha

Cadangan saya adalah pergi Cameron Highland. Tapi macam tak tau nak buat apa kat sana. Saya ni jenis yang cepat boring. Tapi kalau fikirkan kesejukan dan kedamaian di sana, macam best jugak. Almaklumlah, sekarang ni kan jerebu teruk, especially di kawasan-kawasan bandar macam Kuala Lumpur ni.

Lavender Farm, Genting Highland.
Kat Cameron pun ada, lebih kurang je. 
Photo credit to http://goodyfoodies.blogspot.my/

Then, Eleena suggest nak pergi Tioman Island.
Saya setuju, sebab saya ni tak pernah snorkeling, sebab saya rasa air tak pernah suka saya, tiap kali belajar berenang, selalu fail. Saya tak la takut air, tapi saya just tak ada kebolehan untuk berenang. hahaha
Why not saya cabar diri sendiri kan? Tak boleh berenang pon boleh snorkeling kan?
Tapi the problem is.... saya cuti kejap je, tak best la kan. huhu

Then, Asdiah punya cadangan ialah pergi ke Pulau Carey.
Actually ni first time saya dengar pasal Pulau Carey.
Nak tau pasal pulau ni, google la ea. hahhaa

Saya ada terfikir jugak Bukit Tinggi.
Macam cantik je nak ambik gambar.
Hmmm... entahla nak gi mana.

Yang penting, dekat dengan KL dan bersesuaian dengan cuti saya yang singkat ni. Isnin dan Selasa je saya cuti. Pening kepala ceq... Any suggestion?  X_X



10 comments:

Mazni Munawar said...

kalau nak pegi bukit tinggi pun ok jugak. taklah jauh sangat dari selangor. saya dh 2 kali pegi bukit tinggi tpi x tido sane pun :p

Mala Aziz said...

Boleh dtg sabah juga, byk tmpat cntik.

eyjalukman said...

pulau carey first time dgr. kite yg dok mrsing pn tk prnh g lg pulau tioman. skrg kt area johor bnyk pulau2 best. pulau sibu, pulau harimau, pulau dayang, pilih jee heheh

Khai♥Rin : anies said...

sama laa kite... nk g tioman jg tp ntah bla waaaaaaaaaaa

Athirah Diyana said...

this year sy dgn family bercuti kat sabah. best!

QasehnyaRania said...

mmm, ke mana ye ?
cameron lah. blh mkn mkn.hikhiks.
pergi tioman dua hri mcm x ckp masa la. kang penat je lebih.

Cikna said...

Biasa gak dgr pulau carey tu tp best ke.... Cikna suggest cameron bnyk bnde leh wat kt situ mkn smbl shopping,klu g pulau letih ti kulit gelap,huhuu......;-)

Normi Nieza said...

bw tgh..:)

Sally Samsaiman said...

Pergi PD jela...best jugak sana

hainom OKje said...

Pulau Carey tu tak payah pergilah... bukan ada apa pun, estet adalah...

Bestnya kalau dpt cuti ke pulau Tirah. Teringin nak gi Pulau Dayang kat Mersing, katanya cantik ! Pergilah Tirah....