September 14, 2015

Jam Tangan Wanita dan Fungsi.

Hi bloggers!
 (^____^)

My topic today is about Jam Tangan ok.

Wanita dan jam tangan, berpisah tiada. Setuju? Especially untuk wanita bekerjaya seperti anda-anda semua. Ramai yang rasa pelik kalau tak pakai jam tangan kan? 

Selain beg tangan dan barangan kemas, jam tangan juga merupakan aksesori utama buat wanita, malahan menjadi satu keperluan untuk kita memakai jam tangan. Bukan sahaja menjadikan penampilan tampak lebih menyerlah, pemakaian jam tangan juga berfungsi sebagai penunjuk masa.

Okay korang, jom kita tengok, apa sebenarnya fungsi jam tangan wanita ni...

cool kan? 


Jangan terkejut kalau ramai yang anggap jam tangan sebagai "bff". Sebabnya ialah, jam tangan mampu mencerminkan personaliti seseorang. Tak percaya? Haruslah semua orang percaya okay ^_^

Contohnya, si pemakai jam tangan yang bertali kulit biasanya mempunya karakter yang serius dan individu yang suka jam tangan bertali silicon pula mempunyai perwatakan yang lebih "easy-going" dan friendly.

Tak percaya? Cuba la perhatikan mereka di sekeliling anda..hehehe

Yang ni nampak trendy dan sesuai untuk mereka yang muda.


Jam tangan juga berfungsi sebagai pengkap gaya seseorang. Anda boleh memiliki penampilan yang sempurna walaupun denga hanya berpakaian kasual dengan memadankan pemakaian jam tangan yang tepat. Dengan kata lain, jam tangan berfungsi sebagai penyelamat anda!

Sekarang ni ramai ahli sukan yang pakai jam tangan.
 Sebabnya, jam tangan banyak membantu!

Seterusnya, jam tangan juga amatlah berguna untuk anda yang kerap melakukan aktiviti sukan ataupun aktiviti lasak. Ini kerana, jam tangan yang dilengkapi dengan fungsi-fungsi khas biasanya membantu melancarkan aktiviti sukan anda. Bagus kan? Fungsi-fungsi khas seperti alarm dan stopwatch merupakan antara fungsi yang sangat berguna kepada si pemakai.

Ha, apalagi, buat teman-teman yang belum ada jam tangan, jom kita pergi cari satu...hehe



Okay, jumpa lagi di ya Bloggers sekalian (^____^)

3 comments:

ana fatihah said...

Alamak. Saya lain sikit. Jarang sgt ada jam tangan. Asyik, pakai jam hp je. Haha. Karakter macam mana pulak tu?? Hehe :P

PeRdU cINta said...

rasa janggal bila tak pakai jam..

rubiah kadir said...

jam kite dah rosak lahh...cm no???

beli mas thn 2008..baru thn ni rosak...ok lah kan..hehehe