August 1, 2015

Kelebihan Green Tea aka. Teh Hijau

Hi peeps,
hehehe....

Raya dah berlalu beberapa hari, tapi kita mungkin masih di dalam mood raya sebab open house masih ada dimana-mana...hehe..

Mak cik saya pun ada call, ajak pegi open house sama-sama. Bestnya (^____^)

tapi, benda yang paling saya risau (sebagai seorang perempuan) adalah tentang makanan. Raya dan makanan berpisah tiada. Nak makan tu, nak makan ni. Diet pegi mana?

ahhahhaa...

So, salah satu cara saya nak tingkatkan metabolisme badan adalah dengan meminum teh hijau. Semoga menjadilah kan. Semoga lemak-lemak yang masuk ni cepat terbakar. Risau la jugak bla melihat kechubby-an pipi sendiri. hahahaa



Okey, just wanna share some benefits of green tea. Selamat menambah ilmu. (^___^)

1. Membakar kalori dengan cepat (high metabolism).
2. Mengawal gula dalam darah (say no to diabetes). 
3. Mempunyai kandungan nutrients yang banyak. 
4. Compound dalam green tea tu boleh membuatkan kita lebih bijak sebab dia boleh memperbaiki fungsi otak. 
5. Mengandungi antioxidants yang tinggi, dan mampu mencegah kanser. 
6. Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's dan Parkinson's (sebab dia improve brain function).
7. Boleh bantu kita kurangkan berat badan (ini yang disukai ramai).
8. Boleh membantu kita mengekalkan kesihatan, insha Allah. 

Tapi jangan terlebih minum green tea pulak, dalam green tea ada caffeine, nanti kan tak pasal-pasal dapat side effect lain sebab terlebih caffeine. Dan lagi satu, kalo minum banyak, kang nanti kena dehydration pulak. So, berpada-padalah.

Okey guys, selamat menjaga kesihatan semua...hehehhee

Babai (^_____^)


Athirah Zain.

3 comments:

PeRdU cINta said...

Tq sharing info ye..akk baru tahu green tea ada caffeine..

Aya Suria said...

i like green tea..segarrrrr..

cweet pinky said...

wahhhh!!! CP sangat nak turunkan berat badan, dah macam belon sekarang, huwaaaaa !!! thx for the tips :D