October 23, 2014

Realiti Masyarakat

Assalamualaikum,

20 Oktober lepas, saya cakap saya nak kupas isu I Want to Touch a Dog, tapi setelah melakukan kajian beberapa hari, saya batalkan niat.

Kenapa?
Because I don't want to make my entry as a weapon used by the keyboard warriors, plus, I don't want to hurt anyone about this issue.

Tapi, saya menyokong 100% niat Syed Azmi Alhabsi, dan mungkin cara pelaksanaan ataupun tajuk yang dibawakan berbauR provokasi buat masyarakat setempat yang rata-ratanya mudah melatah.

Saya nak bercakap mengenai realiti perangai masyarakat kita bila berdepan dengan isu-isu yang ada kekhilafan.

Fenomena kita masyarakat Melayu, memang mudah melatah. Apabila melatah, macam-macam perkataan yang akan keluar daripada mulut kita, kebanyakannya tidak manis didengar dan sangat menyakitkan hati kalau bahasa kasarnya. Dalam bab mengomen isu ini, ramai masyarakat kita yang beragama Islam megeluarkan pelbagai respond dan pandangan. Dan yang lebih menyedihkan, ada yang sampai sanggup menuduh sahabat kita ini murtad. Na'uzubillah. Jangan terlebih lantang dalam bab Akidah. jangan menghakimi akidah seseorang melainkan ianya jelas.

Berapa kerat yang mengeluarkan pendapat yang berbaur nasihat dan cadangan yang membangun?
Begini rupanya cara kita mendidik golongan muda. Dengan makian dan sumpah seranah. Tidak keterlaluan jika saya cakap, patutlah yang keras susah dibengkokkan. Kerana apa? Kamu terajang sekuat hati, membabi buta, penuh emosi. Makin bengkok jadinya.

DAN JANGAN MEMPOLITIKKAN SEMUA BENDA!

Yang terbaru, penyebaran video yang mengaitkan seorang ustaz ni.
Cadangan saya, tak payah tekan share, tak payah komen. Tak payah jadi hakim. Tak payah gaduh-gaduh. Kebenaran pasti akan diketahui, dan kemenangan adalah pasti buat mereka yang teraniaya.

Yang peliknya, ada yang mengaitkan video ini dengan program IWTTAD.
Apa? Hilang modalkah kamu dalam menabur fitnah?

Diam itu lebih baik.

p/s:
Blogger sangat berperanan dalam menyebarkan berita. Sebarkanlah yang baik-baik, sebarkanlah nasihat. Buat blogger yang suka hangatkan panggung, udah-udah la, lebih baik korang update gambar selfie korang daripada duk sibuk sebar cerita dan gosip.
#kecewa #sekian

October 20, 2014

Rehat Yang Panjang

Assalamualaikum

(^____^)

Ini rehatku yang panjang dari. 


From the picture, you might know how I feel right now..hahaha

Gonna write again with this so called hot topic, #IWantToTouchTheDog