May 24, 2013

Menawan Puncak Putrajaya

Assalamualaikum (^____^)

A few days ago, kami ziarah Putrajaya, buat IC, sambil-sambil tu, ber-holiday la kami,,hehe
Sebelum tu, maafkan saya sebab dah lama tak jenguk sahabat-sahabat sekalian, maafkan saya, kehidupan pelajar, kekadang tu memang busy, kekadang tu, buat-buat busy, faham-faham la ea..hehe

Okay, showtime!!!


Benda ni boleh view Putrajaya, view dia ok la, try la sendiri..hehe
Tapi, mungkin kena repair sikit la,,hehe

terasa macam pergi oversea... rumput dia best..hehe

Masjid Putra, Putrajaya

teruja tengok telur burung atas tanah, susah nak jumpa kat tengah bandar, macam kat kampung lak..hehe

Okay, gambar ni je yang boleh dikongsi, nanti berat pulak nak bukak blog ni. Agak jakun..haha...
Tapi memang first time pun ke Putrajaya, so, tak pe la berlagak jakun pun,,haha 

Sangat happy walaupun panas, sangat, pergi dengan sahabat, terasa ukhuwah terjalin di situ. Terima kasih buat Encik Pemandu pelancong, kami memang macamni, kepoh sikit..hehe... Terima kasih daun keladi, next time kitorang jenguk lagi. 

Okey, Good Luck buat yang akan ambil final nanti. (^____^)
Wailalliqa', ma'assalamah....

p/s:
Jom jadi se'positive' yang mungkin (^____^)




May 9, 2013

Berita Semasa takBernama

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia (^___^)

Nampaknya, masih hangat lagi isu PRU '13, masih ada rakyat negara kita yang cuba menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka dengan keputusan PRU '13. Suka hati korang la, kalau sebelum ni, saya pun tidak ketinggalan untuk berkongsi rasa kehangatan disebabkan oleh kegeraman terhadap mereka yang tidak berpuas hati tu (eh?), tapi nampaknya, life must go on, biar je la dorang tu. Dah jadi adat la kot shut up benda ni selalu jadi, asal kalah nak bising, asal menang nak... nak apa? Entahla...haha

Okey, maafkan saya bias ke? (^____^)
Tutup mulut, tak hingin nak ulas lebih lanjut, nanti makin bias jadinya, yang pasti, I LOVE OUR MALAYSIA damn much!!!

Itulah berita semasa yang cuba dibawakan oleh saya, agak ter-siput sedut disini, orang dah kecoh, saya baru nak tulis, hehe (^____^)

Kalau ikutkan hati, nak lagi ulas, tapi cukupla ye, nanti ada yang dah tak nak kawan dengan saya pulak, so, sekian sahaja laporan berita semasa. Cuba mengelak untuk tidak mem-bias-kan penulisan, tapi sangat gagal, memang saya penyokong kerajaan (^___^) MAAFKAN SAYA kalau timbul kegeraman di hati.

Daripada kecoh pasal ni, apa kata kita join KURSUS KAHWIN. Nak tak? tetiba



Al-kisahnya disini, saya baru mendaftar untuk kursus kahwin, niat dihati nak ambil time tahun akhir tapi ada desas desus yang mengatakan, nanti ada test segala bagai, siap dipanjangkan lagi tempoh kursus ni, so, cepat-cepat minta izin dengan mak nak join kursus ni (pemalas). Malu tersipu-sipu tahap apa tak tau time minta tu, alahai... Mak ni pun.... Dengan kakak saya lagi, gelakkan orang pulak -___-

Buat semua, tunggu apa lagi, cepat-cepat la kawin daftar ye (^___^)

Best tengok orang yang dah ada anak, comel..hehe...
Tapi, belajar dulu na, top up ilmu di dada dulu, baru kita fikir pasal ni (^__^)

Jiran sebelah rumah saya, merangkap ex-bestfriend waktu sekolah rendah (sangat bestfriend, sekampung tau..haha), dah ada anak dua di usia 20 tahun (actually 21 tahun, tapi dia lahir bulan Ogos, so, 20 la ye, dia kan sebaya dengan saya..haha). Ada niat nak menegur, sangat berkobar-kobar, tapi takut disalah anggap pula, sebab dia kahwin sangat awal, so, sampai sekarang, kami tak bercakap, jeling-jeling manja macamtu je, teringin sangat nak sembang dengan dia, tunggu saya ada family macam dia dulu la kot (cepat atau lambat?), hopefully.


Perlu ke demand? Perpada-pada la kan? 

Sekian (^__^)

p/s:
Keliru vs background (p) vs parents vs diri... Akhirnya, diam la ko, nanti hilang la tu (ye ke?)...