April 23, 2013

Memberi dan Menerima



Senario kehidupan, bila meletakkan nafsu di depan, macam-macam boleh jadi. Kebelakangan ni, saya pun selalu naik angin, kejap je rasa nak marah, panas telinga ow tahan marah.

Ini macam apa nak jadi la, dulu dah janji dengan diri, nak jadi sesabar yang mungkin, nampaknya, seminggu dua ni saya tewas. Ambik air semayang la bebanyak sista. (^__^)

Semoga Allah memberi kekuatan, aminn...

SENYUMLAHHHHHH!!!!

Semoga kita mampu memberi dan juga mampu menerima. Insha Allah...

p/s:
Kata maaf belum sempat diucapkan buat warga SMKA Tok Bachok, andai ada yang jadi silent reader di blog ni, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada akak-akak, abang-abang, adik-adik, awak-awak dan sesiapa sahaja yang pernah terkena tempias amarahku, terasa diriku dulu sangat tak rasional,  MAAFKAN SAYA.huhu... Ini cerita lama yang meninggalkan luka yang sangat dalam untukku, sangat, maafkan aku wahai sahabat...

April 10, 2013

Menanti dan Berharap

Assalamualaikum... (^___^)

Dipenghujung jalan yang berliku, pasti berakhir dengan kemanisan... Insha Allah :-)

Dah lebih sebulan Pak cik kami terlantar tanpa kata, tanpa respond. Dalam tempoh ni juga kami belajar bersabar, belajar redha dengan Qada dan Qadar Allah. Buat masa sekarang, harapan kami sekeluarga hanya untuk melihat pakcik kembali tersenyum, kembali bergurau senda

Bangunlah Ayah Mat, kuatkan semangatmu kembali.

Kami akan terus menunggu dan menunggu...
because WE'RE BIG FAMILY (^___^)

April 1, 2013

Tips Menghadapi Cabaran

Assalamualaikum (^___^)

Alhamdulillah, kita masih dikurniakan lagi kesempatan untuk menghirup udara, syukur kehadrat Ilahi ^_^

Today is April 1st 2013, bukan April Fool tapi harini genaplah usia ayah saya, 60 tahun. Cepat masa berlalu, kita semakin dewasa, ibu bapa semakin menginjak keusia senja. Satu kenyataan yang semua orang tak nak, tapi wajib terima, redha (^___^). Semoga ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan keimanan dalam menempuh liku-liku kehidupan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan bahagia. Terima kasih sebab mendidik kami, ayah kami tegas dan garang, tapi ayah kami tetap ayah yang paling penyayang (^___^) We LOVE ayah!!!

Orite, untuk harini, jom tengok tips untuk menghadapi cabaran or kehidupan kita, semoga dapat kita lakukan  dengan istiqamah dalam kesempitan mahupun kelapangan, insha Allah (^___^)


By the way, harini hari Isnin..haha...
Berapa ramai yang kecewa? Kejap je kan hujung minggu berlalu?
Tapi takpe, semangat tu perlu.
Chaiyok!!! Chaiyok!!! Umat Islam mesti kuat (^____^)


Semoga kita dapat mengambil iktibara (ibrah) dalam apa jua yang kita nampak, dengar, lalui dan rasai, senyum sokmo (^____^)


p/s:
Semuanya akan kembali kepada Agama, manusia tetap tak boleh lari, apalagi mahu menjadi sombong dan angkuh...