March 24, 2013

Yuna (^___^)

Assalamualaikum (^___^)

Sedikit kata-kata daripada insan yang tersangat dhoif ini;

"Dalam bersahabat, usahlah kita terlalu beremosi, terimalah semua dengan hati yang terbuka, mainan emosi hanyalah jerangkap samar buat sebuah persahabatan..."

Ini teguran untuk diri sendiri juga. Kekadang, dalam kita bersahabat, mesti ada salah seorang yang selalu menjadikan emosi dia sebagai pokok utama. Jadi, sebagai seorang sahabat, apa yang perlu kita lakukan untuk memadamkannya? SABAR selagi mampu, tegur selagi boleh. Bak kata orang tua, jangan dicurah minyak ke dalam api. Sungguh, betapa besarnya cabaran dalam bersahabat.

Orite, back to the topic.hehe

Nak share lagu ni, macam best, si Malaysian yang sedang mendaki tangga di negara orang, dalam satu sudut, memang sangat membanggakan. Saya pun tumpang tersenyum (^____^)

Bagi yang belum dengar lagu ni, silakan (^____^)


video

 SHINE YOUR WAY!!!

p/s:
Oh hujan... love you damn much!!! Alhamdulillah (^____^)

March 23, 2013

Misteri Siput Sedut

Assalamualaikum, hi (^___^)
Introducing!!! 


Ini siput...


Ini pun siput...


Ini? 
Ni ketam la kalau nak kenal,
nama orang putih dia. Mr. Crab...

Actually, saya nak cakap yang, saya tak faham, kenapa di KL ni, siput dia macam gambar yang first tu? Saya selalu terfikir, fikir pulak, bukan fikir main-main, tapi fikir yang sangat serius. Kenapa? Siput yang dekat gambar kedua tu memang tak de ea sini? 

Dah banyak kali saya keluar cari makan, tapi yang jumpa hanya siput yang panjang belang-belang tu, siput cute yang bulat kecik tu tak de pun, batang hidung pun tak pernah nampak.

Time kecik-kecik dulu, selalu cari siput cute tu kat bendang, wah,,, memang heaven la time tu, dapat main lumpur bagai..haha... tu citer zaman kecik, sekarang ayah dah tak kasi cari siput kat bendang. Bukan sebab nak suruh anak-anak dia jadi ayu, tapi sebab ada banyak racun kat bendang tu. Komuniti siput tu pun dah makin berkurangan. 

Balik cuti haritu, buat muka kesian kat mak, mengada nak makan siput sedut. Mak tak nak kasi takut siput-siput tu kena racun, tapi muka anak dia yang sorang ni dah macam frust mati laki, muka yang macam nak nangis tu, so, dia belikanla..haha... 
Oh hepy hepy day!!! SAYANG MAK!!!!

Tetiba post pasal siput kan? Err.. ni sebenranya satu info tau, mana la tau ada orang boleh kasi tau saya kat mana nak cari siput sedut yang cute tu...

Ke kat Kelantan je yang ada siput sedut comel tu? Mustahil lak kan?

MISTERI!!!

Apapun, ketam ngan siput sedut cute memang favourite..hehe


p/s:
saya anak jati KAMPUNG KUCHELONG, BACHOK, KELANTAN...
Saya akan pastikan itu kali pertama dan terakhir saya makan siput panjang tu..huhu
~entry agak selfish~ 

March 14, 2013

Muslims Are Not Forever Alone!!!



Alhamdulillah, kita dilahirkan sebagai seorang muslim.
We proud to be a muslim (^_____^)

Perkataan "FOREVER ALONE" tak pernah ada dalam kamus seorang muslim. Bila keseorangan, bila setiap benda yang kita hadapi tak mampu diceritakan kepada mereka yang berada disekeliling, kita boleh tujukan surat cinta khas buat Dia, inshaAllah.

Ada masa, kita sangat memerlukan masa bersendiri, kalau boleh jangan ada yang menegur, bukan kerana sombong, bukan kerana lupa kawan, tapi kerana kita mempunyai sesuatu yang tak terluah, cuba mengumpul kekuatan sendiri.

Ada manusia yang akan menjadi lemah bila berada dengan orang lain. Bukan sebab dia sememangnya lemah, tetapi disebabkan tidak berupaya untuk berdiri di atas kaki sendiri, terlalu mengharap ada yang menampung dan ada yang menyokong dari belakang.

Bersendirian sama juga dengan berkhalwat, iaitu mengasingkan diri. Hanya kita dengan Allah sahaja yang tau apa yang tersirat. InshaAllah, akan ditenangkan hati, akan dihadiahkan sebuah pelangi kebahagian.

We are muslim, we are not forever!!!

p/s:
Indahnya bila kita diberi ruang untuk berfikir dan bermuhasabah. Indah lagi bila di saat kita kembali kepada mereka, senyuman ikhlas terukir dibibir (^____^)
*tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati....


March 12, 2013

Tips Menangani Stress

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Sekarang ni dah bulan 3 kan? Cepatnya masa berlalu, tak sempat nak pejam celik pejam celik lebih lama, bak kata 'orang ' depan rumah saya, "TAK DE FEEL LA...". Tapi, seriously say la, memang la 'dorang' ni tak de feel, dah 'dorang'.....~tuttt~... Nak tau kenapa, sila ke rumah saya hari raya ni ea..haha

Okay, enough dengan gurauan ringkas daripada saya (^_____^)

Actually, bila dah masuk bulan 3 atau lebih dikenali dengan nama Mac, bahang stress makin lama makin mencucuk hidung, makin lama makin mengganas. Same goes to me la, memang stress especially bila banyak kerja datang menggolek dalam keadaan serentak pula tu. Kalau rezeki yang datang menggolek, memang tersenyum lebar, tapi kalau dugaan dan cabaran yang tergolek-golek, apa respon kita?

Okey, ni pesanan semestinya untuk diri sendiri dulu, kalau korang nak dengar jugak, silakan ea (^____^)

Noor Athirah binti Mohd Zain,
Kalau kamu stress, ingat benda-benda ni;


  1. Allah sedang menguji kamu, kamu ni hamba yang sabar ke tak? Ingat, ganjaran buat mereka yang sabar sangat besar. So, senyum la ea (^_____^)
  2. Sila dekatkan lagi dengan Sang Pencipta, jangan menyombong, jangan lemah semangat sampai lupa diri. Minta tolong dengan Allah, banyakkan semayang sunat and pastikan solat tu terjaga. Kelebihan bila bersujud tau kan? Insha Allah kita jadi makin tengan, nanti kita bincang lain sesi ea (^__^).Then, baca al-Quran, dengar bacaan ayat-ayat suci tiap-tiap hari
    (baru terjumpa dengan sorang hafiz yang hensem  berbakat, dengan suara lunak, cukup lengkap la syarat dia..haha)
  3. Berehat sebentar bersama kit kat (^___^) Maksudnya, tinggalkan la dulu benda-benda yang merungsingkan tu seketika, buat something yang kamu suka, contohnya, buat larian berpagar ke, tarian naga ke, tumbuk jiran ke, suka hati la, asalkan tak menyalahi etika dan syara'..hehe
    (dengan menyertai taekwando, sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress saya sebab dapat sepak orang..haha)>>>jahat<<<
  4. Cuba ikhlaskan diri dengan sebarang benda yang kamu sertai. Jangan rasa terbeban dengan kerja yang kita dapat, cuba fikir benda yang menyeronokkan bila kita join or dapat benda tu, contohnya, bila buat kerja sekolah, saya rasa happy sebab dapat merapatkan hubungan dengan kawan-kawan dengan meniru kerja sekolah mereka..eh, maaf, ini contoh negatif tapi menurut cikgu saya, meniru adalah salah satu proses pembelajaran..hehe
    (dalam exam jangan ko berani meniru pulak ye dik oi)
  5. Cari sahabat yang mampu menggembirakan kita. Ha, honestly saya cakap, saya memang jenis yang selesa bersendiri, malahan kalau saya selalu keluar dengan kawan-kawan, saya rasa sangat stress. Tapi, kalau once a while kita keluar or sembang-sembang or main sama-sama, apa salahnya. Kan? Happy apa..hehe.. Kalau susah nak cari best friend, berkawan la dengan ramai orang. Kawan juga dapat kasi nasihat kat kita, tak rugi kalau berkawan dengan ramai orang ni. So, jom kita berkawan..haha
  6. Selalu hubungi ibu bapa. Yang ni untuk mereka yang tinggal berjauhan la, kalau serumah lagi elok, selalu la sembang dengan dorang. Confim kita jadi lebih bersemengat, confirm kita akan ingat balik apa tujuan kita, apa matlamat kita and so on. So, sebarang cabaran atau dugaan yang datang, kita akan hadapi dengan penuh hikmah..cehh..haha
  7. Bagi kata-kata semangat atau perangsang untuk diri sendiri. Kita susah nak percaya kat orang lain kan? So, apa kata sekali sekala kita support la diri sendiri tu, puji sikit-sikit ke. Kasi hadiah ke. Pergi depan cermin, senyum kat diri sendir then cakap; "Waa,, lawanya aku, tak boleh stress2, nanti buruk". Gelak la sikit-sikit, tapi jangan buat time ada orang tau, nanti ada yang kena hantar tanjung rambutan satgi.haha...
  8. Asingkan diri. Lain orang, lain cara, maybe ada yang jenis suka mengasingkan diri untuk mendapatkan balik semangat, untuk meghilangkan stress sebab ada yang makin stress bila dengar nasihat. Ini fakta kan? Bergantung kepada situasi. Bagi yang jenis ni, boleh la pergi bercuti or jalan-jalan. Kalau tak sempat sangat nak pergi bercuti, bolehla bukak youtube then dengar natural sound. Kalo saya, saya suka bunyi hutan. Bunyi macam forever alone kan? Tapi itu la hakikatnya..haha
  9. Bersahabat dengan yang tak berakal, faham kan maksud saya?hehe.. cakap la apapun, mereka akan mengiyakan je (^___^)
    (my best friend dah takde... sedih tapi 'dia' mengajar saya untuk mengingati mati, before her death, 'dia' selalu kekubur, I knew it, tapi hati menolak :(...this is a true story..huhu  )



Actually banyak lagi benda yang kita boleh buat kalau kita stress or terasa aura stress. Depend pada kita macamana nak handle, yang penting jangan lupa tersenyum. Senyuman adalah ubat yang paling mujarab, biarkan orang nak cakap kita senyum tak ikhlas ke, kita senyum buruk or what, yang penting kita tau niat kita. Ikhlas ke tak, itu rahsia Allah. 

Yang saya senaraikan tu, benda yang saya buat untuk diri sendiri, sekadar berkongsi, kalau ada pandangan or pendapat or cadangan lain, dengan senang hatinya saya mengalu-alukan. Sharing is caring right?ehehehe

Satu kelemahan saya, saya akan meletup kalau dipaksa berulang kali benda, atau diasak berulang kali. Perlu meningkatkan lagi tingkat kesabaran diri. Yup, I'll blame on myself. Di saat aku terdiam, izinkanlah kakiku melangkah pergi. 

Pesanan ikhlas daripada insan yang teruk,
Athirah Zain


p/s:
nak balik kampung, ada family accident, tapi banyak sangat kerja and kena commit dengan 2 benda, tak tau mana satu nak pilih, takut diriku menyesal dikemudian hari, Ya Allah, tunjukkanlah jalan T.T sangat-sangat tersepit,,huhu







March 4, 2013

Tangisan Di Bawah Bayu

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bayu, indah nama ni kan? Bila sebut je, pasti terasa bagai ditiup angin sepoi-sepoi.
Bayu milik kita, bayu yang memayungi sebuah negeri kini didatangi hujan, hujan yang turun dek tangisan rakyat yang cintakan bumi bertuah Sabah.

Ya, kami, rakyat Malaysia, sangat mengharapkan keamanan di bumi Sabah, we really pray for Sabah.

Situasi sekarang, di sana rakyat dilanda kebimbangan, dilanda katakutan.
Tapi ada juga, insan-insan yang cuba mencetuskan perang di laman maya. Jelik bila melihat mereka yang saling menunding jari.

Situasi apakah ini? Sedarkah kita yang negeri kita dilanda badai? Mungkin perasaan empati belum meresap ke dalam jiwa, mungkin kita tak sedar betapa hiba keluarga yang menghantar para pejuang ke medan yang akan menjadi saksi segala-galanya. Mungkin sebab bukan ahli keluarga sendiri yang terbunuh. Adakah ini sebabnya yang membuatkan mereka mula bergaduh tanpa henti?

Hampir setiap entry yang saya taip, saya mulakan dengan Salam 1Malaysia selepas salam yang wajib. Ya, saya berani mengatakan yang saya penyokong kerajaan, saya sayangkan kerajaan sekarang. Saya tak rela negara saya bertukar tangan.

Tapi, adakah disebabkan ini, saya perlu membelakangkan kerasionalan minda?
Tidak sama sekali, baik kerajaan, mahupun pembangkang, kita semua wajib bersatu, wajib melontarkan satu misi yang sama.


Selamatkan Bumi Sabah!!!

Sekarang, kita letak dulu background politik dibelakang, tinggalkan dulu semangat assobiah yang ditanam sejak berdekad lamanya. Kita perlu bersatu!!!

Kawan-kawan saya, ramai anak-anak Sabah. Mereka ceria, mereka nakal. Tapi, bila khabar daripada sana mengatakan bumi mereka diserang garuda, muka mereka berubah, mata bergenang, renungan menjauh. Sangat  jelas meski mulut tak terucap. Sabarlah anak-anak Sabah, bantuan Allah pasti datang. Resah dihati mereka cuba kuselami, kacau difikiran mereka cuba ku dalami.

Tapi tetap tak sama, tetap berbeza. Mereka lebih tau duduk situasi yang sebenar, mereka lebih merasai.

Perang dilaman sesawang tak kan pernah berhenti, jangan sampai golongan maya ini mencetuskan sesuatu yang menyusahkan negara dikemudian hari. Jaga penulisan, jaga pemikiran.

Hentikan setiap penyebaran yang tiada akar umbi, yang tiada kesahihan. Jangan mengeruhkan keadaan. Orang sibuk mengangkat senjata, kita sibuk mengangkat tocang. Situasi apakah ini?

Jangan canangkan nama agama kalau kita tak mampu laksanakan dengan betul, buat dulu, barulah komen.

Ini hanya luahan hati daripada saya, setelah melihat, memerhati, dan mendengar seribu satu senario selepas tercetusnya peristiwa di Lahad Datu.

Jangan risau, ini bukan post politik, saya belum cukup umur pun lagi untuk mengundi. Ini hanya teguran dan ajakan daripada saya.

Baik kerajaan mahupun pembangkang, kita boleh jadi kawan, malahan boleh berkawan baik.

(^___^)

p/s:
tak faham kenapa laman web Filipina yang digodam. Jangan cetuskan api kedua.

March 1, 2013

Terima Kasih Mak



Saban malam kuakhiri hariku jam 2 pagi, 
Saban malam penat menemaniku,
Saban malam aku berfikir,
Sampai bilakah aku kan bertahan?

Ya, 
Aku penat,
Tapi itukah alasan yang kuat untukku guna?
Ya Allah, ampuni aku, 
Lahirkan kekuatan dalam jiwaku, 
Kumerindui saat itu....
Kumerindui detik itu...
Ku rindu gemersiknya biola pagi...
Ku rindu sapaan cengkerik...
Sekali lagi kupohon, 
Berikanlah aku kekuatan...
Berikanlah KAMI kekuatan...
Jangan Kau ragut perasaan itu.

Senyum tawa bukan lakonan, 
Ikhlas melemparkan buat yang sudi, 
Agar seiring kita melangkah, 
Marahku bukan disengajakan, 
Ku hanya insan biasa, 
Lemah menahan nafsu amarah,
Percayalah, 
Masa lampauku menyala, 
Api amarah menjadi watak utama, 
Percayalah, 
kuingin berubah,
Percayalah,
Ku sayang semua,
Percayalah


Mak, insan yang tahu, insan yang faham betapa diri ini cuba untuk berubah. Berubah menjadi sesejuk mungkin. Cuba melemparkan senyuman seikhlas mungkin, biar hati sendiri terluka, tapi itulah ubat untukku. 

Mak, satu ayat daripadamu, membuat diriku sayu, sayu! Walaupun bukan telingaku yang mendengar, tapi percayalah, ku sangat menghargai. Menitis air mata mendengar kata-katamu, sangat berkesan dihati. 

Terima kasih mak, kusangka diriku keseorangan, kusangka tiada yang memahami. 
Terima kasih mak.

Kuingin jadi sepertimu, tabah, sabar, doa..Menjadi kekuatan jiwa halusmu.. Sungguh ku kagum.

Kumengharap doa daripadamu, TERIMA KASIH MAK... 



p/s:
buat insan yang baru mengenali diriku, jangan terkejut, saya bukan sebaik yang disangka, saya bukan sesabar yang disangka, saya bukan seceria yang disangka, saya juga insan yang sedang belajar, belajar mengenal erti kesabaran, belajar mengenal erti bahagia, belajar mengenal erti memahami... Maafkan saya andai pernah mengguris hati, maafkan saya....