January 28, 2013

Cuti Semester

Assalamualaikum, Salam Ukhuwah, Salam 1 Malaysia dan salam apa-apa je lagi....hehe

Sekarang ni musim cuti student U, of course la saya akan bertapa di rumah aka kampung tercinta. Rutin hidup bukan lagi, kuliah, katil, kafe or whatever 'K' lagi. Online?haha... Orang kata macam chipsmore la jawabnya, kejap ada kejap tak de.

Actually banyak benda yang nak buat time cuti ni, ada yang dah terlaksana, ada yang belum terlaksana lagi. Bunyi macam rancangan juta-juta pulak. Sekadar merancang untuk men-top up apa yang kurang sahaja.

Haritu, azam nak belajar masak. Apa jadi dengan azam yang tak pernah luput dek masa, tak pernah lekang dek hujan ni? I'm not the best cook. "BEST" tu memang tak la kan, nak guna perkataan "GOOD" pun tak layak, punya la sedih. Tak pe, skill tu dia datang bila tiba masanya, maybe bakatku ini belum menyerlah.haha...

Haritu mak saya demam, so, saya la yang kena masak. Lauk yang boleh saya buat just ikan sardin, telur goreng, ayam goreng, ikan goreng dan sayur air. Tu pun, ayam dengan ikan tu mak saya dah letak kunyit siap-siap, kalau tak, say 'bye bye' to them la. Kesian kat ayah dan adik-adik, nak buat macamana, dah saya terer buat benda tu je..haha


Cukup cerita pasal kehebatan saya memasak. Nanti ramai pulak nak hire jadi chef.haha

Sesiapa yang sedang bercuti, cuba la manfaatkan sepenuhnya ye (^___^)

Banyak benda yang nak dikongsi sebenarnya, tapi cukuplah sekadar yang ni ye, perut bergendang membataskan taipan jari jemariku.. erkkk....??

Sebelum saya letak noktah yang terakhir, cuba hayati dan renung benda kat bawah ni. (Tak tau frasa yang sesuai nak guna)


  • Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan tentang  ilmu.
  • Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan tentang peristiwa.
  • Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan tentang manusia.
  • Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan tentang diri mereka.

Di manakah kita? Sangat terasa, kalau nak bandingkan dengan ilmuan zaman kegemilangan Islam dulu, terasa diri sangat kerdil sekerdil-kerdilnya. 


Oh ILMU.... 
Semakin dikejar, semakin nampak ia menggunung dan menjauh...
Diriku hanya mampu mengutip pasir-pasir dan debu-bedu mu sahaja...
Betapa luas dan banyaknya sesuatu yang bernama ILMU...
Allah jua yang Maha Mengetahui...

p/s:
Memasak pun satu ilmu yang tak ternilai. Hasil ilmu yang kita peroleh ini akan jadi darah daging insan yang makan apa yang kita masak. Betapa besarnya pahala meereka yang memasak dengan ikhlas....

January 18, 2013

Diriku Dirimu Dirinya

Assalamualaikum w.b.t and Salam Mahabbah (^____^)

Alhamdulillah, exam sudah tamat, usaha sudah (mostly last minute punya keje), doa dan tawakkal pun sudah. Moga Allah memberi yang terbaik untuk saya dan sahabat-sahabat yang lain. Doa tu, perlu dipanjangkan lagi, mudah-mudahan kita berusaha dan berjaya membawa diri kita ke keluar daripada kelompok mereka yang hanya berjumpa Tuannya saat terdesak.

Jangan risau, ni bukan ayat perli or nak kasi down same sape-sape, ni pesanan untuk diri sendiri. Saya pun kekadang terlupa yang nikmat bahagia tu milik Allah, kekadang tu lupa nak bersyukur. Terasa diri beruntung bila ada sahabat-sahabat yang tolong ingatkan secara langsung atau tidak secara langsung. Hidup bersahabat macam ni la best, dalam senda gurau, ada nasihat.hehe


Terima kasih buat sahabat-sahabat blogger yang memberi semangat haritu, hehe... Walaupun exam dah tamat, tapi hati tetap risau, risau dia lagi dahsyat daripada nak face paper haritu. Risau dengan result..huhu

Tak pe, yang tu simpan dalam kocek dulu, kita berserah je, Allah bagi apa pun itu la yang terbaik, insha-Allah (^____^)


Back to the topic, nak kongsi sikit, tadi saja buat sesi sembang menyembang dengan sorang sahabat baik saya kat UM till jannah Insha Allah..hehe...

Ada satu benda yang saya terpikir, sebab kitorang sembang pasal result and pasal subjek-subjek yang belum ambil lagi.

Tetiba hati terdetik,

"Kenapa aku suka main-main masa belajar? Kenapa aku tak betul-betul menggunakan nikmat yang Allah bagi?"

Agak sentap dengan persoalan sendiri. Apa yang saya nak jawab kalau nanti di soal? Sebab saya nak enjoy? Oh, shame on me la..huhu

 Teringat pulak dengan hadis (Riwayat Tirmidzi 2416) ni,

"Tidak akan bergeser kaki seorang manusia dari sisi Allah pada hari kiamat nanti sampai dia ditanya tentang 5 (perkara): tentang umurnya, untuk apa dihabiskan? tentang masa mudanya, untuk apa digunakan? tentang hartanya, dari mana diperolehnya dan kemana dibelanjakan? tentang ilmunya, bagaimana dia mengamalkannya? "

Bikin sentap sama hati saya, terasa diri selalu melaghakan diri.huhu

 Diriku pernah memasuki dunia kegelapan, walaupun tak de la gelap sangat tapi terkapai-kapai jugak mencari jawapan. Alhamdulillah, sikit-sikit belajar mencari balik jalan yang sepatutnya, orang kata kita nak belajar kena slow-slow, baru la lekat. Orang kata ke saya yang kata? haha.. tak kesah, yang penting kita cuba kan?

Bagi menjawab 5 persoalan di atas, kita kena be careful la dalam hidup, ingat setiap benda yang kita buat, kalau tersilap pun, tak pe, Allah kan Maha Pengampun, moga Dia tunjukkan jalan untuk kita mencari bekal..hehe

Panjang pulak taipanku, moga dapat amik iktibar walaupun sikit ye, orang kata sharing is caring, dengan korang-korang la saya nak men-sharingkan pendapat dan kata-kata..hehe Sebab tu la tajuk entry saya Diriku Dirimu Dirinya.... sama-sama lah kita saling menasihati, walau sedikit.. (^____^)

Last but not least, jangan biarkan iman kita terbang bagai burung, ikat lek lok, jangan kasi hilang dek keindahan pemandangan dari atas langit tu, nanti jatuh, kita jugak yang susah..hehe


Dalam meniti kehidupan, 
terkadang ke kanan, terkadang ke kiri,
ke kanan pasti jatuh,
ke kiri pun pasti jatuh,
semoga Allah menetapkan kaki ini, 
terus menuju kedepan,
mencari penghujung yang abadi. 


Chillll!!!!!!!!!hehe (^_____^)

p/s:
bahagia??? (^_____^)

January 9, 2013

My dates (^___^)

Assalamualaikum, pe habaq?

It just a short entry 'bout my dates. Dates? Dating or kurma?

Dating la, dating dengan 3 lagi paper yang comel-comel menunggu untuk berjumpa di taman exam. Sabar na, preparation tak abih lagi, nak face papers bukan boleh pergi dengan senyuman je, berdasarkan pengalaman selama setahun setengah jadi student U ni.hehe

Tawakkal mesti datang lepas berusaha, kalau tau nak tawakkal je, buat malu je dengan sang Pencipta. Allah tak kan kasi, kalau Allah kasi, ada la tu, mesti Dia nak test kita, sama ada kita bersyukur, bermegah or belajar. Think on our own (^_____^)

Maaf dipohon buat sahabat-sahabat sekalian, after my last paper, I'll continue with my 'bw' again..hehe

See ya (^____^)

p/s:
Layan gambar-gambar sahabat-sahabat saya jap ea..hehe. dorang pun nak exam, gambar saya pun ada kat bawah ni, cer teka yang mana.haha (perasan :p )







eh??? oit! bangunnnnNNN!!!!! orang suh study ko tido ye? Ni la contoh budak zaman sekarang...

January 3, 2013

Oh Hati!!!

Assalamualaikum, selamat berbahagia (^___^)

Keep Your Heart Strong

Keep your heart strong to face the battles of your life. Ayat simple, tapi bermakna. Hidup ini penuh ranjau, kadang-kadang terluka, kadang-kadang terjatuh, kadang-kadang bahagia. Adat menjadi manusia yang ditugaskan untuk menjadi khalifah.

Semua manusia pernah kecewa (oh, you break my heart!!!), semua manusia pernah menangis, semua manusia pernah terluka mahupun terguris. Itulah asam garam yang menguatkan hati kita. Jadi, in whatever situations, keep calm and pray for Allah. Smile (^___^)

Itu hanya selingan untuk memotivasikan diri saja, agar sentiasa kuat menempuh ujian daripada Allah.

Baginda SAW pernah bersabda,

"Ketahuilah, dalam diri setiap manusia ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah jasad itu, jika ia rosak, maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan seketul hati"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Ulama' ada mengkelaskan hati kepada 3,
i. Hati yang hidup
ii. Hati yang mati
iii. Hati yang sakit

Hati yang sakit (qalbun maridh), kalau hidup dan mati tu kita faham, kalau sakit tu macamana?

Sakit tu sakit la..hehe

Sakit di sini menunjukkan, hati tu masih beriman tapi sentiasa fight dengan hawa nafsu yang menguasai diri. 


 Kadang-kadang kita pernah rasa tak tenang, rasa semua benda kat dunia ni bermasalah. Rasa nak jerit-jerit je, rasa nak marah orang, tanpa kita tau sebab yang jelas. Kadang-kedang benda kecil pun kita nak kecohkan, ketahuilah, inilah salah satu penyakit hati.

Tak pe, ibarat kata doktor, kalau tak masuk ICU tu, kira ok la tu, setakat ke klinik, maknanya kita masih boleh tanpa perlu membeli ubatan yang mahal lagi banyak..hehe

Dulu, saya selalu rasa nak marah orang. Saintis kata, biasalah tu, remaja yang sedang membesar, ada masalah hormon sikit. Betullah tu, hormon berkait rapat dengan emosi. Tapi tanpa kita sedar, sedikit sebanyak kita yang bertanggungjawab merembaskan hormon tu. Sekarang saya pun dalam proses merawat hati, orang yang baru belajar ni, selalu ada salah silap, andai saya rekasar tu, maaf dipinta. Belum master lagi bab jaga hati, nak kata master, degree pun tak lepas.heehee

Ber-husnuzon (think positive) dalam apa jua keadaan, insha-Allah jiwa kacau terubat. No dengki-dengki, no jealous-jealous ye (^___^)

Dekatkan diri dengan Pencipta, doa banyak-banyak, bergantunglah hanya kepada Nya.

Jom kita sama-sama belajar step-by-step, mulakan dengan diri, buangkan sikap ego, sikap sombong dan sikap-sikap lain yang negatif. Take your time, take it easy, and take a nap kalau mengantuk (^___^)

Yang penting, SABAR...



Orite, till then, make a move, I move..hehe

Wabillahitaufiq wal hidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh. (^____^)

p/s:
post ini untuk menunjukkan yang hati yang sakit tu masih boleh diubati, jangan rasa dah terlambat untuk bertaubat, pintu paling luas adalah pintu taubat. Tapi jangan la pula nak menangguh taubat tu, kalau dah meninggal, tak de maknanya.

Taubat di sini bukan sahaja bertaubat apabila melakukan dosa-dosa besar sahaja, dosa-dosa kecil pun tak terkecuali dude (^_____^)


January 1, 2013

Tahun Baru vs. Exam

Assalamualaikum.

Apa khabar New Year Celebration korang? Meriah ke? Selamat tahun baru ye semua. Semoga semua benda yang diazamkan pada tahun 2013 tercapai, dan semoga anda semua tak berhenti mengejar benda yang tak terkejar masa 2012.

Azam tahun baru saya ialah...erk, macam tahun-tahun lepas la.hehe
(gaya macam orang yang tak de matlamat)

Bagi saya, tak kira la tahun baru ke, bulan baru ke, sekolah baru ke orang baru ke, yang penting kita mesti jadi orang yang sentiasa ada azam. Tapi kalau nak jadikan tahun baru tu sebagai kick-start dalam mencapai hajat, silakan, elok sangat-sangat. At least kita hold kat something sebagai timeline.



Semalam saya dengar firework dari segenap penjuru (yeke?). Dari surau jam 12, sampai la saya masuk bilik masa jam menujukkan kurang beberapa minit nak ke pukul 1 pagi, duk dengar bunyi bunga api je, tak larat nak jenguk, ada benda yang lebih menarik untuk saya celebrate.



Bahagia yang amat bila sambut tahun baru time nak exam, tak terkata ceq. haha

Just nak share untuk diri sendiri, nanti tua boleh tengok balik.hehe
(kot2 la insaf nak study time dok online)


Tu je subjek ku, kan dah kata macam UPSR je, moga dipermudahkan Allah.

Selamat kembali ke sekolah adik-adik yang comel, cikgu-cikgu pun selamat menjalankan tugas, bertugas dan belajar dengan ikhlas, moga mendapat keberkatan (^_^)



p/s:
Sains dan alQuran tak dapat dipisahkan, insya-Allah, ada masa jom kita bedah sikit-sikit kehebatan mukjizat ni, sharing is caring. Moga Islam melahirkan saintis-saintis hebat dalam kalangan syabab.Amin
(in progress, disebabkan tak dapat nak focus betul-betul, so lambat sikit)
<<<inilah azam tahun baru ku>>