June 15, 2013

Monolog #1

Spread your freedom (^___^)


Ku lepaskan rantaian hatiku, 
ya aku berjaya, 
rantaian itu hanya ciptaan manusia-manusia bodoh seperti aku, 
itu rantaian cinta palsu, 
cinta itu kosong, cinta itu penuh dosa,
aku bodoh melayan hambatan nafsu, 
aku bodoh melayan degup palsu, 
dan aku bodoh, 
percaya kepada provokasi diri, 
provokasi alam, 
provokasi semesta…
terima kasih, 
Kau bantu aku melepaskan belenggu itu, 
terima kasih (^____^)
Mereka itu, 
Kawan aku, tak lebih, tak kurang…
Kawan, bukan sahabat, 
Kawan bukan teman…
Aku adalah aku, 
Jiwa keras?
Mungkin ya, mungkin tidak, 
Kerana aku tau, 
di mana tingkatnya…
Usah cuba, 
Usah fikir, 
Itu bukan tingkatmu…
Aku manusia pembengis…
Aku juga adalah penangis…
Yang pasti, 
Aku adalah pemikir…
Pemikir yang rakus, 
Merobek rahsia hati, 
Merobek kata hati, 
Antara sedar dan tidak, 
Antara teka dan tahu.
Terkadang aku suka menembak, 
Sengaja menembak, 
bak penembak tepat, 
Menembak untuk menghasilkan jurang.
Maafkan aku.
Usah meneka, 
Usah menuduh,
Kau, dia, dan mereka, 
Semua punya tempat dalam kalamku…
~feeling free~

p/s:
ku suka karya Ramlee Awang Mursyid... Allah dan Aku... Hanya Aku dan Allah (^___^)
Faham? Letakkan 'aku' sebagai kamu, tafsirlah ikut suka, ini untuk kamu, hadiah untuk kamu semua (^___^)

3 comments:

Cik Yaya said...

salam..
umm..msih cube utk mmhami mksd tsirat.......

Azwar Syuhada said...

Aku manusia biasa.. Menariklah kak Trah.. Ni puisi ke apa?? :)

Azie Namico said...

menarik ya ! mendalam maksudnya nie...trah suke baca novel RAM eh!...cer review sikit novel2 yang trah baca..mana tau azie bole follow ker?