June 14, 2013

Apa itu Fenomena El Nino

Assalamualaikum, Salam Jumaat (^___^)

Beberapa tahun yang lepas, saya ada terbaca artikel berkenaan dengan fenomena EL Nino. Kalau tak silap, masa tu saya menengah rendah ataupun masih bersekolah rendah. Lupa dah. Masa tu, suka sebut nama El Nino, El Nino. Namanya cukup best, tapi 'rasa' dia yang tak best.huhu



El Nino:
::: Ditakrifkan sebagai, kepanasan yang luar biasa (abnormal) disebabkan oleh pemanasan air dipermukaan laut Asia Pasifik. Yang timur tekanan tinggi, yang barat tekanan rendah, jadi, terjadilah peningkatan suhu air laut di bahagian-bahagian tertentu.

Okay, nak tau lebih lanjut, sila Google ea (^___^)

Yang saya nak cakap sebenarnya, sekarang ni semakin menjadi-jadi fenomena ni. Sangat panas, tapi semestinya tak sepanas neraka yang dasyat tu, na'uzubillahiminzalik...

Kita penyumbang, kita yang terkena kesannya dan kitalah yang perlu buat sesuatu, semuanya kita. Bukan haiwan, dan bukan pokok jambu. Kita, ada faham???

So, stop open burning... hehe... Selain daripada kejadian semula jadi, benda lain juga turut menjadi penyumbang kepada Global Warming, malahan, penyumbang utama pulak. Ni la, kejayaan makhluk bergelar manusia. Diciptakan Allah untuk menyuburkan alam, tapi ramai yang nak menyuburkan nafsu sendiri.

Berlumba-lumba mengejar kekayaan, semua balak dan pokok nak tebang. Berlumba-lumba 'memakmurkan' kemalasan, semua sampah nak bakar macamtu je. Berlumba-lumba nak pergi kerja, semua kereta nak pakai sorang sebijik. Habis dia punya gas monoksida berterbangan bebas bak helang jantan. Eh?  *mengarut

Konklusinya, sama-samalah kita menjaga alam sekitar (^____^)

p/s:
panas (angguk)

Gambar ni diambil melalui tingkap bilik.. panas mentari menyengat kalbu...huhu


Indahnya suasana petang..haha



3 comments:

hainom OKje said...

Betul Trah...sekarang ni mmg sangat panas.... kalau dulu dulu panas mcm ni bulan puasa jekan...

~ Cik Azz ~ said...

Salam..

Oleh itu marilah kita pakat-pakat tanam pokok bunga kat rumah.. Biar sejuk sikit mata memandang.. hehe...

Cik Yaya said...

sblm ni pun pnh jadi kan.thun bila pon lupa..huu