March 4, 2013

Tangisan Di Bawah Bayu

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bayu, indah nama ni kan? Bila sebut je, pasti terasa bagai ditiup angin sepoi-sepoi.
Bayu milik kita, bayu yang memayungi sebuah negeri kini didatangi hujan, hujan yang turun dek tangisan rakyat yang cintakan bumi bertuah Sabah.

Ya, kami, rakyat Malaysia, sangat mengharapkan keamanan di bumi Sabah, we really pray for Sabah.

Situasi sekarang, di sana rakyat dilanda kebimbangan, dilanda katakutan.
Tapi ada juga, insan-insan yang cuba mencetuskan perang di laman maya. Jelik bila melihat mereka yang saling menunding jari.

Situasi apakah ini? Sedarkah kita yang negeri kita dilanda badai? Mungkin perasaan empati belum meresap ke dalam jiwa, mungkin kita tak sedar betapa hiba keluarga yang menghantar para pejuang ke medan yang akan menjadi saksi segala-galanya. Mungkin sebab bukan ahli keluarga sendiri yang terbunuh. Adakah ini sebabnya yang membuatkan mereka mula bergaduh tanpa henti?

Hampir setiap entry yang saya taip, saya mulakan dengan Salam 1Malaysia selepas salam yang wajib. Ya, saya berani mengatakan yang saya penyokong kerajaan, saya sayangkan kerajaan sekarang. Saya tak rela negara saya bertukar tangan.

Tapi, adakah disebabkan ini, saya perlu membelakangkan kerasionalan minda?
Tidak sama sekali, baik kerajaan, mahupun pembangkang, kita semua wajib bersatu, wajib melontarkan satu misi yang sama.


Selamatkan Bumi Sabah!!!

Sekarang, kita letak dulu background politik dibelakang, tinggalkan dulu semangat assobiah yang ditanam sejak berdekad lamanya. Kita perlu bersatu!!!

Kawan-kawan saya, ramai anak-anak Sabah. Mereka ceria, mereka nakal. Tapi, bila khabar daripada sana mengatakan bumi mereka diserang garuda, muka mereka berubah, mata bergenang, renungan menjauh. Sangat  jelas meski mulut tak terucap. Sabarlah anak-anak Sabah, bantuan Allah pasti datang. Resah dihati mereka cuba kuselami, kacau difikiran mereka cuba ku dalami.

Tapi tetap tak sama, tetap berbeza. Mereka lebih tau duduk situasi yang sebenar, mereka lebih merasai.

Perang dilaman sesawang tak kan pernah berhenti, jangan sampai golongan maya ini mencetuskan sesuatu yang menyusahkan negara dikemudian hari. Jaga penulisan, jaga pemikiran.

Hentikan setiap penyebaran yang tiada akar umbi, yang tiada kesahihan. Jangan mengeruhkan keadaan. Orang sibuk mengangkat senjata, kita sibuk mengangkat tocang. Situasi apakah ini?

Jangan canangkan nama agama kalau kita tak mampu laksanakan dengan betul, buat dulu, barulah komen.

Ini hanya luahan hati daripada saya, setelah melihat, memerhati, dan mendengar seribu satu senario selepas tercetusnya peristiwa di Lahad Datu.

Jangan risau, ini bukan post politik, saya belum cukup umur pun lagi untuk mengundi. Ini hanya teguran dan ajakan daripada saya.

Baik kerajaan mahupun pembangkang, kita boleh jadi kawan, malahan boleh berkawan baik.

(^___^)

p/s:
tak faham kenapa laman web Filipina yang digodam. Jangan cetuskan api kedua.

12 comments:

Nurul Aini said...

Teringin sangat nak tengok pemimpin2 negara kita bersatu. Jangalah di politikkan segala perkara. Sedih melihat orang ramai jadi macam tu.

Chic Na said...

semua benda nak dipolitikkan. tak faham betul.

Amirul Ramli said...

betul jugak tu.. kadang2 sy pun terfikir.. kenapa tak boleh ada 2 calon ketua yang berwibawa... dan rakyat tak kisah pon nak pilih sape2 sebab tahu dua-dua ni akan jalankan tanggungjawab yang terbaik, cuma dengan jalan yang berlainan. Ni tak, masing2 menyalahkan satu sama lain. Mungkin sebab dah dipengaruhi duit kot.. buat kita lupa dengan nilai kemanusiaan sebenar.

Mar Haini Abdul Rahim said...

betul trah.. sedih sangat, harap sgt isu ni berakhir, nak gaduh politik ke ape ke, yg utama tolonglah selamatkan negeri sabah !! polis dh ramai yg terkorban dn gugur demi negara :'( meninggalkan kaum keluarga demi mempertahankan sabah :'( Allahu Akbar ~ kita xnak dgr berita sedih lagi :'(

Faridzuan said...

Semoga insiden pencerobohan di Sabah ni selesai dengan cepat. Keadaan di Lahad Datu ni terkawal (sebab saya tinggak kat sini), lagipun kawalan dah diperketat. Hari-hari saya dapat tengok lori2 tentera dan van polis ulang-alik di jalan raya depan rumah saya. Salam takziah buat keluarga para pejuang yang telah terkorban.

myfreeminded said...

Berharap sangat apa yang terjadi ni tiada kaitan politik, ini melibatkan nyawa, bukan sekadar kehilangan seorang insan di waktu ini tapi kesannya yang mendalam dan berkekalan terhadap mereka yang kehilangan orang tersayang. Moga mereka yang berada dibarisan depan terus tabah dan buat yang telah pergi Al fatihah buat kalian dan berharap nasib keluarga pejuang yang gugur terus terbela.

noornazuha said...

Akak cuma harap semua perkara buruk ni x ada kena mengena dengan election ni. Banyak betul perkara tak elok terjadi skang ni....semoga Allah SWT melindungi kita semua..Amin!

miss fluffy said...

Selamatkanlah bumi sabah..hanya doa untuk para pejuang kita..

Cik Yaya said...

salam trah..

hrp jg sbah dpt dslmtkan..xmau lgi ade mush2 dari luar ni..
sblm ni aman je negara kita..risau jg akn blkau sprti ngra lua =(

Hanida Moss said...

turut sedih jugak ni sbb anggota polis kita mati kat sana :'(

cweet pinky said...

bile mereka yang tidak cukup pengetahuan juga ingin membuat andaian , bertambah la huru hara ...

bile ade pihak2 cuba amek kesempatan untuk menunjukkan siapa yang baek ,siapa yang salah , hanya sekadar mengeruhkan lagik keadaan ...

new entry :

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/memartabatkan-bahasa-melayu.html

tirahzairi said...

mcm xpercaya pon ada tgk berita....tkt..