March 23, 2013

Misteri Siput Sedut

Assalamualaikum, hi (^___^)
Introducing!!! 


Ini siput...


Ini pun siput...


Ini? 
Ni ketam la kalau nak kenal,
nama orang putih dia. Mr. Crab...

Actually, saya nak cakap yang, saya tak faham, kenapa di KL ni, siput dia macam gambar yang first tu? Saya selalu terfikir, fikir pulak, bukan fikir main-main, tapi fikir yang sangat serius. Kenapa? Siput yang dekat gambar kedua tu memang tak de ea sini? 

Dah banyak kali saya keluar cari makan, tapi yang jumpa hanya siput yang panjang belang-belang tu, siput cute yang bulat kecik tu tak de pun, batang hidung pun tak pernah nampak.

Time kecik-kecik dulu, selalu cari siput cute tu kat bendang, wah,,, memang heaven la time tu, dapat main lumpur bagai..haha... tu citer zaman kecik, sekarang ayah dah tak kasi cari siput kat bendang. Bukan sebab nak suruh anak-anak dia jadi ayu, tapi sebab ada banyak racun kat bendang tu. Komuniti siput tu pun dah makin berkurangan. 

Balik cuti haritu, buat muka kesian kat mak, mengada nak makan siput sedut. Mak tak nak kasi takut siput-siput tu kena racun, tapi muka anak dia yang sorang ni dah macam frust mati laki, muka yang macam nak nangis tu, so, dia belikanla..haha... 
Oh hepy hepy day!!! SAYANG MAK!!!!

Tetiba post pasal siput kan? Err.. ni sebenranya satu info tau, mana la tau ada orang boleh kasi tau saya kat mana nak cari siput sedut yang cute tu...

Ke kat Kelantan je yang ada siput sedut comel tu? Mustahil lak kan?

MISTERI!!!

Apapun, ketam ngan siput sedut cute memang favourite..hehe


p/s:
saya anak jati KAMPUNG KUCHELONG, BACHOK, KELANTAN...
Saya akan pastikan itu kali pertama dan terakhir saya makan siput panjang tu..huhu
~entry agak selfish~ 

14 comments:

Nana Liena said...

ui...me pernah tgk siput yg dalam gambar pertama ja.. huhu..yg ke2 tak pernah

❤Kamsiah❤ said...

zaman kecik2 dulu akak pun berpesta dalam sawah cari siput tu...seronok walaupun akak tak makan..sekarang dah hampir pupus...susah nak jumpa..

huny madu said...

xsuka mkn siput sedut sbb xpandai nak sedut! huhu..

jaakechik said...

k.jaa pun pelik bakpo siput org luar tu hok mcm gambar alik atas tu, k.jaa x rajin mkn hok tu, k.jaa suka mkn hok gambar no.2 tu...heeee sedap. ketam koho la k.jaa berehi...

p/s : en.suami ada waris duk di kuchelong tu, nama dia kakdah. suami dia abe him rasanya kot. lupa dah. hihi...

usema eusoff said...

alaaaa... tiba- tiba dah rasa teringin nak makan siput sedut...

Pii Chipsmore said...

siput dlm first pic adalah siput moden.. jadi dia duduk kt bandar je.. siput dlm second pic adalah siput luar bandar.. jadi dia selalu ada kat kawasan2 kurang membangun.. tapi siput ni rasa macam liat sikit kan ? kehkehkeh..

Nurul Faiz said...

sedapnya siput sedut masak lemak. dah lama tak makan.

^^eKaTiKaH^^ said...

kute tak makan siput sedut. tapi kite fav gile kat ketam. hehe.. dap dap

Tinta Lana said...

Salam.

Memg misteri, speechless lana baca entry kali ni,hahahaha

Akk tak sure lah trah, mmndgkn trah bagitau salu jumpa kat bendang, so logiknya dah ad dah kat situ.. maybe jarang jumpa, ataupn mmg kat kl takda jual..takda bendang. Kalau ad pun, area selangor. Tpi mcm trah ckp, skrg kawasan bendang pun dah bnyk racun. Kalau adapun siput sedut cute, mmg org tak nak jual..bahayakan.

Siput sedut ke, yg kiut ke, lana failed..lgi2 yg 1st tu,hahaha. Lana prefer kerang, lala. Ketam pun dah lma tak makan..

Arol Mubin said...

Pehhh! Kecur air liur tengok siput sedut dan ketam masak lomak cili api. Favourite Arol jugak tue! :D Kalau kat Melaka nie, memang ada siput gambar pertama tue jek. Arol tak pernah jumpa pulak siput gambar kedua tue.

Etuza Ezawarna said...

makanan yang mempersona...

Shida Radzuan said...

siput kn ade byk jenis trah..hehe so kalo nk kne la tnya org kat kedai mkn tu ^_^

adzairdawati makdara said...

perghhh terus rasa lapor huhuhu

Lulu Yaya said...

lapar lapar lapar tengok gambar2 tu..