February 19, 2013

Apa Jadi Ni???

Assalamualaikummm....

Orang tua kita dulu pernah berkata, dah jatuh, ditimpa tangga, kena pulak taik ayam.. selang dua saat lepastu, jatuh pulak tukul atas kepala. 

Err.. yang dua minit tu, saya tambah je. jangan saman saya sebab mencemarkan bahasa ea..huhu

Ni ada satu kisah, bukan kisah Mat Jenin, tapi kisah seorang budak perempuan yang nak kata daif, tak de la daif. Naif? Lagi la tak, bab pekena orang, dia nombor satu.

Apepun, layan jap ea.hehe

Okeyh,

Nak dijadikan cerita, suatu hari, budak tu naik la teksi. Baru turun bas la katakan, dalam mamai-mamai, mesej mak dia, kata dia dah selamat sampai. Then, berangan sebab orang yang duduk depan dia hensem. Bukan la, sebab dia teringat kat kampung. Mata dah bengkak sebab nangis-nangis tak nak balik kampus (ini hanya propa). Then, nak dijadikan cerita, handset kesayangan pulak tertinggal atas teksi. Dah la tak sedar langsung, balik bilik, syok je mengemas bilik segala bagai. Dah masuk pukul 7, konon nak tido la balik, cari fon nak kunci jam, tup tup baru perasan FON ILANG!!!

Ni baru part pertama. Kira macam baru jatuh tangga la ni.

Then, keesokan harinya. Nak pegi kelas, punyalah awal siap, semangat baru la katakan..haha
Tetiba....
Mana kad matrik gua???!!!
Aiya, then teringat, mana pulak kad bas gua???!!

Aiyo, yang second day ni, dah masuk part "ditimpa tangga and kena taik ayam terus la ni".

Kad matrik penting wow, cane nak amik baucer buku kalau tak de kad matrik kan?hehe.. terpaksa la budak ni buat-buat muka kesian dekat yang distribute baucer tu. Ha, dapat!!haha...

Tapi, bila nak masuk library, kena soal la pulak dengan pak guard control macho skema depan library tu. Buat muka sedih lagi, selamat lagi kali ni. Alhamdulillah.

Hehe.. ni part yang tak boleh buat muka kesian dah. Kan dah takde kad bus, so, pegi la amik cepat-cepat even dia kasi tempoh seminggu. Bukan apa, dah penat naik teksi, membazir je. kekadang tu, tumpang classmate, tapi tak syok la, budak tu laki, dah la dulu-dulu selalu gaduh. Nak tak nak, kad bas mesti ada!

So, budak ni pergilah ke HEP. Punyala mula-mula tu yakin boleh je dapat kad kalau tunjuk IC or kad siswa. Sekali tengok, yang jaga kaunter tu, muka macam senior sekolah dulu kenyataan ini 99% benar, memang senior pun. Terus tak berani nak argue, terus ye je.. hukhuk.. penat beratur...

Hmm.. tak pe la, yang part 2 minit tu pulak,
Cerita begini, semalam, budak tu pegi toilet pukul 3.54am. haha. mana tak takutnye kan? Tak de orang langsung. Nak kejut orang len, kesian lak nak ganggu. So, pegi la sorang. Bila dah keluar toilet tu, terus nak lari, ha, sekali terpijak lantai licin. Nasib baik tak jatuh, tapi tangan kena pintu. Agak teruk gak calar dia. Besar ow, huhu.. Aset kot, ayoi, jatuh saham... Kena air sikit pun sakit, sakit dia macam sampai kat tulang lak tu. Bila kawan tanya, kenapa dengan tangan? Kena kuali ke? terus jawab, "Ha'a, kena kuali panas".

Agak kurang asam di situ kan? Tak reti2 nak insaf lagi, dah tangan sakit, duk la diam2. Siap tak sapu ubat lagi tu, konon tangan tu kebal sangat la kan. Padahal, hampeh.. Padan muka, nak jadi Jackie Chan lagi, sape suruh. Citer kat mak, jadi besar lak story, ada ke dia suh pegi spital, haish, buat malu ngan doktor lak..hehe. relax la mak, anak jantan la katakan..hehe

Apapun, budak tu memilih SABAR sebagai penawar jantung yang renyuk. (pergh ayat tak leh blah)

And budak perempuan tu, tak lain tak bukan, saya la, Si Athirah Zain yang tetiba jadi clumsy dek tak dapat terima kenyataan yang ayah dia pun macam orang lain jugak, kekadang demam, kekadang sihat.hmm... Termenung sana, termenung sini, sampai gajah nak pijak pun buat derk..thanks buat geng2 blogger yang sudi bagi kekuatan..huhu

Esok, by hook or by crook, saya kena buat jugak kad matrik tu, susah idup tak de dua benda ni..huhu...

Hopefully, everything will be ok ^____^

Ops, lupa, calculator kesayangan pun tertinggal kat rumah jugak.huhu.. Aset penting gak tu, tak de calculator, cane nak idup ni. Adoi...dush2..

Orite, thats all, thank you (gaya macam present lak)


Yes! I'm ROck!!!


p/s:
saja nak share, takut diri sendiri terasa penat and mengalah, dah cerita and taip sorang2 ni, rasa release la jugak..hoho.. JIA YOU!!!!!!!!!!

27 comments:

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

Bersabar yerk trah! Dugaan.. Mmg sadis bila kad matrik hilang kan..

Mar Haini Abdul Rahim said...

tirah.... adoyaii awat laa jd lagu tu dik.. haha akak tawu kad bus UM skrg da comel kan kale ijau.. hihihi haa akak tau jgk cmne gaya pokgad library mengerling.. hehe dan HEP UM ! yeahhh rinduuuu smuaa yg ade di UM walopn satu ktika dlu menyampah.. hehe tiba2 out of topic.

*ehemm lain kali hati2 ye syg. takmo clumsy2. :P (ek padahal akak pn penah jd cemgini, jtuh tngga pijak taik, taik pijak kita balik) hahaha

trah zain said...

haha. kelakar la akak ni (^___^)
hmm,,,msti akak pun paham kan cane dorang tu dengan berhemanya jaga library skang ni,,haha
a'a, kad library lawa skang, siap ada gambar bus lagi tu,,hehe...

trah zain said...

betul, haiya,, dugaan,,,hoho

Ayie Abas said...

salam tirah :)

ayie dah agak budak perempuan yg dimaksudkan tirah sendiri...

alahai siannyer...tapi bukan tirah jer yg bernasib mcm tu...

Tinta Lana said...

Salam.

Hee..ni kalau lana yang tempat trah, citer kat mak, mahu jadi, "sudah jatuh ditimpa tangga lalu dibaling mangkuk oleh ibuku" hahahaha

Kesian trah..mesti banyak fikir benda lain sampai fokus tu tertanggu.

Take ur time k..tenang trah.. banyak berzikir, berselawat ya dear..
Selamat tak bergolek2 dalam toilet tu ya, hehehe

Zainal said...

jangan lose focus , nanti haaa kena buat spek baru tu

http://www.araublogger.com/

trah zain said...

erk,, tak pandai lagi nampaknya trick sy,,haha
betul, mesti ada yg lebih teruk lagi, tak baik lak lau saya bersungut..aiya..hoohoo

wassalam (^___^)

trah zain said...

haha.. garang gak tu.. (^___^)

alhamdulillah, rakan blogger banyak membantu, nak luah depan2, segan, tkot dorang tak sudi dengar, kalau kat blog, sape yg sudi, baca, yg tak sudi, tak pe, no hal,,hehe...

Insha Allah, thanks sis (^___^)
selamat, sinkit lagi nak landing, geli lak bila bayang lantai toilet tu,,haha

trah zain said...

insha Allah tak ilang focus saya, cuma kekadang dia menyorok,,hehe..
hoho, spek tu tak pecah punya. spek ganaih,,haha

Remy hazza said...

dugaan tu...kena byk bersabar.... dan yg penting...buat benda hati2...jgn leka.....

Tukang Karut said...

aduyai... malang memang tak berbau kan kan kan... yang berbau hanya kentut di dlam lif...

Chic Na said...

panjangnya cerita. kenapa ni trah? banyak berangan la ni sampai boleh tertinggal phone, kalkulator, hilang kad matrik, kad bas. huhu..

ya betul tu. apepun yg berlaku yg penting sabar. and lepas ni kena lebih hati2. :)

❤Kamsiah❤ said...

dah lbh malang dari lebai malang dah tu hehe

are_lin@yu said...

alahai..sdih bca..xpa msti ada kjyaan yg bsar pasni..sabar ya..

Mrs Velentine said...

alolo..siannya dia...mmg dapat pakej ni..siap tai ayam lagi

Addasyuhadadisini said...

alahai..mmg dah jtuh ditimpa2 la..xpe bnyakkan sbar..in sya allah nnt dpat yg lagi baik kan..mna la kita tahu..doakan.. :)

Mieya Atiera said...

Malang tak berbau, semuanya jatuh bertimpa-timpa gara-gara satu sebab je. Careless. Moga berhati-hati di lain kali :()

Tinta Lana said...

^_^

Trah..trah tanya mcm nak tukar template ya.

Trah nak akk ajar camna?

Shida Radzuan said...

adehhh sian trah, huhuhu sabar yer..habis HP tu camne? xtry kol ke no.trah kot org teksi tu prasan nnt..

Diana Azis said...

Siannya..harap lebih hati2 lain kali yea.. :)

Nora Karim said...

alahai kesiannya... moga lebih teliti lain kali ya...

Cik Pensil said...

alaa. kesiannya dia, macam mna boleh hilang semua tu ? benda peting pulak tu.
ehh.. fon tu macam mna ?

miss nino . said...

kesiannya . lain kali hati0hati ye awak :)

Nurul Aini said...

Aduhai..kesiannya..semua benda boleh hilang..faham2..memang pening..sabor je lah..lagi2 kad matrik..sangat penting, macam kad pengenalan. Kalau tak ada, tak pakai, kena tahan dengan pok gad..Saman....mampuh..hehe..duit lagi..

hainom OKje said...

Haha...mmg sesuai sgtlah peribahasa tu dgn tirah ...hehe

QasehnyaRania said...

ala siannya dia
paling kesian kad matrik tu la