December 26, 2013

Exam


Good Luck exam (^____^)

Upload gambar lama, saja nak amik semangat SPM.
Bila direnung, macam kurus je zaman sekolah dulu..hahahaha

I am the SMKATBian (^_____^)

Segala ampun dan maaf, lama tak menjenguk sahabat-sahabat, from now and onwards, maybe I'll keep updating but silently do it. hehe...


Good Luck again everbody!!!
hehehe

#Iam3rdYrNow

November 12, 2013

Udang Sama Garam

Assalamualaikum...
Diriku macam chipsmore la pulak, kejap ada kejap tada. So sorry ma..haha

Terlanjur duk depan laptop ni, terasa nak menaip la pulak.

Isu kali ni, jom cakap pasal udang dan garam. Nak masak ke?
No no no...
Kita nak kata pasal ni;

"Banyak udang banyak garam, banyk orang banyak ragam"
 Ha, ni, dalam hidup, kita jumpa dengan macam-macam orang. Macam-macam perangai ada. Tadi saya rasa sentap dengan seorang manusia ni, mulut kecoh, benda kecik pun nak besarkan. Kalau dia buat lawak, boleh la kita tumpang sekaki, ni nak bising-bising just sebab satu perbezaan yang kecil. No big deal actually, jangan la kecoh sangat. Dan yang tak tahan, yang mencetuskan rasa tak puas hati tu, insan bernama lelaki. Ceh, tak cool la bro, gentleman pun lagi la tak. (geram).



Kesimpulannya, eh, cepatnya nak simpul..haha
Jangan la buat diri kita ni annoying, and sebagai manusia, jom la kita banyak-banyak bersabar. Istighfar banyak-banyak.

Kalau ternampak or terlihat saya marah-marah, maafkan saya, tegur la saya, atau buat derk je ea..haha

Chill orang kata ^____^

p/s:
tadi duk marah-marah, ada seorang kawan ni bagi nasihat dalam diam. Sangat appreciate, terima kasih banyak-banyak bro,,hehe (^___^)

October 19, 2013

Doa

Salamu'alaik...

Hujan...
Antara waktu mustajab untuk berdoa.
Kita, penghuni bumi di garisan khatulistiwa ini, di atas tanah bergelar Malaysia.
Cukup beruntung, hujan saban tahun, kemarau jarang sekali. Banyak nikmat daripadaNya.
Alhamdulillah...
(^___^)

Waktu macamni, bila dengar bunyi hujan, banyak yang ingin kupinta daripadaNya.

Kebahagian dan panjang umur buat mak dan ayah.

Kebahagian kami sekeluarga.

Ketetapan iman.

Kemurahan rezeki sekarang dan selamanya.

dan...

Saat ni, yang paling saya nak, yang paling keluarga saya nak.

Kesembuhan buat pak cik tercinta. 
Berbulan terlantar, tanpa kata, tanpa senyuman...

Ya Allah, kuakui ini dugaan paling berat buat kami, tabahkan hati kami, istiqamahkan diri kami, jangan pernah benarkan kami berhenti berharap. 



Hujan... 
Semalam, hari ini, dan mungkin juga esok...

October 8, 2013

Matang tu Apa?

Assalamualaikum (^____^)

Hi, apa khabar?haha
Harini selasa, mesti ramai duk bilang hari macam saya kan? Tunggu jumaat sebab nak balik raya...haha

Sambil duk scroll tumblr, macam-macam gambar lawak saya jumpa. Kelakar, sangat kelakar. Sesiapa yang nak merasai ke-kelakar-an tu, silalah berkunjung sini ea << http://athirahzain.tumblr.com/ >> Promote tumblr sendiri. Peduli hape kan?haha

Saya just reblog benda yang saya rasa fun je, nak lagi menarik silalah ke laman lain ye (^____^)

Dalam duk ketawa macam budak tengok sarkas, saya terfikir, apekebenda yang lucu sangat? Sungguh tak matang aku ni. haha..

Tapi kalau nak jadi matang, tak boleh melawak sangat ke? Owh, confuse kejap.

Tapi bagi saya, sebagai budak yang dah mencapai angka 20an ni, matang ke tak matang, mesti pada tempatnya. Time main, tak yah la matang sangat, time cakap benda serius, silalah mematangkan diri anda sebelum kena penampo. Macamtu la lebih kurang.

But, anyway, saya rasa, lain orang lain definisi. Huraikanlah sendiri ea..haha

Tapi most of the time, macamni la saya rasa;




October 7, 2013

Untuk Insan Bergelar Pelajar (^___^)

Hi, 
Assalamualaikum
(^____^)

Pesanan ni ikhlas untuk insan yang bergelar pelajar/mahasiswa/student dan seumpanya dengannya.
Dan yang paling penting, untuk tuan yang menaip entry ni.
Malas beno nak belajar..haha

Bersemangatlah dalam menuntut ilmu,
Belajar itu jihad.

That's all, my sincere wish..haha

Last but not least, jadilah macam budak ni ye (^____^)



Oh mak kau..hati-hati na..haha (^____^)

Daripada;
Athirah Zain


pss:
harini isnin, don't stop counting sampai hari jumaat ea..haha
Another weekend is waiting!!!


October 5, 2013

Google Gravity


Apo ko bonda ni?haha
Terjumpa benda ni, entah benda baru atau lama, yang penting saya teruja nak main,,haha
Kalau yang baru nak tau tu, sila taip google gravity, then klik I'm feeling lucky.
Keluar la benda ni, semua collapse..haha
Mainan hujung minggu (^___^)
*boring*

September 28, 2013

DOn't Waste Your Time


Tapi, kekadang, kita kena bawa juga ke depan sebagai guidance dalam kehidupan. 
Belajar daripada pengalaman
(^___^)

September 14, 2013

Kucing

Salam (^___^)
Jom cuci mata dengan kucing!!!..hehe

First, the cutest one....


cute? mestila cute..haha
pandai kucing ni, ceq jeles dengan tuan dia..huhu

Lagi gambar kucing pilihan (^___^)



Lastly, the mysterious one...


pss... he's the one yang ceroboh masuk bilik ceq, orang kasi makan roti tak nak. Haish, takkan nak KFC kot. Muka dia terpaksa dirahsiakan since dia ni penceroboh yang dikehendaki..haha.. Nak tau muka dia, pm me. And one more thing, dia ni besar gedabak, makan monyet la kot yang jadi besar camni.

Okeyh ni je. 
Selamat berhujung minggu (^____^)
Selamat Hari Malaysia...





September 12, 2013

Happiness

Assalamualaikum (^___^)


Hehe.. ni la happiness. Yup, Ni happiness bagi saya dan for sure, orang lain pun sama kan? Mesti rasa bangga je especially when we wake up just a minute before the alarm. Tapi kalo bangun just sebab nak tutup jam, citer lain la tu pulak..haha...

Tahniah buat sesape yang boleh bangun tanpa jam loceng. Rahsia dia, just set dalam mind, nak bangun pukul berapa, insha Allah, pasti bangun (^____^)


p/s:
bersin pagi-pagi pun happiness bagi saya, rasa macam enjin tu start balik..haha

September 10, 2013

Our First Day

Hype (^___^)

Now we are the third year sudents!!!
Besar dah na?haha

Semalam first class kitorang  and of course our first meeting jugak after a 'long' break (kot)..haha

These are our faces, some of us got new looks, and some are still on the same shoes, I mean physically, mentally, I quite sure, we all have something new for this and onward semesters. Right peeps? (^___^)
*claps*





Saya terperasan something, ramai yang pakai baju kurung untuk first class ^__^
Yang pakai baju macam tak nak masuk kelas tu, sila abaikan, dia baru sampai dari kampung. Rajin kan dia, pegi jugak kelas..haha

Yang last picture tu, kami sempat shopping petang semalam, kopak duit ceq..haha

Have fun with your new semester ea (^___^)
Good Luck!!!

Jom breakfast..hehe


psss...tu blog Chipmunks...haha

So far, not bad la my room, cuma jauh sikit and kongsi path yang sama dengan budak laki, annoying gak cos kena pakai tudung kalo nak jemur baju, tingkap tak leh bukak luas-luas, and so on la... *sigh*


Bye bye (^_____^)

September 2, 2013

SNSD & Dangerous Boys

Presenting...






They were called The Dangerous Boys who known as the juvenile boys. How come? They are totally cute. (Milley said, "totes"..haha)

Kalau dekat Malaysia, kalau dah namanya 'Dangerous', of course la muka pun nampak tanda bahaya (majoritinya, kalau ada yang cute, case terpencil la tu kot, macam saya). Tapi dekat Korea, lain pulak mukanya.haha

Buktinya, please refer to the cute pics above. Totessss.....haha...

Actually, rancangan ni dah airing since 2011, but, saya baru tengok 2 3 hari lepas, dan baru tau fakta kecomelan orang korea sampai yang perangai dasyat (tapi takde la dasyat sangat) pun still look cute and act cute.

Saya paling suka yang 2nd and yang last sekali. Comel,,,haha

Then, last but not least,



All of a sudden, I come out with this entry, the main point is about the cuteness of Korean. haha..
Actually, these days, minat nak tengok movie, drama, dance and etc. datang balik, so layan je la. Tapi nama dorang, susah nak ingat, yang best layan, yang tak best, sepak jauh-jauh..haha..

p/s:
It's been a long time ago since....
and...
still waiting to register my subjects. *sigh



July 12, 2013

Header Ramadhan

Assalamaualaikum (^___^)


Alhamdullillah, dapat rezeki header free sempena Ramadhan ni..hehe..
Terima kasih dan syukran jazilan buat kak Lana sebab bermurah hati kasi header ni (^___^)

Cool and girlish akak..hehe... Lawa (^____^)

Nak harapkan diri sendiri buat, memang berjanggut la rasanya, tak pandai campur dengan bajet busy, memang tak jadi la..haha...

Selamat berpuasa buat semua ea (^___^)




July 10, 2013

Ramadhan 2013

Salam Ramadhan (^___^)


July 3, 2013

Survive



Semua orang kena survive untuk hidup.
Cara survive, either atas usaha sendiri, atau dengan cara jatuhkan orang lain.
Dua-dua orang buat, dua-dua berhasil.
Survive, 
Nak hidup kena survive, 
nak makan kena survive. 
SACRIFICE to SURVIVE...
Semoga Allah tolong kita untuk survive, baik di dunia, atau di akhirat...
Insha Allah...

p/s:
Sedang tonton Queen's Classroom, drama ni best, ada mesej yang besar, tentang persahabatan, hidup dan diri kita. Silalah tengok andai ada masa terluang (^_____^)


June 27, 2013

End of Semester


June 25, 2013

The Climb




I can almost see it, 
That dream I'm dreaming, 
But there's a voice inside my head saying,
"You'll never reach it"

Every step I'm taking, 
Every move I make feels, 
Lost with no direction,
My faith is shaking, 
But I gotta keep trying,
Gotta keep my head held high. 

There's alway gonna be another mountain, 
Im always gonna wanna make it move,
Always gonna be uphill battle, 
Sometimes gonna have to lose.

Ain't about how fast I get there, 
Ain't about what's waiting on the other side, 
It's the climb...

The struggles I'm facing, 
The chances I'm taking, 
Sometimes might knock me down, 
But no, I'm not breaking...

I may not knw it, 
But these are the moments that

I'm gonna remember the most, yeah..
Just gotta keep going.


And I gotta be strong, 
Just keep pushing on...

Cause there's always anther mountain, 
I'm always gonna wanna make it move, 
Always gonna be a uphill battle, 
Sometimes I'm gonna have to lose...

Ain't about how fast I get there, 
Ain't about what's waiting on the other side, 
It's the climb...

There's alway gonna be another mountain, 
Im always gonna wanna make it move,
Always gonna be uphill battle, 
Sometimes gonna have to lose.

Ain't about how fast I get there, 
Ain't about what's waiting on the other side, 
It's the climb, yeah!!!

Keep moving, keep climbing, 
Keep the faith, baby
It's about, it's all about the climb,
Keep the faith, keep your faith, whoaaa....

:: Miley Cyrus, The Climb ::

June 22, 2013

Jerebu (Haze)


Bangun pagi,
Bukak tingkap,
Gelap, ok, biar je udara pagi masuk, nice (^___^)

2 jam kemudian,
"Pedihnya mata aku, mengantuk ni"
Pandang ke luar tingkap,
"Eh, dorang ni bila masa fogging? Sabtu pun kerja?"
Termenung...

15 minit kemudian, dalam toilet.
"Hai akak (^__^) "
mana boleh bagi salam dalam toilet
Akak : Kuatkan jerebu kat luar tu..huhuhu
" Ha'a, siap ada bau lagi"
*gugup
Sebenarnya saya terkejut, ingatkan fogging, rupanya jerebu mengganas lagi, hadoi..

Hadoi...
Tadi terbaca, 6 buah sekolah tutup sebab jerebu, sekolah di Johor. Untung kau budak-budak. haha gurau

Jaga kesihatan masing-masing, minum air sebanyak yang mampu, kalau rajin, pakailah mask (^___^)

Yang ni, 


Bukan yang ni, 


Lawa kau jahhhh....

June 18, 2013

Akidah




Semalam, 
sekali lagi paku di ketuk...
Sekali diketuk, sekali ia masuk.

Mata kembali terbuka, 
kembali cakna, 
sempat menyibuk dalam usrah orang lain, 
asal nampak halaqah, 
duduk pasang telinga, 
terdengar perkataan
AKIDAH...

Ya, persoalan akidah, walaupun topik yang dibawa tajuk asalnya Isra' dan Mi'raj. 
Berkait secara langsung dan tidak langsung.

Banyak yang perlu kugali, 
ini Ilmu Fardhu Ain, wajib ke atas setiap insan yang berpegang pada kalimah SYAHADAH...

Kamu, saya, dia dan mereka
Ini semua bakal kita bawa ke muka pengadilan kelak, 
Islamkah kita?
Kufurkah kita?
Jadi, wajib untuk kita tau ilmu akidah.

Aku punya masih cetek, 
sangat cetek, 
lagi cetek daripada lOPAK air selepas hujan renyai, 
lagi cetek daripada kolam mandian semut, 
sangat cetek...


"Lazimi SYAHADAH"
Itu pesan si kakak, 
pesanku juga untuk semua...

"LAZIMI SYAHADAH"

lazimi dan yakini, 
sepenuh hati...

Kufur, tanpa sedar atau tidak, 
tanpa ilmu atau berilmu, 
Ada kufur tanpa keuzuran...
BAHAYA... BAHAYA... BAHAYA..
BELAJAR...BELAJAR...BELAJAR...


Selamatkan akidah kita, 
selamatkan akidah ibu bapa kita, 
selamatkan akidah orang yang kita sayangi, 
selamatkan akidah semua, 
seberapa ramai selagi mampu...



Akidah adalah akar, 
tanpa akar mana mungkin bunga ini wujud... 

p/s:
bunga pokok naga, milik sendiri (^__^)
bunga ni lawa, dan besar, 
terima kasih ayah, 
ini pun ilmu, 
ilmu berkebun..hehe 

June 16, 2013

Rindu


Manusia merindu pada yang tiada, 
Merindu pada yang jauh.
Ku rindu sama kamu, 
tak mungkin ketemu lagi,
esok, 
lusa, 
bila-bila sekalipun,
tak mungkin, 
Insha Allah, 
di sana kita bakal bertemu...

Doa buatmu, 
Moga mendapat tempat di sisi Allah, 
Amin...

p/s:
jangan rindu pada yang tak halal... itu kerja sia-sia...
bila diulang tayang di akhirat nanti, apa perasaan kita?
Na'uzubillah, insaflah Athirah Zain, jangan rindu sembarangan...
Letak jurang.. Ya, jurang!!! 
(Insha Allah dah insaf ^__^ ) 

June 15, 2013

Monolog #1

Spread your freedom (^___^)


Ku lepaskan rantaian hatiku, 
ya aku berjaya, 
rantaian itu hanya ciptaan manusia-manusia bodoh seperti aku, 
itu rantaian cinta palsu, 
cinta itu kosong, cinta itu penuh dosa,
aku bodoh melayan hambatan nafsu, 
aku bodoh melayan degup palsu, 
dan aku bodoh, 
percaya kepada provokasi diri, 
provokasi alam, 
provokasi semesta…
terima kasih, 
Kau bantu aku melepaskan belenggu itu, 
terima kasih (^____^)
Mereka itu, 
Kawan aku, tak lebih, tak kurang…
Kawan, bukan sahabat, 
Kawan bukan teman…
Aku adalah aku, 
Jiwa keras?
Mungkin ya, mungkin tidak, 
Kerana aku tau, 
di mana tingkatnya…
Usah cuba, 
Usah fikir, 
Itu bukan tingkatmu…
Aku manusia pembengis…
Aku juga adalah penangis…
Yang pasti, 
Aku adalah pemikir…
Pemikir yang rakus, 
Merobek rahsia hati, 
Merobek kata hati, 
Antara sedar dan tidak, 
Antara teka dan tahu.
Terkadang aku suka menembak, 
Sengaja menembak, 
bak penembak tepat, 
Menembak untuk menghasilkan jurang.
Maafkan aku.
Usah meneka, 
Usah menuduh,
Kau, dia, dan mereka, 
Semua punya tempat dalam kalamku…
~feeling free~

p/s:
ku suka karya Ramlee Awang Mursyid... Allah dan Aku... Hanya Aku dan Allah (^___^)
Faham? Letakkan 'aku' sebagai kamu, tafsirlah ikut suka, ini untuk kamu, hadiah untuk kamu semua (^___^)

June 14, 2013

Apa itu Fenomena El Nino

Assalamualaikum, Salam Jumaat (^___^)

Beberapa tahun yang lepas, saya ada terbaca artikel berkenaan dengan fenomena EL Nino. Kalau tak silap, masa tu saya menengah rendah ataupun masih bersekolah rendah. Lupa dah. Masa tu, suka sebut nama El Nino, El Nino. Namanya cukup best, tapi 'rasa' dia yang tak best.huhu



El Nino:
::: Ditakrifkan sebagai, kepanasan yang luar biasa (abnormal) disebabkan oleh pemanasan air dipermukaan laut Asia Pasifik. Yang timur tekanan tinggi, yang barat tekanan rendah, jadi, terjadilah peningkatan suhu air laut di bahagian-bahagian tertentu.

Okay, nak tau lebih lanjut, sila Google ea (^___^)

Yang saya nak cakap sebenarnya, sekarang ni semakin menjadi-jadi fenomena ni. Sangat panas, tapi semestinya tak sepanas neraka yang dasyat tu, na'uzubillahiminzalik...

Kita penyumbang, kita yang terkena kesannya dan kitalah yang perlu buat sesuatu, semuanya kita. Bukan haiwan, dan bukan pokok jambu. Kita, ada faham???

So, stop open burning... hehe... Selain daripada kejadian semula jadi, benda lain juga turut menjadi penyumbang kepada Global Warming, malahan, penyumbang utama pulak. Ni la, kejayaan makhluk bergelar manusia. Diciptakan Allah untuk menyuburkan alam, tapi ramai yang nak menyuburkan nafsu sendiri.

Berlumba-lumba mengejar kekayaan, semua balak dan pokok nak tebang. Berlumba-lumba 'memakmurkan' kemalasan, semua sampah nak bakar macamtu je. Berlumba-lumba nak pergi kerja, semua kereta nak pakai sorang sebijik. Habis dia punya gas monoksida berterbangan bebas bak helang jantan. Eh?  *mengarut

Konklusinya, sama-samalah kita menjaga alam sekitar (^____^)

p/s:
panas (angguk)

Gambar ni diambil melalui tingkap bilik.. panas mentari menyengat kalbu...huhu


Indahnya suasana petang..haha



June 12, 2013

The Battle

Assalamualaikum (^____^)

Insha Allah, esok, my "battle" officially bermula besok. Nak tak nak, kena hadapi, habis ke tak study tu, belakang kira, yang penting jawab..hehe


Best of Luck untuk sape yang sedang menghadapi exam, doa dan restu dariku..haha

(^_____^)

p/s:
mood burung hantu tak hilang lagi....

June 8, 2013

Think Then Talk


Senang ke susah nak buat ni?
Bila emosi mengatasi akal, susah la.
Bila akal mengatasi emosi, senang la.
Selalu buat, lambat laun senang la. 
Cuba dan cuba (^__^)

"(Allah) Yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia yang menciptakan manusia. Mengajarnya pandai berbicara"
~ar-Rahman : 1-4 ~

Subhanallah... (^____^)

p/s:
dalam bercakap kadang-kadang terlanjur menutur kata. Jadi, sebelum munuturkan, lebih baik diam. Tak selalunya kuih terbentuk mengikut acuan tangan kita, tak semuanya (^____^) Maafkan saya. ^^,

Imotiv itu apa?

Assalamualaikum...

Bukak blog tadi, baru perasan ada something yang pelik. Imotiv tu benda apa? Kenapa dia ada kat komen dan kenapa dia tak jadi publish? Mana hilang? Pening, pening....


hoh,, blur lagi (^____^)

Tetiba bunyi bunga api, hari ni hari apa? Semalam 27 Rejab, harini? Haish...
*geleng...

credit to google image (^___^)


p/s:
sakit gigi kali ni susah nak hilang, tak tau nak baut cane dah, hadoi... lekat nasikkkk T.T
baru tau atas pun akan tumbuh gigi bongsu, aiyoo.. berapa tahun lagi ceq nak tahan ni? dah dua tahun dah gigi oi,, dah2 la tu,,huhu


May 24, 2013

Menawan Puncak Putrajaya

Assalamualaikum (^____^)

A few days ago, kami ziarah Putrajaya, buat IC, sambil-sambil tu, ber-holiday la kami,,hehe
Sebelum tu, maafkan saya sebab dah lama tak jenguk sahabat-sahabat sekalian, maafkan saya, kehidupan pelajar, kekadang tu memang busy, kekadang tu, buat-buat busy, faham-faham la ea..hehe

Okay, showtime!!!


Benda ni boleh view Putrajaya, view dia ok la, try la sendiri..hehe
Tapi, mungkin kena repair sikit la,,hehe

terasa macam pergi oversea... rumput dia best..hehe

Masjid Putra, Putrajaya

teruja tengok telur burung atas tanah, susah nak jumpa kat tengah bandar, macam kat kampung lak..hehe

Okay, gambar ni je yang boleh dikongsi, nanti berat pulak nak bukak blog ni. Agak jakun..haha...
Tapi memang first time pun ke Putrajaya, so, tak pe la berlagak jakun pun,,haha 

Sangat happy walaupun panas, sangat, pergi dengan sahabat, terasa ukhuwah terjalin di situ. Terima kasih buat Encik Pemandu pelancong, kami memang macamni, kepoh sikit..hehe... Terima kasih daun keladi, next time kitorang jenguk lagi. 

Okey, Good Luck buat yang akan ambil final nanti. (^____^)
Wailalliqa', ma'assalamah....

p/s:
Jom jadi se'positive' yang mungkin (^____^)




May 9, 2013

Berita Semasa takBernama

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia (^___^)

Nampaknya, masih hangat lagi isu PRU '13, masih ada rakyat negara kita yang cuba menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka dengan keputusan PRU '13. Suka hati korang la, kalau sebelum ni, saya pun tidak ketinggalan untuk berkongsi rasa kehangatan disebabkan oleh kegeraman terhadap mereka yang tidak berpuas hati tu (eh?), tapi nampaknya, life must go on, biar je la dorang tu. Dah jadi adat la kot shut up benda ni selalu jadi, asal kalah nak bising, asal menang nak... nak apa? Entahla...haha

Okey, maafkan saya bias ke? (^____^)
Tutup mulut, tak hingin nak ulas lebih lanjut, nanti makin bias jadinya, yang pasti, I LOVE OUR MALAYSIA damn much!!!

Itulah berita semasa yang cuba dibawakan oleh saya, agak ter-siput sedut disini, orang dah kecoh, saya baru nak tulis, hehe (^____^)

Kalau ikutkan hati, nak lagi ulas, tapi cukupla ye, nanti ada yang dah tak nak kawan dengan saya pulak, so, sekian sahaja laporan berita semasa. Cuba mengelak untuk tidak mem-bias-kan penulisan, tapi sangat gagal, memang saya penyokong kerajaan (^___^) MAAFKAN SAYA kalau timbul kegeraman di hati.

Daripada kecoh pasal ni, apa kata kita join KURSUS KAHWIN. Nak tak? tetiba



Al-kisahnya disini, saya baru mendaftar untuk kursus kahwin, niat dihati nak ambil time tahun akhir tapi ada desas desus yang mengatakan, nanti ada test segala bagai, siap dipanjangkan lagi tempoh kursus ni, so, cepat-cepat minta izin dengan mak nak join kursus ni (pemalas). Malu tersipu-sipu tahap apa tak tau time minta tu, alahai... Mak ni pun.... Dengan kakak saya lagi, gelakkan orang pulak -___-

Buat semua, tunggu apa lagi, cepat-cepat la kawin daftar ye (^___^)

Best tengok orang yang dah ada anak, comel..hehe...
Tapi, belajar dulu na, top up ilmu di dada dulu, baru kita fikir pasal ni (^__^)

Jiran sebelah rumah saya, merangkap ex-bestfriend waktu sekolah rendah (sangat bestfriend, sekampung tau..haha), dah ada anak dua di usia 20 tahun (actually 21 tahun, tapi dia lahir bulan Ogos, so, 20 la ye, dia kan sebaya dengan saya..haha). Ada niat nak menegur, sangat berkobar-kobar, tapi takut disalah anggap pula, sebab dia kahwin sangat awal, so, sampai sekarang, kami tak bercakap, jeling-jeling manja macamtu je, teringin sangat nak sembang dengan dia, tunggu saya ada family macam dia dulu la kot (cepat atau lambat?), hopefully.


Perlu ke demand? Perpada-pada la kan? 

Sekian (^__^)

p/s:
Keliru vs background (p) vs parents vs diri... Akhirnya, diam la ko, nanti hilang la tu (ye ke?)...

April 23, 2013

Memberi dan Menerima



Senario kehidupan, bila meletakkan nafsu di depan, macam-macam boleh jadi. Kebelakangan ni, saya pun selalu naik angin, kejap je rasa nak marah, panas telinga ow tahan marah.

Ini macam apa nak jadi la, dulu dah janji dengan diri, nak jadi sesabar yang mungkin, nampaknya, seminggu dua ni saya tewas. Ambik air semayang la bebanyak sista. (^__^)

Semoga Allah memberi kekuatan, aminn...

SENYUMLAHHHHHH!!!!

Semoga kita mampu memberi dan juga mampu menerima. Insha Allah...

p/s:
Kata maaf belum sempat diucapkan buat warga SMKA Tok Bachok, andai ada yang jadi silent reader di blog ni, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada akak-akak, abang-abang, adik-adik, awak-awak dan sesiapa sahaja yang pernah terkena tempias amarahku, terasa diriku dulu sangat tak rasional,  MAAFKAN SAYA.huhu... Ini cerita lama yang meninggalkan luka yang sangat dalam untukku, sangat, maafkan aku wahai sahabat...