December 30, 2012

Video Terbaru Mat Luthfi (Latest Punya)

Assalamualaikum..

Hajat dihati tak mau update, tapi terjumpa something yang menarik la pulak..hehe
Jom tengok video terbaru Mat Luthfi, still fresh from oven ni..hehe


Saya segan nak ngaku, tapi just cakap saya suka tengok video Mat Luthfi (paham-paham je ea). Banyak pengajaran yang boleh kita dapat, moga kita pandai dan dengan rela hatinya mengamil iktibar. Orang kata, buang yang keruh, amik yang jernih.

Di musim nak dekat mengundi ni, jangan la pula kita berpecah, taksub, taksub juga, tapi silaturrahim jangan dibiar putus. Ingat ye wahai sahabat-sahabat sekalian.

Aplikasikan juga ke dalam kehidupan seharian kita, nak gaduh manja-manja tu silakan, orang kata itu asam garam. Tapi jangan bawa sampai ke 7 generasi pulak.

Sekian daripada saya,
Athirah Zain yang bajet cool..hehe (^____^)

p/s:
Ops, lupa nak sebut, ada sorang lagi, nama dia....(xingat)

December 28, 2012

Didiklah Hati

Assalamualaikum, salam jumaat (^___^)

Bila godek-godek di Fb, macam-maca ragam yang saya jumpa, macam-macam pe'el orang kampung saya cakap.hehe... Susah betul nak jaga hati, tak mengumpat pakai mulut, dalam hati pun jadi, haish..... 

Cakap pasal ragam orang memang sepuluh chapter pun tak sudah,  macamni la adat kita sebagai manusia. Insaf seketika, moga mulut ni terjaga daripada umpatan dan fitnah.huhu.. Jaga diri kita seeloknya dulu, baru kita boleh jaga orang lain, if not, benda yang kita luahkan tu, nothing pada pandangan orang, ye dak?

Saya tertarik dengan kata-kata ni yang saya ambik daripada salah satu page kat Fb tu, check it out (^___^)



So, the truth is, never take something lightly. Jaga jugak perasaan orang lain, saya pun selalu terlepas cakap, selalu terkasar, selalu terlaju tangan. Lupa seketika yang orang sekeliling tu bukan macam kita, lupa yang corak pemikiran tak sama. Bare in mind, tak semua orang baik tu akan terus baik, dan tak semua yang bermasalah tu akan terus bermasalah.

Sebetulnya, saya pun selalu pakai ayat ni, tak kisah la orang nak buat apa, yang penting, tak mengancam nyawa,,hehe


Ayah dan mak pernah pesan, 
"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang"
Bila dah besar, baru hargai nasihat ni, kalau zaman-zaman tak matang, confirm mengamuk kalau orang buat silap sikit. Moga mereka yang pernah terkena tempias keberanganku maafkan diriku..huhu

Saya betul-betul menyesal, tak tau cane nak minta maaf (ego kot). Insyaallah, bila dah mengenal dunia, perkataan SABAR kerap kali muncul difikiran, kerapkali menegah diri daripada meneruskan kata-kata. Tapi adat manusia, kadang-kadang terlepas juga, terutama time stress or tension.

Bila kerap menyabarkan diri, mesti rasa something yang tak lepas, alangkah untungnya bagi mereka yang sabar. Semua yang terbuku di dada pasti akan diluahkan, dan pasti akan ada yang mendengar. Siapa yang mendengar, pasti Allah lah Yang Maha Pendengar. Indahnya hidup bila kita punya tempat untuk bergantung. (^____^)




Mendidik jiwa menjadi orang yang sabar sangat susah, ku kagum dengan mereka yang penyabar. Ku mau menjadi seperti mereka. Ramai cakap diriku ini tak de perasaan, tahukah mereka ku punya monolog tersendiri, apapun, syukur je la, yang penting senyum..hak3 (^___^)


p/s:
sayang sahabat-sahabat blogger (tetiba tapi ikhlas dari lubuk hati tau..hehe )

December 24, 2012

Tanda Diri Ego?


Ego ke kalau macam ni?

p/s:
too much ego will kill your talent (^____^)

December 20, 2012

Nobody is Perfect

Assalamualaikum....

Layan lagu jap (^___^)

video

~I JUST AN ORDINARY GIRL~
Sometimes I'm lazy,
I get bored,
I get scared, 
I fell ignored..lala
(nyanyi sedighiq)

Lagu ni best (bagi saya..hehe)
Tak kira la best ke tak, yang penting mesej yang cuba dibawa tu memang super duper comel (over lak). Dengor la ye lagu ni kalau free.

Bila kita berkawan or apa, don't expect too much ye, semua orang ada kebaikan dan keburukan depa, cuma cara mereka control diri dorang yang berbeza. Nobody's Perfect ye,ingat tu. Tapi mentang-mentang la orang kasi statement tu, berani tunjuk belang kucing ko ye? Belasah satgi..haha Agak-agak la ye.

Bila dengan orang baik, lau dorang buat perangai, jangan terkejut tarzan sudah. Sama jugak kalau kita kagum kat sape-sape, jangan kagum or suka terlebih, simpan sikit keraguan or some negative feeling towards him or her, baru la tak tercabut jantung. hehe

Semalam kami ada English Test aka. Speaking Test, dapat tajuk pasal SUITABLE PARTNER. Ha, tudio.... masa 20 minit bagaikan 5 minit, happy habaq hang.haha

Tajuk ni memang fun kalau kita sebagai remaja ni nak bincangkan, tapi dalam duk happy, kena ingat, tajuk ni kena serius gak. Ada point daripada sorang sahabat saya, dia kata sebab kita punya expectation tu sangat tinggi, terkeno den, sebab tu susah nak cari yang sesuai. Point ni I like, especially bagi yang dah terlajak umur sampai seru, dah cukup syarat.

 Tak yah nak carik Prince Charming sangat la kan?haha

Bersederhanalah dalam apa jua kita buat. Cool is rock right?hehe

amik ko nak sangat..haha
*curik gambar google


December 17, 2012

Debaran Result PMR

Assalamualaikum w.b.t (^____^)

Buat adik-adik yang duk tunggu result PMR tu, all d'best ya ^^,
Biasa la tu lau ter'nervous' or terdarah gemuruh tu..hehe...

Tadi time tangan duk klik-klik nuffnang, terklik la tempat keyword tu, sape tak tau yang masuk kat blog saya berbekalkan keyword FAILED EXAM. Wahai adik-adikku, akak bukan nak gelak, tapi agak tersenyum la jugak. Korang ni bagus la, dulu zaman akak, boleh akak tersengih-sengih lagi. Tapi malam last tu, memang tak leh tido la (*tipu?)


Tension ka?? Lek2... hehe chill ye adik-adikku (^____^)

Harapan tu kena ada, banyakkan solat hajat, yang penting, jangan lukakan hati parents korang, kot2 la kan. Allah tu kan Maha Adil. Then buat yang duk kalut-kalut search FAILED EXAM tu, jangan camtu, harapan tu penting, doa la banyak2, takkan nak mengalah dulu, even nyawa-nyawa ikan pun, terus berdoa ea ^^,



Kami pun dah nak exam ni, bila mai tang exam, rasa malas nak keluar bilik, ditambah lagi dengan assignment yang duk comel-comel tak siap agi tu, lagi la tak de mood nak keluar..huhu..

Tapi time exam la saya activate balik mood blogging,, hehe

Buat dak2 U, happy ber'exam ea.. Wish all of us, the best of luck!!!!


SEMANGAT!!!!

p/s:
Ada apa dengan colour pink? Serammmmm......

December 13, 2012

Tolong la...


haha... I like his statement (^___^)

December 3, 2012

Cantik


Kita pencinta ciptaan Allah yang indah, yang cantik, 
tapi layakkah kita hanya memandang yang sempurna sahaja?
Layakkah kita memandang enteng kepada yang tidak sempurna di pandangan mata kita?

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu perlindungan daripada sifat bongkak dan riak."

Pandanglah kebawah seandai kita diatas, 
Letakkanlah diri kita bersama mereka,
Allah menciptakan sesuatu bersama seribu satu rahsia


p/s:
Aku manusia yang teruk =(