October 30, 2012

Musim Hujan Mai Doh!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejuta Impian (^___^)

Pejam celik pejam celik, dah nak tutup buku untuk tahun 2012 ni, lambaian 2013 kian menanti. Mak ai, cepatnya masa berlalu. Muharam pun dah nak menjelang, bersiap-siap la dengan doa tahun baru dan azam baru ye (^__^)

Bila cakap pasal hujung tahun ni, encik-encik katak mesti happy, sebab their best friend ever iaitu hujan pasti datang menjenguk. Walaupun ramai yang rimas kalau hujan, tapi saya suka sebab bila tidur tu, syok habis. Rasa satu perasaan yang amat best la kalau dah berselimut tu, yang tak tahan, kipas pasang paling kuat. Bila orang tanya kenapa? Saya akan jawab, "SAYA SUKA BUNYI KIPAS"haha..problem? (n___n)

Saya katak comel n___n
Bagi yang punya antibody yang lemah tu, jaga la kesihatan ye, jangan nak mengada-ngada pegi main hujan, selalu bawak payung pegi mana-mana pun. Mak saya pesan, minum lah Scoutt's Emulsion setiap hari,,haha


Saya suka main benda kat atas ni time air naik. Kami adik beradik lawan sampan sape paling laju. Walaupun orang tak suka, tapi saya suka kalau banjir. Boleh main air, alahai.. rindunya (T.T) Tapi banjir kecik-kecik je la,,hehe

p/s:
Try nak mendemamkan diri hari raya haritu, tapi apakan daya, tak jadik nak demam. Baru nak buat-buat mengada kat rumah, sekali-sekala balik apa salahnya kan? Terima kasihla encik antibody, next time kasi la can sikit..hehe

October 22, 2012

Classmate ku dah Kahwin!!!

Salam mahabbah semua (^___^)

Benda? Classmate dah kahwin? so what? hehe.. saja nak citer, saya punya english class punya kawan dah kahwin la, anak pun dah ada dua. Haritu akak tu tunjuk kat kitorang gambar anak-anak dia, comel habaq hang!! Mata bulat-bulat, pipi lak gebu, kalaulah ada depan mata, haish....

Akak tu kata dia kawin dah 3 ke 4 tahun camtu la, terbuntang mata kami dengar. Otak duk pikir, macamana la dia boleh commit kan? Tapi, apapun kena ingat, lepas kahwin, rezeki pasti akan makin bertambah, ye dak?

Haritu saya punya junior, main tengok-tengok tangan, dia pun duk bilang la benda apa tak tau dekat tangan saya. Tiba-tiba dia cakap,

"Kak Trah akan kahwin umur 29 tahun, suami umur 23 tahun!"
Tu dio..... mak ai, lepas dengar, terkeluar tawa riang kanak-kanak ribena daripada ku.. serious kelakar..


Geli hati, geli ginjal, tak tau nak cakap apa..haha.. ada pulak budak ni belajar camni, sape tak tau ajar,,haha

Perlu diingat, ini sekadar gurauan, tak boleh percaya tau. Jodoh pertemuan di tangan Allah. 

Bila cakap pasal kahwin ni, selalu duk pikir, bila la kakak-kakakku nak kahwin ea? Tiga orang kakak, tiga kali la kena buat kenduri sebelum attend kenduri sendiri, ye dak? hehe.. Gue confirm kakak gue baca ini punya entri..haha

Selamat Mendirikan Rumah Tangga Semua ye (^__^)

p/s:
Ini post merepek, selepas tersedut asap fogging tadi, macamni la jadinya ^^

October 18, 2012

Air Mata Wanita

"A, awak memang kuat, saya tengok, awak memang gadis yang kuat, tapi bila awak bercerita tentang keluarga awak, air mata awak sangat senang tumpah, kenapa ya?"

 A hanya tersenyum, dia hanya menjawab dalam hati, sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

"B, bagi saya, air mata wanita sangat berharga, saya kalau boleh akan tahan sedaya upaya daripada mengalirkan air mata apabila menghadapi ujian daripada Allah. Bila saya menangis sebab saya tak tahan dengan ujianNya, saya rasa saya kalah, sebab tu saya tak nak menangis. Tapi bila soal family, saya memang senang mengalirkan air mata, sebab saya sangat sayangkan family saya, sangat-sangat sayang.. Begitu jugak bila dengan Allah, kita sangat sayang dan cinta pada Allah, sebab tu kita akan menangis bila memohon ampun daripadaNya"

Ya, kasih sayang kepadaNya dan kasih sayang keranaNya, mampu membuat kita menangis, menangis dan menangis.


B, sekuat manapun seseorang itu, ada perkara yang boleh membuatkan dia menangis, bagi saya, Agama dan keluarga mampu mengalirkan air mata saya.

Jadi B, kuatkanlah dirimu B, jadilah sekuat Asma', Khatijah, Atiqah, dan srikandi-srikandi Islam yang lain.

<<<<<TAMAT>>>>>


Siapa setuju dengan cerita ringkas kat atas tu? Wahai gadis, wanita, adik-adik dan kakak-kakak, cubalah jadi sekuat yang mungkin, menagislah kepada Allah, mengadulah kepadaNya. 

Fenomena sekarang, ramai yang menangis bila putus cinta, bila kena reject. Ya, tak dinafikan, wanita sangat lembut hatinya, tapi layakkah mereka untuk ditangisi? 

Ayah marah kita buat tak kisah, mak terasa kita buat derk, tapi bila pakwe tinggal, menangis tiga hari tiga malam pulak. Adil ke? Menagis tak salah, tapi biarlah kena dengan tempatnya (^__^)

Air mata senjata wanita, betul ke? Depend pada pandangan seseorang la, kalau kita diterima sebab dorang kesian kat kita lepas tengok air mata kita, apa yang jadi lepas dorang dah boring? Fikir-fikirkan...

Apapun, wahai wanita, jangan tumpahkan air mata kita sewenang-wenangnya tau. Sometimes, we must smile to wipe our tears. Jadilah insan yang kuat, moga kita mendapat ganjaran dan dipandang tinggi disisi Nya..amin...

(^_____^)

p/s:
Nikmatnya bersin (^___^) Setiap hari cubalah membersinkan diri kita, moga kita dapat restart enjin kita..hehe

October 12, 2012

Merungkai Sains Solat

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (^___^),

Baru-baru ni, kelas saya cancel, happy semacam je bila tau kelas cancel..haha.. tapi disebalik keCANCELan tu (englishku teruk), saya jadi terpikir something.

Cer teka, ok, saya bagi hint sikit, lecturer saya kena attend 1 event kat deparment kami, Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri datang. Pasal buku Sains Solat. 
Ni buku Sains Solat tu



 Saya rasa gambar ni dah cukup besar kot. My MED's lecturer is the 3rd name of the author list.

Yes!! NG Siew Cheok is my lecturer and he is a Chinese guy. See? 

Personally, saya rasa kagum yang teramat dengan beliau, mengkaji kelebihan agama lain. Kita yang sememangnya beragama Islam dan lahir-lahir je dah Islam, eager tak nak kaji pasal benda-benda macam ni? Maybe kita ada kekangan contoh, belanjawan, pelajaran and so on. Tapi memang rugi pulak rasa. Terharu pun ada dengan kesungguhan Dr. Ng ni, beliau tau banyak pasal agama kita, kadang-kadang malu pun ada sebab dia lebih concern dengan waktu solat kami.

Berbalik pada buku ni,

Buku ni menceritakan pasal kelebihan solat menurut perspektif sains, contohnya menurut kajian anatomy dan physiology aka tubuh badan manusia. Ada jugak dibincangkan tentang respond otak kita terhadap pergerakan-pergerakan ketika solat. Dan banyak lagi la, insyaallah, bagi yang tak berkesempatan nak beli buku ni, akan saya kongsikan sikit-sikit. Best, memang best (^___^)

Bila tau benda-benda ni semua, baru kita sedar, betapa Allah itu Maha Bijaksana kan? Kenapa kita solat 5 kali sehari? sebab Nabi SAW yang mintak dikurangkan? Maybe ada alasan lain lagi yang menjadi salah satu rahsia Allah, sape tau kan?

Setahu saya, buku ni adalah from rentetan buku-buku yang dah dikeluarkan sebelum ni, Dr. Fatimah memang selalu buat kajian pasal Sains Solat. Banyakkan ilmu yang still tersembunyi. Nak tunggu kita je untuk terus menuntut ilmu dan membuat kajian.

Apapun, walaupun ilmu yang manusia ada ni hanyalah diibaratkan sebagai setitik dakwat yang dititikkan ke dalam lautan, tapi moga ilmu yang sedikit tu dapat kita manfaatkan dan memberi something u agama.. Insyaallah...

(^____^)

p/s:
dalam hati selalu doa, moga Dr. Ng dapat hidayah, moga Allah buka pintu hati Dr...aminn...huhu

October 10, 2012

Syukur Itu Indah

Assalamualaikum dan salam mahabbah..

(^___^)

have you said ALHAMDULILLAH today? haven't you? Don't worry, tak de sape nak marah, Allah pun tak marah, sebab apa? Mesti la sebab Allah tahu isi hati hambaNya, tak semestinya kita tak menyebut Alhamdulillah bermakna kita tak bersyukur kan? Kita bersyukur dengan nikmat Allah, sentiasa, insyaallah.. Makna bersyukur di sini ialah berterima kasih. By reciting ALHAMDULILLAH, it shows that we're thankful. Tapi eloklah jika kita sentiasa mengucap zikir ringkas tapi padat ni, amalkan selalu n__n

Cakap pasal SYUKUR ni, saya terjumpa satu karikatur ni, err.. karikatur ke? kartun la senang..hehe
Layannnn....!!!! n__n


Get it?
Kadang-kadang, eh bukan, most of the time, kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, selalu nak lebih. Padahal kita tak sedar atau buat-buat tak sedar yang ramai lagi punya nasib yang lebih malang...

Contoh: Kita kata kita sayang dekat mak ayah kita, kia bersyukur sebab dorang ada lagi, tapi apa yang kita buat untuk menunjukkan rasa syukur kita? Kita kirimkan ke tak doa kita untuk mereka? Selalu tak kita sebut nama mereka? Selalu tak kita alirkan air mata untuk mereka?

Yang paling penting, bagi anak-anak perempuan, kita jagakah diri kita sebaik mungkin agar mak ayah kita tak dipersoalkan di akhirat kelak? Kita berusahakah untuk menjadi anak yang solehah agar mak ayah kita dapat book pintu syurga? Concern ke kita ni pasal tu?

Berapa ramai yang tau, bila anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, dia ibarat menempah pintu neraka untuk ayahnya. Cakap benda ghaib macam ni, memang kita tak rasa effect dia, tapi try pakai akal, dasyat kan? Na'uzubillahiminzalik... moga kita mampu menjadi jambatan untuk mak ayah kita ke JANNAH.. aminn...

p/s:
Islam itu mudah, tapi jangan pandang mudah tau..
Chillllll...ehehe (^___^)

October 5, 2012

Jangan Pernah Terbeban =)

Assalamualaikum....

Agak lama rasanya saya tak post entry and menyinggah kat wall geng2 bloggers ni, ampun maaf dipinta (^___^)

Actually, semua dah tau kan, lepas daftar U haritu, kita semua sibuk dengan pilihanraya kampus and sekarang ni pulak dengan pesta konvo. Kan2?? Saya pun, salah seorang yang menjadi tukang penyebok la ni, faham-faham je la,, Minggu PRK duk sibuk berkempen, minggu ni duk sibuk jual nasi kerabu lak dekat gerai. hehe.. sape teringin nak makan nasi kerabu, meh la gerai kami ye >.<


Sebab tu la, Athirah Zain ni kejap ada, kejap tak de kat dunia blogging ni, macam iklan chipsmore, lebih kurang la tu..hehe

cuma harini, kelas cancel, pasal turn u fac engine convo harini, so lecturer rmai yg turun ke dewan. Adala semangat sikit nak tersenyum riang..hehe

Hidup bila kita pikir, memang la sangat busy and amat busy, kalau kita tak tau nak manage, kita confirm lemas dengan kebizian sendiri. For my case, mana nak wat keje kelab, mana nak pegi meeting, mana nak wat assigments, mana nak wat lab report, mana nak study and macam-macam lagi la. So, kadang-kadang tu,  pening jugak nak pikir camna nak deal dengan hambatan kebizian ni. Dahla saya jenis yang mengutamakan tido selama 6 jam, tak leh kurang walau seminit, kalau lebih kira untungla tu..haha

So, saya assume, semua ada problem macam saya jugak. Cane korang semua handle?? Tahniah bagi yang cukup matang nak handle masa korang, and bagi yang masih pening2 lalat, jom kita kongsi sikit benda ni (n____n)


ok, KUASAI KERJA, JANGAN SAMPAI KERJA KUASAI KITA.. Everyone get it right? So, try to manage ur time and keep smiling (^____^) jangan pernah rasa terbeban dengan apa yang kita hadapi..

p/s:
dah lama duk niat nak g jenguk blog geng2, tapi tak dak masa,,rindu la pulak =((
weekend ni ada induksi balai Islam, another weekend yg terpaksa dikorbankan demi agamaku.. Islamidina.....
Stay tuned an keep smiling!!!