October 18, 2012

Air Mata Wanita

"A, awak memang kuat, saya tengok, awak memang gadis yang kuat, tapi bila awak bercerita tentang keluarga awak, air mata awak sangat senang tumpah, kenapa ya?"

 A hanya tersenyum, dia hanya menjawab dalam hati, sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

"B, bagi saya, air mata wanita sangat berharga, saya kalau boleh akan tahan sedaya upaya daripada mengalirkan air mata apabila menghadapi ujian daripada Allah. Bila saya menangis sebab saya tak tahan dengan ujianNya, saya rasa saya kalah, sebab tu saya tak nak menangis. Tapi bila soal family, saya memang senang mengalirkan air mata, sebab saya sangat sayangkan family saya, sangat-sangat sayang.. Begitu jugak bila dengan Allah, kita sangat sayang dan cinta pada Allah, sebab tu kita akan menangis bila memohon ampun daripadaNya"

Ya, kasih sayang kepadaNya dan kasih sayang keranaNya, mampu membuat kita menangis, menangis dan menangis.


B, sekuat manapun seseorang itu, ada perkara yang boleh membuatkan dia menangis, bagi saya, Agama dan keluarga mampu mengalirkan air mata saya.

Jadi B, kuatkanlah dirimu B, jadilah sekuat Asma', Khatijah, Atiqah, dan srikandi-srikandi Islam yang lain.

<<<<<TAMAT>>>>>


Siapa setuju dengan cerita ringkas kat atas tu? Wahai gadis, wanita, adik-adik dan kakak-kakak, cubalah jadi sekuat yang mungkin, menagislah kepada Allah, mengadulah kepadaNya. 

Fenomena sekarang, ramai yang menangis bila putus cinta, bila kena reject. Ya, tak dinafikan, wanita sangat lembut hatinya, tapi layakkah mereka untuk ditangisi? 

Ayah marah kita buat tak kisah, mak terasa kita buat derk, tapi bila pakwe tinggal, menangis tiga hari tiga malam pulak. Adil ke? Menagis tak salah, tapi biarlah kena dengan tempatnya (^__^)

Air mata senjata wanita, betul ke? Depend pada pandangan seseorang la, kalau kita diterima sebab dorang kesian kat kita lepas tengok air mata kita, apa yang jadi lepas dorang dah boring? Fikir-fikirkan...

Apapun, wahai wanita, jangan tumpahkan air mata kita sewenang-wenangnya tau. Sometimes, we must smile to wipe our tears. Jadilah insan yang kuat, moga kita mendapat ganjaran dan dipandang tinggi disisi Nya..amin...

(^_____^)

p/s:
Nikmatnya bersin (^___^) Setiap hari cubalah membersinkan diri kita, moga kita dapat restart enjin kita..hehe

23 comments:

boni kacak said...

saya setuju sangat dengan cerita di atas dan ulasan awak....

Chic Na said...

setuju trah. kdg2 mmg senang sgt nak menangis. huhu..

dEdEQ dE wIshEs said...

sekuat manapun seseorang itu, ada perkara yang boleh membuatkan dia menangis, bagi saya, Agama dan keluarga mampu mengalirkan air mata saya.
SUKE AYAT NI ..

KAN .. KDG2 SBB PAKWE BYAK KITE NGIS N TERMASUK SY LA KOT .. INSYA ALLAH .. LEPAS NI NAK JD KUAT N NANGIS UNTUK PAMILY N AGAMA JE ..

Dylla Abas said...

nice sharing sis...thumbs up!

jaakechik said...

suka entry ini... ada ketika tkena btg hidung sendiri... pasni..kena lebih kuat! hehe...

trah zain said...

saya punsetuju dengan tulisan saya..hehe (^__^)

trah zain said...

betul2.. senang je, sepatutnya kena kasi kekuatan..

trah zain said...

insyaallah, pakai la ayat tu selalu lau suka..hehe (^___^)

trah zain said...

thanks (^___^)

trah zain said...

batang idung saya pn terkena sekali..haha

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

entry yg baek tuk diri eyqa!

trah zain said...

alhamdulillah (^__^)

Tinta Lana said...

Salam.

Trah..seiring dengan peningkatan usia..lana rasa, lana lebih baik bab2 air mata..sebelum2 ni,memang mudah benar nangis..susah skit nangis, tak suka skit nangis. Majuk skit,geram skit pn nangis.

Pendek kata, tak tau kawal emosi,hahahaha.

Tapi alhamdulillah..masa menjadikan kita lebih matang dan baik berbanding sebelumnya.. :)

Er..tiba2 trah citer pasal bersin plak,hehehe. Pagi2 lana terbersin..penat jugak asyik terbersin je,heh3

Cik Yaya said...

yaya pulak mcm B..
lps bnyk pnglman dah lalui ni..(cewah!),hnya 2pkra
yg ble wat air mta kua..Agama & Keluarga.. ^_^

-xde makne dah nak nges sbb pts cinte.suatu PEMBAZIRAN! huhu-

Ayie Abas said...

air mata wanita jgn dibiarkan tumpah...

kerana dirimu amat berharga :)

hainom OKje said...

Bagi Okje .. tak salah menangis.... kerana dengan menangis kita dapat meluahkan sesuatu...bila kita menangis tak semestinya kita lemah.... kerana kita wanita ... wanita dan emosi sukar dipisahkan!

nina said...

nina pon mudah menangis...huwaaaa....

trah zain said...

sma la, dulu2, pantang kena marah nak nangis, sekarang ni, dah agak tabah la, bila dah besar baru sedar..hehe...
sekadar perkongsian je bersin tu,,hehe,, sebab saya suka kalau saya bersin ^^

trah zain said...

alhamdulillah,, tabik kat yaya..hehe

trah zain said...

peringatan u wanita,,insyaallah ^^

trah zain said...

banyak perspektif yg kita blh consider,, ni la hikmah sharing is caring,,hehe.. terima kasih okJe ^^

trah zain said...

huwaa... don't cry, don't cry ^^

Etuza Etuza said...

http://madey09.blogspot.my/dari laman mialiana ya