December 30, 2012

Video Terbaru Mat Luthfi (Latest Punya)

Assalamualaikum..

Hajat dihati tak mau update, tapi terjumpa something yang menarik la pulak..hehe
Jom tengok video terbaru Mat Luthfi, still fresh from oven ni..hehe


Saya segan nak ngaku, tapi just cakap saya suka tengok video Mat Luthfi (paham-paham je ea). Banyak pengajaran yang boleh kita dapat, moga kita pandai dan dengan rela hatinya mengamil iktibar. Orang kata, buang yang keruh, amik yang jernih.

Di musim nak dekat mengundi ni, jangan la pula kita berpecah, taksub, taksub juga, tapi silaturrahim jangan dibiar putus. Ingat ye wahai sahabat-sahabat sekalian.

Aplikasikan juga ke dalam kehidupan seharian kita, nak gaduh manja-manja tu silakan, orang kata itu asam garam. Tapi jangan bawa sampai ke 7 generasi pulak.

Sekian daripada saya,
Athirah Zain yang bajet cool..hehe (^____^)

p/s:
Ops, lupa nak sebut, ada sorang lagi, nama dia....(xingat)

December 28, 2012

Didiklah Hati

Assalamualaikum, salam jumaat (^___^)

Bila godek-godek di Fb, macam-maca ragam yang saya jumpa, macam-macam pe'el orang kampung saya cakap.hehe... Susah betul nak jaga hati, tak mengumpat pakai mulut, dalam hati pun jadi, haish..... 

Cakap pasal ragam orang memang sepuluh chapter pun tak sudah,  macamni la adat kita sebagai manusia. Insaf seketika, moga mulut ni terjaga daripada umpatan dan fitnah.huhu.. Jaga diri kita seeloknya dulu, baru kita boleh jaga orang lain, if not, benda yang kita luahkan tu, nothing pada pandangan orang, ye dak?

Saya tertarik dengan kata-kata ni yang saya ambik daripada salah satu page kat Fb tu, check it out (^___^)



So, the truth is, never take something lightly. Jaga jugak perasaan orang lain, saya pun selalu terlepas cakap, selalu terkasar, selalu terlaju tangan. Lupa seketika yang orang sekeliling tu bukan macam kita, lupa yang corak pemikiran tak sama. Bare in mind, tak semua orang baik tu akan terus baik, dan tak semua yang bermasalah tu akan terus bermasalah.

Sebetulnya, saya pun selalu pakai ayat ni, tak kisah la orang nak buat apa, yang penting, tak mengancam nyawa,,hehe


Ayah dan mak pernah pesan, 
"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang"
Bila dah besar, baru hargai nasihat ni, kalau zaman-zaman tak matang, confirm mengamuk kalau orang buat silap sikit. Moga mereka yang pernah terkena tempias keberanganku maafkan diriku..huhu

Saya betul-betul menyesal, tak tau cane nak minta maaf (ego kot). Insyaallah, bila dah mengenal dunia, perkataan SABAR kerap kali muncul difikiran, kerapkali menegah diri daripada meneruskan kata-kata. Tapi adat manusia, kadang-kadang terlepas juga, terutama time stress or tension.

Bila kerap menyabarkan diri, mesti rasa something yang tak lepas, alangkah untungnya bagi mereka yang sabar. Semua yang terbuku di dada pasti akan diluahkan, dan pasti akan ada yang mendengar. Siapa yang mendengar, pasti Allah lah Yang Maha Pendengar. Indahnya hidup bila kita punya tempat untuk bergantung. (^____^)




Mendidik jiwa menjadi orang yang sabar sangat susah, ku kagum dengan mereka yang penyabar. Ku mau menjadi seperti mereka. Ramai cakap diriku ini tak de perasaan, tahukah mereka ku punya monolog tersendiri, apapun, syukur je la, yang penting senyum..hak3 (^___^)


p/s:
sayang sahabat-sahabat blogger (tetiba tapi ikhlas dari lubuk hati tau..hehe )

December 24, 2012

Tanda Diri Ego?


Ego ke kalau macam ni?

p/s:
too much ego will kill your talent (^____^)

December 20, 2012

Nobody is Perfect

Assalamualaikum....

Layan lagu jap (^___^)

video

~I JUST AN ORDINARY GIRL~
Sometimes I'm lazy,
I get bored,
I get scared, 
I fell ignored..lala
(nyanyi sedighiq)

Lagu ni best (bagi saya..hehe)
Tak kira la best ke tak, yang penting mesej yang cuba dibawa tu memang super duper comel (over lak). Dengor la ye lagu ni kalau free.

Bila kita berkawan or apa, don't expect too much ye, semua orang ada kebaikan dan keburukan depa, cuma cara mereka control diri dorang yang berbeza. Nobody's Perfect ye,ingat tu. Tapi mentang-mentang la orang kasi statement tu, berani tunjuk belang kucing ko ye? Belasah satgi..haha Agak-agak la ye.

Bila dengan orang baik, lau dorang buat perangai, jangan terkejut tarzan sudah. Sama jugak kalau kita kagum kat sape-sape, jangan kagum or suka terlebih, simpan sikit keraguan or some negative feeling towards him or her, baru la tak tercabut jantung. hehe

Semalam kami ada English Test aka. Speaking Test, dapat tajuk pasal SUITABLE PARTNER. Ha, tudio.... masa 20 minit bagaikan 5 minit, happy habaq hang.haha

Tajuk ni memang fun kalau kita sebagai remaja ni nak bincangkan, tapi dalam duk happy, kena ingat, tajuk ni kena serius gak. Ada point daripada sorang sahabat saya, dia kata sebab kita punya expectation tu sangat tinggi, terkeno den, sebab tu susah nak cari yang sesuai. Point ni I like, especially bagi yang dah terlajak umur sampai seru, dah cukup syarat.

 Tak yah nak carik Prince Charming sangat la kan?haha

Bersederhanalah dalam apa jua kita buat. Cool is rock right?hehe

amik ko nak sangat..haha
*curik gambar google


December 17, 2012

Debaran Result PMR

Assalamualaikum w.b.t (^____^)

Buat adik-adik yang duk tunggu result PMR tu, all d'best ya ^^,
Biasa la tu lau ter'nervous' or terdarah gemuruh tu..hehe...

Tadi time tangan duk klik-klik nuffnang, terklik la tempat keyword tu, sape tak tau yang masuk kat blog saya berbekalkan keyword FAILED EXAM. Wahai adik-adikku, akak bukan nak gelak, tapi agak tersenyum la jugak. Korang ni bagus la, dulu zaman akak, boleh akak tersengih-sengih lagi. Tapi malam last tu, memang tak leh tido la (*tipu?)


Tension ka?? Lek2... hehe chill ye adik-adikku (^____^)

Harapan tu kena ada, banyakkan solat hajat, yang penting, jangan lukakan hati parents korang, kot2 la kan. Allah tu kan Maha Adil. Then buat yang duk kalut-kalut search FAILED EXAM tu, jangan camtu, harapan tu penting, doa la banyak2, takkan nak mengalah dulu, even nyawa-nyawa ikan pun, terus berdoa ea ^^,



Kami pun dah nak exam ni, bila mai tang exam, rasa malas nak keluar bilik, ditambah lagi dengan assignment yang duk comel-comel tak siap agi tu, lagi la tak de mood nak keluar..huhu..

Tapi time exam la saya activate balik mood blogging,, hehe

Buat dak2 U, happy ber'exam ea.. Wish all of us, the best of luck!!!!


SEMANGAT!!!!

p/s:
Ada apa dengan colour pink? Serammmmm......

December 13, 2012

Tolong la...


haha... I like his statement (^___^)

December 3, 2012

Cantik


Kita pencinta ciptaan Allah yang indah, yang cantik, 
tapi layakkah kita hanya memandang yang sempurna sahaja?
Layakkah kita memandang enteng kepada yang tidak sempurna di pandangan mata kita?

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu perlindungan daripada sifat bongkak dan riak."

Pandanglah kebawah seandai kita diatas, 
Letakkanlah diri kita bersama mereka,
Allah menciptakan sesuatu bersama seribu satu rahsia


p/s:
Aku manusia yang teruk =(  

November 24, 2012

Save Gaza

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia, 1 Ummat (^___^)

Current issue is about Gaza right? We're all Muslim right? Dulu, tanah Palestine luas, tetiba jadi camtu, shame on Israel, shame on Jews. Siapa yang sepatutnya bergelar terrorist? Kenapa dan mengapa Jewish People's Council declared the establishment of the State of Israel? Sebab apa? Dan kenapa mereka menyerang bumi Palestine? Adakah betul kerana Islam itu terrorist seperti yang dicanang-canangkan tu? Atas dasar apa? Tepuk dada, tanya iman, we knew it.


Dah lama tak bukak blog, tak sempat. Walaupun teringin nak pegi Gaza, tapi bukan sebab saya ke sana, tapi sedang berjihad menuntut ilmu. Manala tau dapat pakai ilmu tu untuk tentang bangsa-bangsa yang tak tau malu tu kan? Aminnn.. hehe

So, lets pray for Gaza ye (^__^),
saya terbaca berita tadi, walaupun dah ada genjatan senjata, tapi Israel still langgar. Baik punya perangai kan? We pray for our brothers and sisters, let them get the strength. Moga Allah bantu saudara-saudara kita di sana. Amin...




yang ni, kecik-kecik pun kena, apa maksud 'terrorist' tak tau dari kaca mata dorang tu. Memang tak ada perikemanusiaan langsung


Bila tengok gambar-gambar saudara-saudara kita yang syahid tu, rasa syukur+takjub+terharu+sedih and macam-macam lagi. Alhamdulillah, para syuhadah ni sudah dijanjikan syurga untuk mereka.

Bila fikir, mereka sudah dijanjikan syurga, kita pula cane? Saya selalu pkir, layakkah saya? Bila tengok muka para syuhadah ni syahid dalam keadaan tersenyum, satu persoalan timbul. Mampukah untuk saya menghadiahkan senyuman buat mereka yang akan saya tinggalkan nanti? Mampukah saya tersenyum lega dengan amalan-amalan yang saya lakukan?

Kemungkinannya sangat sikit bila memikirkan dosa-dosa yang pernah, sedang atau mungkin akan dilakukan. Banyak sangat-sangat. Allah Maha Pengampun...Moga Allah memelihara kita semua, aminn... I'll never talk much 'bout 'certain things', saya still fikir, fikir, dan fikir...Do I have the right to say even a word?

~takut~

Whenever I have free times, I keep thinking. Think, think and think. Never have the end till someone shows me, I keep searching for that one, the one who'll show me the correct path. Atau mungkinkah orang yang akan menyedarkan kita adalah diri kita sendiri? I wonder.....

p/s:
Mood yang agak kaku, jari pun turut terkaku, saya tak tau benda apa yang saya duk tekan dekat keyboard. Ibarat anak kecil yang bermain tukul for the first time. Ketuk ikut suka je kan?
Erk... saya melalut ka?haha...


November 7, 2012

Leteran VS. Nasihat

Assalamualaikum, salam mahabbah (^___^)

Situasi 1:

Anak:
Mak, Aiman kena denda dengan cikgu, result Aiman teruk..huhu

Mak:
Ha, tu la pasal, aku dah cakap dah, jangan degil, balik sekolah tu, jangan duk main je, ni tak, hari-hari main. Ha, ni la akibatnya, result macam jet pejuang kena bom, dah la kena bom kat ekor je, menjunam macam apa dah aku tengok, malu muka aku ni tau. Dapat anak macam kau ni.....bla bla bla.......(~mood: kecewa)

Anak:
....
(dalam hati: mak ni, dah la aku tension, yang duk berleter ni kenapa?nyesal aku cakap)

Situasi 2:

Anak:
Mak, Aiman kena denda dengan cikgu, result Aiman teruk..huhu

Mak:
La, ye ke? Hmm... tak pe, yang dah lepas, nak buat macamana, cuma mak nak, Aiman sedar. Try Aiman fikir kenapa cikgu denda Aiman, kenapa result Aiman teruk? Semuanya ada sebab kan? Jangan putus asa ye Aiman, nanti mak tolong Aiman study (^__^)
(~mood: kecewa)

Anak:
Terima kasih mak, Aiman janji lepas ni Aiman belajar rajin-rajin. Sayangggg mak (^___^)

~kesian~

What is the big difference between these two situations?
Yang first tu marah-marah, yang second tu, cool je walaupun kecewa.

Tengok lak respond si anak, berbeza kan?

Kita semua ni sama, ada yang pernah lalui zaman remaja, yang sedang melalui dan yang akan melaluinya. Dah namanya remaja, faham-faham je la darah remaja ni sejuk ke panas.

Time orang ada problem, jangan la kita marah-marah dia, jangan tambah kekusutan dia, sebaliknya, bantulah pimpin tangan dorang lek lok. Jangan tau berleter je ye (^__^)

Kecewa memang kecewa, tapi macam orang dulu-dulu cakap, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Ye ke? kot..haha

Kalau saya pun, secara jujur la nak cakap, sape-sape yang bising-bising, marah-marah, confirm saya buat derk je. Kalau zaman muda-muda dulu, saya rasa macam geram yang teramat lau jumpa orang macam ni.

Lebih-lebih lagi lau lelaki, mesti kaum Adam ni rasa semacam je kan lau orang layan camni? Mengaku je lah, jangan control baik..haha ~gurau~

Konklusinya di sini, kalau nak tegur orang tu, tegur la lek lok, bagi nasihat, jangan berleter, bagi semangat kat dia. Yakinkan dia, walaupun dia pernah silap, tak semestinya selamanya dia akan silap, bertoleransilah, jangan asyik duk kondem orang  je (^___^)

Time berdakwah pun macamni jugak, jangan main hentam je tau (^_^)
I don't like what you are doing, but I won't insult you for it. You know why? Because who you are tomorrow might be better than who I am today
p/s:
watak di atas tak ada kena mengena dengan sesape, Aiman ialah watak maya semata-mata, begitu juga mak dia (^___^)
~Aiman tak kisah~

November 3, 2012

Any Comments?


Means that? Sendiri terjemah ea (^__^) hehe

Just for sharing sharing session,
saya baru balik dari Perak, more specific, dari Hospital Manjong. Mak kawan sakit, kena jangkitan paru-paru.

So, for my readers sekalian, jaga kesihatan ea, pastikan sistem imunisasi tu kuat. Terutamanya, pastikan mak ayah kita sentiasa sihat sebab, biasanya orang yang dah berumur ni senang dapat jangkitan, dan kanak-kanak pun sama. So, sama-sama lah kita saling ingat mengingati. Almaklumlah, udara kita ni kan "CLEAN & CLEAR"

p/s:
penceroboh (lelaki gatal!) makin berani, semalam floor saya pulak yang dia teroka, siap buat hal lagi. Padahal dah pukul 5.40am, berani betul. GERAM!!! Rasa nak siat-siat je sape yang berani ceroboh kawasan kami tu. huh

October 30, 2012

Musim Hujan Mai Doh!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejuta Impian (^___^)

Pejam celik pejam celik, dah nak tutup buku untuk tahun 2012 ni, lambaian 2013 kian menanti. Mak ai, cepatnya masa berlalu. Muharam pun dah nak menjelang, bersiap-siap la dengan doa tahun baru dan azam baru ye (^__^)

Bila cakap pasal hujung tahun ni, encik-encik katak mesti happy, sebab their best friend ever iaitu hujan pasti datang menjenguk. Walaupun ramai yang rimas kalau hujan, tapi saya suka sebab bila tidur tu, syok habis. Rasa satu perasaan yang amat best la kalau dah berselimut tu, yang tak tahan, kipas pasang paling kuat. Bila orang tanya kenapa? Saya akan jawab, "SAYA SUKA BUNYI KIPAS"haha..problem? (n___n)

Saya katak comel n___n
Bagi yang punya antibody yang lemah tu, jaga la kesihatan ye, jangan nak mengada-ngada pegi main hujan, selalu bawak payung pegi mana-mana pun. Mak saya pesan, minum lah Scoutt's Emulsion setiap hari,,haha


Saya suka main benda kat atas ni time air naik. Kami adik beradik lawan sampan sape paling laju. Walaupun orang tak suka, tapi saya suka kalau banjir. Boleh main air, alahai.. rindunya (T.T) Tapi banjir kecik-kecik je la,,hehe

p/s:
Try nak mendemamkan diri hari raya haritu, tapi apakan daya, tak jadik nak demam. Baru nak buat-buat mengada kat rumah, sekali-sekala balik apa salahnya kan? Terima kasihla encik antibody, next time kasi la can sikit..hehe

October 22, 2012

Classmate ku dah Kahwin!!!

Salam mahabbah semua (^___^)

Benda? Classmate dah kahwin? so what? hehe.. saja nak citer, saya punya english class punya kawan dah kahwin la, anak pun dah ada dua. Haritu akak tu tunjuk kat kitorang gambar anak-anak dia, comel habaq hang!! Mata bulat-bulat, pipi lak gebu, kalaulah ada depan mata, haish....

Akak tu kata dia kawin dah 3 ke 4 tahun camtu la, terbuntang mata kami dengar. Otak duk pikir, macamana la dia boleh commit kan? Tapi, apapun kena ingat, lepas kahwin, rezeki pasti akan makin bertambah, ye dak?

Haritu saya punya junior, main tengok-tengok tangan, dia pun duk bilang la benda apa tak tau dekat tangan saya. Tiba-tiba dia cakap,

"Kak Trah akan kahwin umur 29 tahun, suami umur 23 tahun!"
Tu dio..... mak ai, lepas dengar, terkeluar tawa riang kanak-kanak ribena daripada ku.. serious kelakar..


Geli hati, geli ginjal, tak tau nak cakap apa..haha.. ada pulak budak ni belajar camni, sape tak tau ajar,,haha

Perlu diingat, ini sekadar gurauan, tak boleh percaya tau. Jodoh pertemuan di tangan Allah. 

Bila cakap pasal kahwin ni, selalu duk pikir, bila la kakak-kakakku nak kahwin ea? Tiga orang kakak, tiga kali la kena buat kenduri sebelum attend kenduri sendiri, ye dak? hehe.. Gue confirm kakak gue baca ini punya entri..haha

Selamat Mendirikan Rumah Tangga Semua ye (^__^)

p/s:
Ini post merepek, selepas tersedut asap fogging tadi, macamni la jadinya ^^

October 18, 2012

Air Mata Wanita

"A, awak memang kuat, saya tengok, awak memang gadis yang kuat, tapi bila awak bercerita tentang keluarga awak, air mata awak sangat senang tumpah, kenapa ya?"

 A hanya tersenyum, dia hanya menjawab dalam hati, sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

"B, bagi saya, air mata wanita sangat berharga, saya kalau boleh akan tahan sedaya upaya daripada mengalirkan air mata apabila menghadapi ujian daripada Allah. Bila saya menangis sebab saya tak tahan dengan ujianNya, saya rasa saya kalah, sebab tu saya tak nak menangis. Tapi bila soal family, saya memang senang mengalirkan air mata, sebab saya sangat sayangkan family saya, sangat-sangat sayang.. Begitu jugak bila dengan Allah, kita sangat sayang dan cinta pada Allah, sebab tu kita akan menangis bila memohon ampun daripadaNya"

Ya, kasih sayang kepadaNya dan kasih sayang keranaNya, mampu membuat kita menangis, menangis dan menangis.


B, sekuat manapun seseorang itu, ada perkara yang boleh membuatkan dia menangis, bagi saya, Agama dan keluarga mampu mengalirkan air mata saya.

Jadi B, kuatkanlah dirimu B, jadilah sekuat Asma', Khatijah, Atiqah, dan srikandi-srikandi Islam yang lain.

<<<<<TAMAT>>>>>


Siapa setuju dengan cerita ringkas kat atas tu? Wahai gadis, wanita, adik-adik dan kakak-kakak, cubalah jadi sekuat yang mungkin, menagislah kepada Allah, mengadulah kepadaNya. 

Fenomena sekarang, ramai yang menangis bila putus cinta, bila kena reject. Ya, tak dinafikan, wanita sangat lembut hatinya, tapi layakkah mereka untuk ditangisi? 

Ayah marah kita buat tak kisah, mak terasa kita buat derk, tapi bila pakwe tinggal, menangis tiga hari tiga malam pulak. Adil ke? Menagis tak salah, tapi biarlah kena dengan tempatnya (^__^)

Air mata senjata wanita, betul ke? Depend pada pandangan seseorang la, kalau kita diterima sebab dorang kesian kat kita lepas tengok air mata kita, apa yang jadi lepas dorang dah boring? Fikir-fikirkan...

Apapun, wahai wanita, jangan tumpahkan air mata kita sewenang-wenangnya tau. Sometimes, we must smile to wipe our tears. Jadilah insan yang kuat, moga kita mendapat ganjaran dan dipandang tinggi disisi Nya..amin...

(^_____^)

p/s:
Nikmatnya bersin (^___^) Setiap hari cubalah membersinkan diri kita, moga kita dapat restart enjin kita..hehe

October 12, 2012

Merungkai Sains Solat

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (^___^),

Baru-baru ni, kelas saya cancel, happy semacam je bila tau kelas cancel..haha.. tapi disebalik keCANCELan tu (englishku teruk), saya jadi terpikir something.

Cer teka, ok, saya bagi hint sikit, lecturer saya kena attend 1 event kat deparment kami, Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri datang. Pasal buku Sains Solat. 
Ni buku Sains Solat tu



 Saya rasa gambar ni dah cukup besar kot. My MED's lecturer is the 3rd name of the author list.

Yes!! NG Siew Cheok is my lecturer and he is a Chinese guy. See? 

Personally, saya rasa kagum yang teramat dengan beliau, mengkaji kelebihan agama lain. Kita yang sememangnya beragama Islam dan lahir-lahir je dah Islam, eager tak nak kaji pasal benda-benda macam ni? Maybe kita ada kekangan contoh, belanjawan, pelajaran and so on. Tapi memang rugi pulak rasa. Terharu pun ada dengan kesungguhan Dr. Ng ni, beliau tau banyak pasal agama kita, kadang-kadang malu pun ada sebab dia lebih concern dengan waktu solat kami.

Berbalik pada buku ni,

Buku ni menceritakan pasal kelebihan solat menurut perspektif sains, contohnya menurut kajian anatomy dan physiology aka tubuh badan manusia. Ada jugak dibincangkan tentang respond otak kita terhadap pergerakan-pergerakan ketika solat. Dan banyak lagi la, insyaallah, bagi yang tak berkesempatan nak beli buku ni, akan saya kongsikan sikit-sikit. Best, memang best (^___^)

Bila tau benda-benda ni semua, baru kita sedar, betapa Allah itu Maha Bijaksana kan? Kenapa kita solat 5 kali sehari? sebab Nabi SAW yang mintak dikurangkan? Maybe ada alasan lain lagi yang menjadi salah satu rahsia Allah, sape tau kan?

Setahu saya, buku ni adalah from rentetan buku-buku yang dah dikeluarkan sebelum ni, Dr. Fatimah memang selalu buat kajian pasal Sains Solat. Banyakkan ilmu yang still tersembunyi. Nak tunggu kita je untuk terus menuntut ilmu dan membuat kajian.

Apapun, walaupun ilmu yang manusia ada ni hanyalah diibaratkan sebagai setitik dakwat yang dititikkan ke dalam lautan, tapi moga ilmu yang sedikit tu dapat kita manfaatkan dan memberi something u agama.. Insyaallah...

(^____^)

p/s:
dalam hati selalu doa, moga Dr. Ng dapat hidayah, moga Allah buka pintu hati Dr...aminn...huhu

October 10, 2012

Syukur Itu Indah

Assalamualaikum dan salam mahabbah..

(^___^)

have you said ALHAMDULILLAH today? haven't you? Don't worry, tak de sape nak marah, Allah pun tak marah, sebab apa? Mesti la sebab Allah tahu isi hati hambaNya, tak semestinya kita tak menyebut Alhamdulillah bermakna kita tak bersyukur kan? Kita bersyukur dengan nikmat Allah, sentiasa, insyaallah.. Makna bersyukur di sini ialah berterima kasih. By reciting ALHAMDULILLAH, it shows that we're thankful. Tapi eloklah jika kita sentiasa mengucap zikir ringkas tapi padat ni, amalkan selalu n__n

Cakap pasal SYUKUR ni, saya terjumpa satu karikatur ni, err.. karikatur ke? kartun la senang..hehe
Layannnn....!!!! n__n


Get it?
Kadang-kadang, eh bukan, most of the time, kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, selalu nak lebih. Padahal kita tak sedar atau buat-buat tak sedar yang ramai lagi punya nasib yang lebih malang...

Contoh: Kita kata kita sayang dekat mak ayah kita, kia bersyukur sebab dorang ada lagi, tapi apa yang kita buat untuk menunjukkan rasa syukur kita? Kita kirimkan ke tak doa kita untuk mereka? Selalu tak kita sebut nama mereka? Selalu tak kita alirkan air mata untuk mereka?

Yang paling penting, bagi anak-anak perempuan, kita jagakah diri kita sebaik mungkin agar mak ayah kita tak dipersoalkan di akhirat kelak? Kita berusahakah untuk menjadi anak yang solehah agar mak ayah kita dapat book pintu syurga? Concern ke kita ni pasal tu?

Berapa ramai yang tau, bila anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, dia ibarat menempah pintu neraka untuk ayahnya. Cakap benda ghaib macam ni, memang kita tak rasa effect dia, tapi try pakai akal, dasyat kan? Na'uzubillahiminzalik... moga kita mampu menjadi jambatan untuk mak ayah kita ke JANNAH.. aminn...

p/s:
Islam itu mudah, tapi jangan pandang mudah tau..
Chillllll...ehehe (^___^)

October 5, 2012

Jangan Pernah Terbeban =)

Assalamualaikum....

Agak lama rasanya saya tak post entry and menyinggah kat wall geng2 bloggers ni, ampun maaf dipinta (^___^)

Actually, semua dah tau kan, lepas daftar U haritu, kita semua sibuk dengan pilihanraya kampus and sekarang ni pulak dengan pesta konvo. Kan2?? Saya pun, salah seorang yang menjadi tukang penyebok la ni, faham-faham je la,, Minggu PRK duk sibuk berkempen, minggu ni duk sibuk jual nasi kerabu lak dekat gerai. hehe.. sape teringin nak makan nasi kerabu, meh la gerai kami ye >.<


Sebab tu la, Athirah Zain ni kejap ada, kejap tak de kat dunia blogging ni, macam iklan chipsmore, lebih kurang la tu..hehe

cuma harini, kelas cancel, pasal turn u fac engine convo harini, so lecturer rmai yg turun ke dewan. Adala semangat sikit nak tersenyum riang..hehe

Hidup bila kita pikir, memang la sangat busy and amat busy, kalau kita tak tau nak manage, kita confirm lemas dengan kebizian sendiri. For my case, mana nak wat keje kelab, mana nak pegi meeting, mana nak wat assigments, mana nak wat lab report, mana nak study and macam-macam lagi la. So, kadang-kadang tu,  pening jugak nak pikir camna nak deal dengan hambatan kebizian ni. Dahla saya jenis yang mengutamakan tido selama 6 jam, tak leh kurang walau seminit, kalau lebih kira untungla tu..haha

So, saya assume, semua ada problem macam saya jugak. Cane korang semua handle?? Tahniah bagi yang cukup matang nak handle masa korang, and bagi yang masih pening2 lalat, jom kita kongsi sikit benda ni (n____n)


ok, KUASAI KERJA, JANGAN SAMPAI KERJA KUASAI KITA.. Everyone get it right? So, try to manage ur time and keep smiling (^____^) jangan pernah rasa terbeban dengan apa yang kita hadapi..

p/s:
dah lama duk niat nak g jenguk blog geng2, tapi tak dak masa,,rindu la pulak =((
weekend ni ada induksi balai Islam, another weekend yg terpaksa dikorbankan demi agamaku.. Islamidina.....
Stay tuned an keep smiling!!!



September 16, 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia!!!

Selamat Hari Malaysia semua!!! (^___^)

What? Tak tau ke 16/9 ni hari M'sia? Oh my, Which country are you from? Ish ish ish...
Actually ni soalan drp lecturer kami, Dr. Ng. Majoriti drp kami tak ingat yg Isnin ni cuti pasal hari Ahad tu M'sia Day.hehe Kena sebijik atas idong..haha.. sebenarnya, kami ingat tarikh tu, tapi tak tau lak dia kasi cuti hari Isnin. Ok, never mind, apepun, Happy Malaysia Day!!!

Don't you proud to be a Malaysian?
We should be proud right?

Bagi sesape yang kurang pasti kenapa kita ada sambutan ni, meh sini nak story sikit.

Malaysia Day ni disambut bagi memperingati penubuhan sebuah negara iaitu Negara Malaysia pada tahun 1963 yang dulunya dikenali dengan nama Tanah Melayu. 

Ingat lak time duk hafal sejarah dulu, duk wat short form untuk Tanah Melayu jadi TM, mesti korang semua sama je..erk..sorry, selingan jap..

Okey, bila ia mula disambut?
Jawapan dia, pada tahun 2010. So, ni tahun ke berapa? kirala sendiri.hehe

Akhir kata, saya akhiri dengan kata-kata nasihat daripada saya sendiri,

Hargailah negara kita, Allah dah amanahkan negara ni untuk kita, kitalah khalifah, usahlah berpecah belah dek kerana perbezaan politik. Bersangka baiklah kita untuk mengekalkan keamanan, nasihatilah dengan cara yg wajar, hindari diri daripada fitnah. Dan sayangilah bangsa kita, bangsa Malaysia (^_____^)


p/s:
I love Malaysia!!!
tengok gambar ni, ikhlas ke monyet ni? ke ada pape ni? nk mkn KFC kot na..


September 14, 2012

Kena Ragut!!!

Salam semua n___n,

Kena ragut? sape kena ragut? apa yg diragut? kat mne? Ok x?bla bla bla...

Bila dengar pasal ragut meragut ni, kita mesti tak sedap duduk kn? Tension pun ada bila pikir nape la peragut ni suka meragut. 

Pernah kena? huish, na'uzubillahiminzalik... moga dijauhkan la ye. Nak gitau di sini, saya baru je kena ragut petang semalam. Still terkejut, still terasa impulsive force yg ada and still semua la. Trauma la katakan...

Kisahnya begini.....

Semalam kami jalan (dgn coursemate) balik drp kolej sebelah, saya teman dia beli nasi utk lunch la. Time otw pegi tu, dah nampak dah si dia yg suspicious ni, duk tepi pagar. Kami wat2 cool la dulu. Then time nak balik, kami letak la semua benda dalam beg, termasuk la nasi kawan saya tu saya taruk sekali dalam beg saya. Besalah, beg besar, zip pun besar2..hehe.. mak saya kata beg saya rock, sampai hati.. (T.T)

Then kami pun jalan la balik kolej kami, dah masuk dalam kawasan 8th college, kami stop ar cos blok kami lain2, nak kasi balik la nasi Mizah tu. Time tu, xnampak lak si dia tadi tu. Ingatkan kami dah ada kat zone selamat. huhu.. tiba-tiba, zaasSSS!!!!!!

Nasi Mizah kena amik, terkejut giler, saya memang tak nampak cos dia datang dari arah belakang terus tarik plastik yg saya nak pass kat mizah tu. Hajat di hati, nak melawan la jugak. tapi bila tengok tuan punya badan, terus tak jadik. Saya kasi free je walaupun tu nasi Mizah punya, Mizah pun kasi gak. Asalkan kami selamat. 

Peragut tu kompem tak akan ditangkap dan akan bebas sampai ke akhir hayat beliau. Sungguh tak adil..huhu
Sebelum dia pegi, kami sempat capture gambar dia, mind capture la.. ni ha>>>



memang geram giler, walaupun dia hanya sekadar seekor monyet, tapi dia tetap musuh kami. Dah la suka geledah bilik orang, curik makanan la apa la, haish..hope nye dia tak masuk bilik saya.

Yang tak tahan, boleh dia selamba je makan depan kami, dah la mata tu duk berkelip-kelip pandang kami. Geram tol tengok mata monyet, bajet innocent la tu..haish...

Moral of the story, hati-hati, moga kita semua tak jadi mangsa, baik mangsa monyet mahupun mangsa manusia betul..aminn...

By then, see ya..

p/s:
my roomates dua2 dah balik kampung, duk la saya sorang2 dalam bilik dalam 3 hari ni..huhu
moga dilindungi Allah..aminn

September 9, 2012

New Sem, New Me (^____^)

Assalamualaikum...

Jeng jeng jeng!!!! New sem dah tiba!!!

New Sem New Me? Uuuwhaattt???? Dah bertukar jadi orang lain ke? Perlu ke? Haish, actually, tak perlu, New Me maksudnya, bukan saya yang baru tapi semangat tu yang baru. Dah masuk sem baru ni, kena la buat semangat or azam yang baru. Actually, sama je azam saya, nak kan kecemerlangan and so on, tapi semangat tu, try pupuk semangat yang berkobar-kobar untuk capai azam tu. Ye dak? semangat and azam ni diibaratkan macam aur dan tebing or isi and kuku... hehe... bersastera la pulak (^____^)

Walau apapun, my wish buat sape2 yg masuk sem baru or baru selami alam degree, good luck ye, do your best!!! Especially buat bangsaku, bangsa Melayu, do our best, lets beat kaum2 yang lain, kalau dorang boleh, tak kan kita tak boleh. Tak boleh layu-layu sangat, kena kuat!!!



Don't Stop Believing!!! Yes, we can (^____^)

Berkobar-kobar lak rasa. Starting from today, insyaallah saya akan mengonlinekan diri saya selalu. Tapi tak de la selalu, study comes first. Sorry ea buat sahabat2 yg sudi mai tu, tak sempat nak menjejak balik, byk kekangan yang tak leh nak elak. n___n

Good News hari ni, saya berjaya dapat katil single!! Yahoo!!! Pelik kenapa saya happy? Sebab, kolej kami, kena mengaktifkan diri, baru la dapat stay kolej, and bagi yang betul-betul aktif, dapat la keistimewaan katil single. Kalau tak kenala duk katil double dec tu...hoho. And satu lagi, roomate saya, dua2 junior..haha..  (keluar tanduk) Astaghfirullahal'azim...

Lastly, Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir dan batin...
(raya kan sebulan, ye dak Tinta Lana?)

p/s:
tercongok dekat mesin basuh dah dua jam, duk tunggu nak check in. My roomateku tido la pulak, akak ketuk dari tadi tak bukak2.. tak pe, akak paham, minggu haluansiswa kamu teruk...huhu

September 3, 2012

Cerita Lepas Raya

Assalamualaikum dan Salam 1 M'sia (^__^)

Firstly, Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat semua geng2, tak kira yang di alam maya, alam sebenar, alam bunian, or alam apa2 lagi la, yang penting, kita semua berada di dalam satu alam, alam ciptaanNya..

Lama jugak rasanya duk diam ni, raya la katakan, ye dak? Tak la sakan sangat beraya sejak umur dah meningkat ni, tapi gembira la jugak. Persiapan pun ala kadar je sebab, kita ni kan dituntut bersederhana. Tapi thanks to my dearest mum, dad, sisters, brothers, neither younger nor older, and tak lupa untuk diri sendiri, kita dah berjaya mencantikkan rumah kita sikit. Sikit ke? Rasa dah banyak improvement yg kita buat, bangga..haha

Bila umur dah meningkat dewasa, semua orang mesti ada keinginan nak hias rumah kan? Kenapa? Pikir la sendiri ye (^____________^)

err.. xde la pulak gambar raya dalam lappy ku, xingt nk transfer, xpe, sesi sharing pics kita, next time la (T.T)

Ok, lets move to another topic,

Congrats kat adik2 yg baru daftar degree tu, selamat berhaluan siswa la ea, moga korang tak dibuli. Honestly, I truely hate those fellow yg berlagak, mentang2 jadi fasi, suka ati je layan orang camtu. And saya respect fasi2 yg mmg ikhlas nk bantu juniors ni, thanks ye (^__^)

Last but not least, skang ni, saya la anak sulung cos my dear sisters, semua dah check in kat hostel masing2. Boring!!! Camna la orang yg ada adik beradik sikit tu boleh deal dgn keboringan dorang. haish... walaupun kami selalu bercakar-cakaran bak kucing samseng, tapi saya bangga ada 8 orang adik beradik, no doubt, I love them!! (^____^)

walaupun kami suka gaduh...

tapi kami saling menyayangi...

So, jgn cari pasal dengan adik beradikku ok... ~(^_^~)

p/s:
next week is my turn, sesi baru dah nak mula. See ya UM, see ya KL, see ya monyet (^___^)
Selamat belajar semua n___n


August 13, 2012

Tips Bila Fail Exam

Hai guys, what?
Fail in exam?


Frust?


Relax (^__^),


Any idea?
Here we go, 
fail in exam doesn't mean you're useless, doesn't mean God doesn't love you.
There's something waiting for you in the future, just do your best.


Yes, you deserve it!!
Smile and cheer up!!

Actually saya exam esok, haha.. 
Selepas usaha dan tawakal, ingat kejayaan orang lain pun dapat bagi semangat dan keyakinan kat kita, so, cheer up even if you failed. 

(^___^)

p/s:
 I want this,

instead of this,

Electric Circuit Analysis, be kind ya (T.T)
Moga excellent, amin...

August 9, 2012

Isu Pengharaman Majalah Mangga

Assalamualaikum dan Salam 10 Terakhir Ramadhan (^___^)


"Bila sesuatu benda membawa kemudaratan, maka hendaklah dihentikan"

Sekarang ni banyak isu timbul kan? Isu kemerdekaan la yang paling hot. Haish, semua nak dipolitikkan, suka hati la, asal bahagia wahai insan-insan berilmu n___n

Tapi saya bukan nak kupas isu ni, tapi isu satu lagi tu, pasal pengharaman majalah Mangga. Siapa setuju sila senyum? hehe.. sape yang setuju tu, tahniah, anda memang concern pasal effects yang dibawa majalah ni kan? Kemudaratan maybe, try pikir n__n

Ke ada yang tak kenal majalah Magga? Alah, kalau tak kenal, sila la google, tak nak la letak majalah tu kat blog ni, ini blog bersih ok. Err.. bukan maksud saya Mangga tu kotor, tapi bersih daripada menunjukkan aib saudara seagama saya, dengan kata lain, tak mau la tunjuk aurat orang ni, berdosa der. Ni serius talk ni ye dosa tetap dosa.

Okey, saya dengar kupasan daripada Dr. Fauziah Mohd Noor, lecturer UIA. Apa yang beliau cakap pasal isu ni? Kenapa diharamkan? Okey, ni antara yang saya sempat dengar:

  1. Mendedahkan Aurat:
    Err.. majalah lain tak dedah aurat ke? Dedah, tapi try la korang bandingkan antara Mangga dengan majalah lain, saya tak berani nak judge..
  2. Gosip:
    Menurut beliau, Islam menganjurkan kita menyebarkan berita yang betul dan berasas, kalau duk cerita benda yang tak sahih dan tak betul, apa istilah yang kita patut guna? Cer fikir. Dan apa hukum dia?
  3. Pergaulan bebas:
    Hmm.. yang ni comman kat industri seni kita, bertepuk tampar dengan kaum tak sejenis, bergaul tanpa menjaga batas dan etc. la
  4. Content:
    Content dia pulak, macam-macam ada..haha.. tipu je, benda-benda yang dinyatakan di atas la. Part poster yang tak tahan tu.


Ok, tu kot main points Dr. tadi.
Pengharaman ni difatwakan oleh Majlis Mufti Negeri Kedah. So, maknanya, ni Kedah memang diharamkan la. Kalau di fatwakan juga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, majalah ni memang 100% diharamkan di negara kita. 

Majalah ni sebenarnya medium yang baik untuk menyebarkan ilmu. Tapi bila ia menyebarkan benda-benda lain how? Plus, anak-anak muda suka baca benda-benda camni. Nak menyebarkan sesuatu yang berguna, bukan susah pun. Tak perlu tulis seskema saya, eh bukan, tak perlu la strict dan memboringkan sangat. Orang seni, tak kan la tak tau mengsenikan penyabaran ilmu ni. 

Bukan nak hentam, tapi just berkongsi pandangan, berbincang. Imagine kalau majalah tu bertukar wajah, confirm kembali menapak kat pasaran dan diterima semua. Mencetak majalah bukan semata-mata kerana ingin mencetak wang ringgit, banyak lagi yang boleh kita dapat daripada senaskhah, eh, sebuah majalah.. (penjodoh bilangan untuk majalah apa ea?)

Apa pun, bila buat sesuatu benda, terutama yang berkaitan dengan masyarakat ni, pikir la sepuluh dua puluh kali. 

Sebelum saya lupa, Dr tu pun ada cakap, Mangga ni dah macam majalah western, orang western pun tak macam tu. Ye ke? See, judge, think, prove. Ikut flow ea n__n Then kasi la pandangan masing-masing.

p/s:
sebenarnya saya ingat majalah ni dah tak de, sebab dekat 10 tahun tak nampak majalah ni. 

Sape nak derma di bulan Ramadhan ni, klik sini, trimas n__n: <<<Churp Churp>>>

August 4, 2012

Jom Masuk Bloglist Ogos Santai Leeza

Assalamualaikum (^___^)

Hai geng!! Jom join segmen masuk bloglist Leeza ni, hehe
Apa kena la saya dua tiga hari ni, malas taip entry tapi rajin nak bersegmen, tapi la kan, tak da sape kesah pun..haha


Syarat xdak, buat camni je eh, sape2 nak join, meh klik banner tu.. n___n

Eh, tpi bloglist Ogos? ogos la kot ea? Tak kesah pun..haha

Lastly, nak kasi pesanan kat sape2 yg duk perantauan tu, sila la cepat2 beli tiket yg belum beli lagi tu, nnti menangis lagu raya tak pasal2. Yok yok.. ada orang nak nangis..haha

p/s:
currently listening to Mypotmusic (klik kalo nk dengar), dok dengar lagu raya.. asyik2!! haha
Thanks to Noor ( klik Noor au nak berkenalan) sebab share link ni, terubat sikit rindu..haha

August 2, 2012

Segmen: Blogwalking dari Blog ke Blog

Salam Ramadhan (^___^)

Harini dengan rajinnya saya decide nak join satu segmen ni. Tadi Cik Keyrah tag untuk join same segmen yang dia join ni, saya pun dengan ragu2 pikir sepuluh kali la jugak. For d'10th time tu, agree la nak join. So, ni dia segmennye. n__n

Syarat-syaratnya? Entah, mudah je, check sendiri kalau tak caye. 


so, sekarang, saya tag geng2 comel ni:
Last but not least, my own sis n__n

Ok, kalau nak join, sila klik banner tu ye (^___^)
Kasi semangat sikit..haha

p/s:
Kat China ramai bayi kena bunuh, satu tindakan yang sangat2 kejam!!!

July 30, 2012

Duta Negara Islam?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan (^____^)

Hari ni dah genap 10 hari kita berpuasa kan? Kejap je masa berlalu, and kejap je tempoh short sem ni, tup tup dah nak exam, aiyoo...

Tapi, dah nak exam pun, fb wajib check jugak..haha ~(^_^~)
Sekadar nak berkongsi la benda yang saya dapat kat fb, jom check it out!!!


Petikan daripada WSOP, beliau post camni, apa komen kita? Err, sebelum tu, sape Holly? Anak Lauren Booth la, nak tau lebih lanjut, check it out on your own...hehe

Main point kat sini, benda yang budak tu cakap tu, memang 100% betul la kan? Actually, terasa la kesedihannya cos, kita ni negara Islam, Malaysia is one of the best islamic countries. Ada foreigner yang cakap macamtu, kadang-kadang saya mengiyakan, tapi bila pikir balik, macam tak.

Post ini bukanlah satu kutukan daripada saya, tapi teguran semata-mata. Bukan nak memburukkan mana-mana pihak, but for d'seek of our image as an Islamic country, we should really2 concern about the issue. Sape tak sayang agama, sape tak sayang negara, ye dak?

Dorang ni kan boleh dikatakan DUTA MALAYSIA, so kalau sape2 nak kenal, tak de maknanya nak tengok muka kita yang duk terperuk celah genuk beras ni je, mesti tengok yang famous2 dulu kan?

Yes, exactly, ramai yang dah bertudung, tapi yang belum, lagi la ramai. Saya terpikir jugak setiap kali tengok movie ke, drama ke, apa ke. Saya pikir, kat Malaysia ni, ramai rupanya yang tak pakai ikut tuntutan agama. Tapi bila round2 tengok gelagat masyarakat ni, ramai pulak yang menutup aurat walaupun tak sesempurna yang dituntut. Pening bila pikir, kalau dalam filem, susah betul nak nampak yang pakai tudung.

Ada yang jawab, bila dah bersedia, dorang pakai la. What the heck??? Bersedia tu bila? Amboi mulut, berdesap je, mau jawab camtu dalam kubur karang? Nauzubillahiminzalik...

The reality is, bila kita tonton tv, kita kadang2 zero pasal logic akal ni, semua kita terima mentah2. Anggap macam yang dalam tv tu tak de kaitan antara hidup dengan mati, padahal mereka saudara seagama kita. Maybe sebab kita dah biasa sejak kecil lagi kan? Actually kebiasaan ni la yang jadi duri dalam daging kepada kita.

Saya pernah dengar sorang akak ni cakap, asalnya dia host untuk rancangan2 biasa ni, then bila dah pakai tudung, terus diberhentikan and dicampak ke bahagian keagamaan. Ada ke syarat camtu? Tapi akak ni kuat, dia teruskan juga dakwah dia, syabas kak n__n

What a poor mentality la, sedih2.. (T.T) Bukan buruk pun kalau kita berubah kan? Sebagai  contoh, tengok akak ni, kenal kan?


Comel plus manis kan? Sejuk mata memandang.

That's all la ek. Last but not least, congrats for those yang dah turn 360 degree tu, syabas buat korang sebab berani sahut seruan agama. (^___^)

p/s:
Yang elok2 pakai tudung pun sanggup buang bila masuk industri ni, bukan salah industri ni, tapi salah kita, the way we think, we act, we express yang salah.

July 24, 2012

Pending: Ucapan Ramadhan

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan salam 1Malaysia m(^_______^)m,

Tettt.. Entry ni agak pending, baru nak gitau, dah basi ke? haha.. tak de maknanya basi kan? Ramadhan is always fresh and full of blessing right? hehe.. walau apa pun kome2 nak cakap, eden tak kesah, eden tetap nak wish jugak..haha


okey, first, Selamat Berpuasa ye n___n


Budak kecik je tinggal puasa, korang yang dah tua ni, JANGAN PONTENG PUASA!!! (warning you!! wakaka..)




Sahur jangan tak sahur sahur ye, minum air kosong banyak-banyak, kurma jangan tinggal. Better lewatkan la sahur kita tu. Kalau nak awal pun, jangan la sampai jam 12 dah xsahur, tu bukan sahur la.. poyo je kome ni..haha



ehem.. ni satu lagi penyakit budak-budak zaman sekarang. Mentang-mentang la puasa, tido je manjang.. JANGAN TIDO!!! nanti puasa korang "kurus". Ada faham?hehe


Bazar time!! yes yes!! macam-macam ada..haha.. opss.. JANGAN BOROS ye, ikut keperluan, bukan ikut perut aka nafsu je. Tips tak kasi terlebih beli, pastikan korang pergi bazar dalam keadaan penat gila-gila, kalau penat, mesti nak beli cepat-cepat and balik cepat-cepat kan?hehe



Dalam bulan puasa, anda suka dengar apa? Lagu? MP4 5 6 7? Nasyid? Lagu raya?
ala... toksah duk jawab, dah tau dah, korang suka dengar azan maghrib kan?haha.. SELAMAT BERBUKA..hehe (ucapan ni u waktu berbuka je) hehe


Time bulan ni je kita boleh berterawih sama2.. JOM TERAWIH!!! banyak ganjaran dia..hehe

Last but not least, perbanyakkan ibadat di bulan penuh rahmat ni n___n.
Kalau boleh, khatamkan Quran tu. Zakat jangan lupa ye bagi yang dah cukup syarat tu.

Wokeyh, rasa macam panjang je entry ni. Entry tak kesah panjang pun, jangan assignment panjang sudah..haha ( assign. last week banyak sangat, semalam baru anta..huhu )

Bye bye and selamat menjalani ibadah puasa (^___^)

p/s:
kredit gambar kat tuan punya gambar yang letak gambar kat gOOgle, thx ye tuan punya gambar..hehe